---
Yoongi yang sedari tadi mendengar setiap perbualan antara Ailee dan Taehyung, mula keluar dari rumah.
Duduk dekat luar. Bosan, tak tau nak buat apa. Macam tak best pulak dengar perbualan orang.
Cukup dengar sampai Tae dah nak kahwin, dia keluar. Lega, sebab dia ingatkan Taehyung ni saingan dia lagi.
Walaupun Taehyung juga merupakan rakannya semasa dia masih hidup. Cuma, tak rapat. Dia rapat dengan sorang lagi.
Yoongi duduk dekat atas kereta Audi R8 hitam di luar, duk bertenggek kat situ. Tak tau nak buat apa.
"Hoi." Tegur seseorang yang buatkan Yoongi terkejut.
"Ape kau. Halah. Buat terkejut orang je." Jawab Yoongi.
Lelaki itu tersengih dan dia mula duduk sebelah Yoongi.
"Aku Yugyeom. Kau?"
"Yoongi." Jawabnya sepatah.
"Asal pasrah sangat muka kau ni?"
"Mana ada. Aku bosan je ni."
"Tuan kau ada dekat dalam ke?"
Yoongi angguk.
"So, kenapa tak duduk dengan dia?"
"Dia tengah layan tetamu. Taknaklah kacau."
"Namja or yeoja?"
"Namja ofc."
"Patutlah muka monyok je."
Kemudian, Ailee dan Taehyung keluar dari rumah. Ailee hantar Taehyung keluar dan dia perasan Yoongi duduk atas kereta dia, tapi dia hanya pandang je.
Ailee tak boleh nampak devil Yugyeom sebab dia bukan tuan dia.
Dia jalan dengan Taehyung menuju ke keretanya.
"Tu ke tuan kau?" Soal Yugyeom sambil menunjukkan jarinya ke arah Ailee.
"Ye."
"Oh. Boyfriend dia ke tu?"
"Bukan. Dia dah nak kahwin dah. Boyfriend dia orang lain."
"Dahtu, siapa pulak boyfriend dia?"
"Entah. Yang aku tau, lelaki tu playboy, and Ailee masih nakkan dia."
"Wow. Kau taknak buatkan tuan kau tu jauhkan diri dia dari boyfriend dia yang sekarang tu ke?"
"Biarjelah. Asalkan dia bahagia, cukuplah buat aku gembira." Kata Yoongi dan tersenyum tawar.
"Ggwp, bro. Aku gerak dulu ah. Tuan aku dah bangun. Nak on dengan dia." Katanya sebelum menghilangkan diri.
Yoongi hanya mengangguk dan turun daripada kereta bila Ailee kembali semula ke arah rumahnya lepas hantar Taehyung ke keretanya.
"Lepas ni aku nak pergi keluar dengan Jungkook. Dia ajak aku date, awh" kata Ailee sedikit teruja.
"Em. Elok-elok. Aku takde dengan kau kot nanti."
"Kenapa pulak?"
"Korang kan nak date. Kenapa aku nak menyibuk."
"Lah, bukannya dia boleh nampak kau pun kan."
"Tapi, kau boleh nampak aku. Nanti kau tak selesa. Dahlah, korang pergi jela berdua, banyak cakap pulak." Kata Yoongi sebelum dia hilangkan diri.
"Gedik betul devil sorang ni."
Ailee menggelengkan kepalanya dan dia masuk semula ke dalam. Nak bersiap, keluar date dengan Jungkookie 🙈
---
Pin! Pin!
Jungkook membunyikan hon keretanya.
Kelam-kabut Ailee turun tangga dan capai heels dia. Beg tangannya dicapai dan dia keluar daripada rumah.
Masuk je dalam kereta, Jungkook meraih tangan Ailee dan dibawa ke bibirnya dan mengucupnya lembut.
"Cantiknya sayang saya ni." Katanya sambil menggenggam erat jari-jemari Ailee.
Ailee hanya tersipu malu dan hanya mampu tersenyum. Sepanjang perjalanan, Jungkook menggenggam erat jarinya.
Tidak dilepaskan sehinggalah tiba di destinasi yang dituju mereka.
---
Jungkook membawa Ailee ke sebuah pantai. Mereka berdua berjalan di gigi air sambil berpegangan tangan.
"Awak tau tak apa beza awak dengan matahari?" Soal Jungkook lalu menoleh ke arah Ailee di sebelahnya.
"Apa?" Soal Ailee sambil menghalang matanya dengan tangan daripada cahaya mentari. Silau.
"Matahari menyinari bumi, awak menyinari hidup saya." Kata Jungkook sambil tersengih.
Ailee ketawa kecil lalu memaut lengan Jungkook erat. Kepalanya disandarkan pada bahu Jungkook.
"Awak ni, kalau bukan sweet talker tu, bukan awaklak namanya." Senyum Ailee.
Jungkook memaut bahu Ailee dan sambung berjalan bersama di persisiran pantai.
"Jom, jalan dekat dalam air." Ajak Jungkook.
"Taknaklah, basah baju saya nanti." Tolak Ailee.
Jungkook dah menyingsingkan seluar bawahnya ke atas.
"Takpe. Biar saya je yang basah." Terus, Jungkook mencempung tubuh Ailee, dan dibawanya ke dalam air yang cetek itu.
Ailee ketawa kecil bila Jungkook tiba-tiba mencempungnya dan segera dia berpaut pada leher Jungkook.
Dia tersenyum bahagia sambil merenung sisi wajah Jungkook.
"Saya sayang awak." Kata Ailee lalu mengucup sekilas jawline milik Jungkook.
Jungkook merenung Ailee dan tersenyum manis.
"Saya sayang awak juga." Kata Jungkook lalu mengucup bibir Ailee dan sambung berjalan di dalam air itu.
Rata-rata pelancong di pantai itu hanya memerhati bibit-bibit manis antara Jungkook dan Ailee di persisiran pantai itu.
Ada yang turut tersenyum memandang mereka, dan ada yang mengambil gambar mereka.
YOU ARE READING
[C] Devil In My Pocket ✔
Spiritual"I'm yours, and you're mine. Believe me, believe in yourself, I can't be with you forever."