DIMP -2 : Pocket

968 98 14
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

"Yah! K-kau siapa?" Ujarnya dengan sedikit gagap, tambah pula dengan perasaan terkejut.

Gila tak terkejut, pusing-pusing nampak ada lelaki tengah pandang dia.

"...merah? Apa yang merah..em WHAT?!" Sambung Ailee lagi dan dia baru teringat yang dia pakai seluar dalam warna merah tadi.

Jadi, lelaki ni dah ada sejak dia bukak seluar tadi lah kiranya? Omaigad! Desis hati Ailee.

"Aku siapa? Kau pakai barang aku. Kau tanya aku pulak." Jawab lelaki itu.

"Bila masa pulak aku pakai barang kau? Aku kenal kau pun tak!" Marah Ailee. Masih berdiri di depan cermin tapi menghadap lelaki itu.

Lelaki tu tak menjawab sebaliknya dia memandang seluar yang dipakai Ailee.

Ailee yang perasankan lelaki itu memandang bahagian seluarnya segera dia menutup bahagian situ dengan tangannya.

"Ee pervert! Keluar sebelum aku jerit!"

"Asal lak? Kau dah pakai barang orang nak jerit-jerit lak. Cuba cakap lembut sikit dengan lelaki, patutlah takde siapa nak." Kata lelaki itu selamba.

"Hello? Kau tu tak kenal pun aku. And, kau ni siapa? Macam mana kau boleh ada dekat dalam bilik aku ni? Kau dari mana?" Bertalu-talu soalan diberikan kepada lelaki itu.

Lelaki itu hanya smirk dan mula berdiri dan mengatur langkahnya ke arah Ailee.

Selangkah demi selangkah, kini lelaki itu berada di depan Ailee.

Ailee pula melangkah ke belakang setapak demi setapak sebelum belakang badannya bertemu dengan dinding. Lelaki itu menghampirinya dan meletakkan kedua tangannya di sisi kepala Ailee.

Dapat dihidu wangian seorang lelaki dari jarak dekat oleh Ailee. Harumannya menusuk masuk ke dalam hidungnya, harumannya berlainan.

Baunya kuat, tetapi sedap dibau. Ailee hanya membatukan dirinya di situ.

Wajah lelaki itu didekatkan ke telinga Ailee dan dia mula berbisikkan sesuatu.

"Asal senyap? Tadi banyak cakap macam bontot ayam."

"...nama aku Yoongi. Aku ada dalam bilik kau ni pun sebab kau yang bawak balik aku. Aku berasal dari barang yang kau bawak balik, dan secara automatiknya kau milik aku, dan aku milik kau." Bisiknya lagi di telinga Ailee.

Terus, Ailee menolak tubuh Yoongi separa kuat. Yoongi berada jauh setapak darinya.

"Hah? Non sense sangat. Takkan kau wujud dari seluar ni? Merepek apa kau ni?" Kata Ailee masih tidak percaya.

"Terpulanglah kalau kau taknak percaya pun. Kau tetap hak milik aku, Choi Ailee." Katanya sambil berpeluk tubuh semula.

"Wait a minute, mana pulak kau tau nama penuh aku ni? Ya ampun, peliklah kau ni. Pergila balik tempat asal kau." Halau Ailee.

"Dah kau tuan aku, mestilah aku tau segalanya. Tanda lahir kau kat mana pun aku dah tau tadi, dia dekat--"

"Shhhhh! Kau nampak tadi kan? Diam-diam jelah!"

"Dekat bawah punggung kau!" Sambung Yoongi sambil ketawa kecil.

Muka Ailee mula memerah bila dia malu. Dia menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya.

"Jahat!"

"Rileks lah, bukan aku nak kasi tau sekampung pun. Aku dengan kau je tau, kan?"

"Eeeee! Pergi baliklah!" Ailee mencapai buku yang berada di atas meja berdekatan dan dia membalingnya ke arah di mana Yoongi berada.

Terus, Yoongi hilang dalam sekelip mata. Buku itu terjatuh ke atas lantai bagaikan tiada halangan.

"Huh? Mana kau p-pergi pulak ni?" Ailee memerhati sekeliling biliknya. Yoongi dah hilang.

"Syukur, kau dah berambus." Ailee melepaskan nafas lega.

"Siapa kata aku dah berambus?" Bisik Yoongi dari belakang.

"MAKKK!" Jerit Ailee kuat bila dia terkejut Yoongi tiba-tiba ada dekat belakang dia. Terus, dia jatuh terduduk.

Tadi, dia pandang sekeliling takde siapa pun dah yang ada dekat dalam bilik ni. Tup tup, Yoongi kat belakang dia. Mau tak terperanjat.

"Yah! Kau ni apa sebenarnya?" Kata Ailee sambil menggosok-gosok punggungnya perlahan, sakit.

"Aku ni apa? Aku ni kau punya. That's all." Jawabnya selamba.

"Pale hotak? Kau boleh main hilang-hilang cantu. Kau ni hantu ke apa?" Cantas Ailee.

"Hantu? Apa class. Itu orang bawahan aku. Aku ni atas sikit daripada diorang. Diorang tu lebih kurang balaci je, takde guna. Buruk aje lebih." Jawab Yoongi selamba.

"Kau ingat kau tu hensem sangat ke nak cakap hantu tu buruk?" Jeling Ailee lalu berdiri semula.

"Ya, aku hensem. Kau tu je ngokngek tak perasan aku yang hensem ni."

"Eh kejap, jadi maksudnya sekarang ni, aku macam bercakap dengan hantu lah ni? Ohmaigad. Siapa je boleh nampak kau ni?"

"Excuse me, again. Aku bukan hantu. Aku devil. I stay in your pocket yang kau pakai sekarang. Setakat ni, kau sorang je yang boleh nampak aku."

"Poket? Muat ke?"

"Pabo. First of all aku bukan manusia, so yah."

"Dahtu, cane kau boleh keluar dari poket ni?"

"Sebab aku dah ada tuan baru. Dan ianya kau, Choi Ailee."

"Kalau aku bukak sekarang, kau hilang lah kan? Takde muncul dah?"

"Ani. Aku tetap ada dengan kau sebab kau dah lepaskan aku. And one more thing, kau nak bukak seluar tu sekarang ke? Silakan." Sengihnya nakal.

"Memang tak lah! Aku bukak dalam bilik air nanti. So, takkan kau nak tinggal sebilik dengan aku? Apa pulak adik aku cakap nanti."

"Who cares? Diorang mana boleh nampak aku pun."

"Oh haah, betul jugak tu kan." Ailee mengangguk seolah-olah mengerti segalanya.

"Kalau aku pergi kerja, kau ikut aku jugak ke?"

"Mestilah. Dekat mana kau berada, di situ jugak aku akan ada."

"Kau ingat sweet ke? Yucks."

"Takyah nak yucks sangat. Nanti jatuh cinta." Kata Yoongi lalu mengenyitkan matanya.

"I'll never fallin' in love with devil." Kata Ailee lalu dia masuk ke dalam bilik air untuk menukar seluar.

[C] Devil In My Pocket ✔Where stories live. Discover now