☆[Marriage Witout Love]☆
Our first kiss
is not the one that i want
we didnt love each other
~♡~
Someone Situation...
Di gereja, kelihatan pasangan sama cantik, sama padan bakal disatukan.... Kedua-duanya mengukir senyuman manis tetapi sebenarnya itu ialah senyuman terpaksa...
Mereka berpegangan tangan di hadapan berbelas-belas tetamu yang hadir membuatkan paderi tersenyum manis kepada mereka sebelum melukan ucapanya...
"Kim Taehyung..Adakah kamu menerima Fifi Alexandra sebagai isteri kamu dan akan berjanji setia hingga maut memisah kan kamu berdua?" Kata Paderi dengan lantang namun lembut..
"saya sudi..." Ujar lelaki bernama Kim Taehyung tanda setuju
"Fifi Alexandra... Adakah kamu menerima Kim Taehyung sebagai suami kamu dan akan berjanji setia hingga maut memisahkan kamu berdua?" Kata Paderi itu sekali lagi..
"Sa-saya sudi..." Gadis bernama Fifi Alexandra itu tergagap ketika melihat tepat ke mata Taehyung...
Tetamu dan ibu bapa mereka bertepuk tangan meraikan mereka.... Namun tanpa mereka sedar, linangan air mata muncul dipipi gadis munggil itu... Bibirnya digigit bagi menahan bunyi esakkan nya kedengaran di gegendang telinga para tetamu....
"kamu berdua boleh bercium skarang.."
Taehyung memandang Fifi redup sebelum mengalihkan kain jarang bewarna putih yang melindungi wajah Fifi.... Setelah itu, Fifi menyedari yang senyuman ikhlas milik Taehyung tadi sudah bertukar menjadi senyuman sinis...
Taehyung mendekatkan wajahnya dengan wajah Fifi... Dia menguncup sekilas bibir Fifi tetapi kedudukkan mereka masih rapat... Taehyung mendekatkan bibirnya ditelinga Fifi dan membisik kan sesuatu pada gadis itu....
"Jangan nangis atau aku akan tumbuk muka kau.." Kata Taehyung dengan kasar namun perlahan...
Taehyung menjarakkan wajah mereka dan mulai mengukir senyuman palsunya...Dia terus berjalan menuju ke arah Omma dan Appanya tanpa menghiraukan Fifi disitu... Kedua-dua ibu bapa Taehyung memeluk Taehyung dan mereka berbual sesama sendiri.....
Sahabat Fifi, Jeon Jungkook mendekati Fifi dengan riak tidak puas hati...
"Kau ok ke Fi?" Tanya Jungkook..
"Aku ok, Kook... Sekarang aku dah jadi isteri dia... Jadi aku dah tak boleh belajar ngan kau dah..." Ujar Fifi sayu
" Haih... Aku kesiankan kau Fi... Dahla kena kawin muda...dengan lelaki baran pulak tu... Aku taknak kau terluka Fi..." Kata Jungkook untuk menasihati Fifi
" Aku tak boleh buat apa-apa, Kook.. Dah terlambat... Dia dah beli aku... Dan sekarang aku milik dia...." Kata-kata pasrah Fifi membuatkan Jungkook berdecih kesal dengan sikap Fifi yang tidak memikirkan diri sendiri...
"Haih, yelah.. Aku pun tak boleh nak ubah masa dan tolong kau.. Tapi ingat Fi, kalau dia sakitkan kau, kau call aku.. Aku akan sentiasa tolong kau..." Jungkook beredar dari situ selepas mengatakan hal tadi kepada Fifi...
Fifi mengeluh perlahan... Belum cukupkah ujian yang tuhan beri padanya dulu sehingga dia harus menerima dugaan lain yang lebih berat...
" I'm still wonder.. wonder beautifull story..."
TBC....
KAMU SEDANG MEMBACA
Marriage Without Love [ 사랑이 없는 결혼] «KTH ft BTS» [C]
Romance[COMPLETE] [Kami berkahwin tanpa rasa cinta] ✨Theme song - [ Scenery by KIM TAEHYUNG/V ]✨ ✨Cover by myself [Warning!!] - Mpreg - gay - BL - Abusing