DIMP -5 : Kimchi

773 78 14
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---


Selesai sahaja mandi, Ailee keluar dari bilik air. Kelihatan, Yoongi berada di meja biliknya dan sedang memegang satu bingkai gambar pada tangannya.

Terus Ailee mendekati Yoongi dan melihat gambar yang dipegang Yoongi.

Rupanya gambar zaman remaja dia di sekolah menengah dulu. Ailee tersenyum tawar memandangnya.

"Kenapa kau tengok gambar tu?" Soal Ailee sambil merenung Yoongi yang sedari tadi khusyuk memerhati gambar tersebut.

"Ah? Takde, aku saja je tengok gambar-gambar kau ni semua." Kata Yoongi sambil tersengih. Dia meletakkan semula frame gambar tu atas meja dan dia menghadap Ailee pula.

"Oh? Ha iyelah. Aku nak turun ni, buat breakfast. Adik aku pun mesti lapar tu nanti kalau dah bangun." Kata Ailee sambil mengikat rambutnya.

"Breakfast? Alright." Kata Yoongi lalu membuntuti Ailee yang keluar dari biliknya.

---

"Siap! Nasi goreng kimchi is done. Emmm...sedapnya bau!" Kata Ailee sambil menghirup bau nasi goreng yang dimasaknya.

Dia meletakkan makanan itu ke atas meja.

"Ni je ke kau breakfast? Bosannya." Ujar Yoongi sambil menjeling sekilas nasi goreng yang dimasak oleh Ailee.

"Ye ah. Mana mampu nak breakfast mahal-mahal, banyak-banyak. Aku bukannya orang kaya, Yoongi." Kata Ailee perlahan sambil membuka apron dan melepaskan rambutnya semula.

"Kau amik pinggan lain, letak kat atas meja ni."

"Nak buat apa? Dua pinggan cukuplah."

"Amik jelah." Kata Yoongi malas sambil bercekak pinggang.

"Eish, yelah yelah." Ailee beredar ke dapur dan mengambil pinggan yang diminta Yoongi.

Kemudian, dia kembali ke depan bersama tiga lagi pinggan di tangannya.

"Nah, ni! Kau nak buat apa pinggan kosong ni?"

"Just wait, and see." Yoongi menghampiri pinggan itu semua dan mula membacakan sesuatu pada mulutnya.

Beberapa saat kemudian, muncul ayam goreng pada pinggan yang pertama, lasagna pada pinggan kedua dan pancake di pinggan yang ketiga.

Membulat mata Ailee melihat apa yang ada depan mata dia sekarang.

Tak percaya yang Yoongi yang mewujudkan makanan tu dekat pinggan ni. Dari pinggan kosong, terus ada makanan yang sedap-sedap pulak tu.

"Wait, but how?" Soal Ailee tidak percaya.

Yoongi hanya memberi isyarat jari di bibir bersama dengan jongketan dari bahunya.

"Makanlah. Confirm kenyang. Baru sedap mata aku memandang breakfast kau ni." Kata Yoongi lalu dia duduk pada kerusi meja makan itu.

Ailee pula terus mengambil tempat duduk di sebelah Yoongi. Tangannya mencapai pinggan dan mula mencedok nasi goreng buatannya.

Kemudian, Yoongi mencapai pula seketul ayam goreng dan diletakkan pada pinggan Ailee.

"Aku taknak kepak, aku nak bahagian thigh"

"Hello, ni semua chicken wings. Kau nak thigh, ni aku punya ada. Best, empuk, gebu." Kata Yoongi sambil menepuk perlahan thigh miliknya.

"Eish! Tak gatal tak sah!" Bebel Ailee lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Gatal dengan kau je..." katanya sambil tersengih.

Ailee hanya menjelingnya dan meneruskan makan. Kemudian, mereka dihampiri adiknya yang baru turun dari atas.

"Morning, unnie. Wow! Banyaknya makanan, kau masak ke semua ni? Daebak!" Ujar Soo Ahn teruja lalu terus duduk berhadapan dengan Ailee.

"Haah aku yang masak. Jemput makan." Kat Ailee lalu dia toleh ke arah Yoongi sambil tersenyum.

"Tadi aku dengar macam kau cakap dengan someone. Siapa unnie?" Kata Soo Ahn sambil memerhati sekeliling.

"Takde siapa pun. Kau dengar ke?"

"Dengar. Kau borak semua tu. Unnie dah ada boyfriend eh?" Usik Soo Ahn.

Yoongi hanya menjadi pemerhati sebabkan adik Ailee tak boleh nampak dia.

"Eo? Merepek. Mana ada. Aku cakap dengan telefon je tadi." Tipu Ailee.

Yoongi kat sebelah dia dah tersengih macam kerang busuk.

"Tipu cakap telefon. Aku dengar macam ada suara lelaki tadi." Kata Soo Ahn sambil mengecilkan matanya memandang kakaknya.

"Yah! Aku video call kejap tadi dengan kawan lama aku. Kau ni, menyebok tak sudah. Aku rembat Jackson tu tau ah." Balas Ailee sambil menyuapkan lagi nasi ke dalam mulutnya.

Sesudah itu, dia mencapai pula lasagna dan disuakan ke mulutnya.

"Iyee ye je kau ni, unnie. Pandai berahsia sekarang eh?"

Skret!

Kerusi meja makan ditolak oleh Yoongi. Dia bangun dan menuju ke ruang tamu meninggalkan mereka berdua di ruang makan.

"Unnie! Kerusi sebelah unnie tu bergerak sendiri lah!" Terus dia meletakkan sudu dia kuat pada pinggan.

Ailee memandang sebelahnya, Yoongi yang bangun dan tunjuk ke arah ruang tamu. Dia nak pergi situ lah tu. Ailee mengangguk separa perlahan dan sambung makan semula.

"Mana ada gerak sendiri, kau ni merepek. Aku yang tertolak." Kata Ailee cuba untuk menenangkan adiknya yang penakut ni.

"Iyeke?"

"Yeee lah, apa kejadah pulak hantu sesat siang-siang ni dik." Kata Ailee selamba.

"Unnie ni makin pelik pulak. Ni, aku gerak pergi class dulu lah. Aku nak bungkus lah lasagna dengan ayam goreng ni. Pancake ni sekali. Senang cerita, semua aku nak tapau." Kata Soo Ahn dengan mulut yang penuh disumbat dengan pancake.

"Bungkus lah sendiri. Kau yang nak makan."

"Alaaa, unnie. Tolonglah. Kejap lagi Jackson oppa mesti dah nak sampai, aku nak naik atas jap kemas barang apa semua. Jebal?" Rayu Soo Ahn sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

Ailee hanya menjelingnya.

"Fine. Gi ah siap apa semua. Aku bungkuskan. Ppali."

"Yay! Saaaaayang unnie!" Soo Ahn bangun dan dia mengucup sekilas pipi Ailee sebelum beredar ke atas semula.

Ailee hanya menggelengkan kepala dan dia menuju ke dapur untuk mengambil bekas.

Sesampai je di dapur, Yoongi ada tengah berdiri dekat tepi peti ais. Elok je statik kat situ. Buat terkejut orang je.

Suka muncul tiba-tiba.

"Saaaayang unnie." Kata Yoongi dengan nada mengejek.

"Eh kau ni, ngade eh. Memandai je bangun tadi. Tau tak kerusi tu bergerak time kau bangun. Yaish!"

"Aku taknak ganggu korang dua, so aku bangunlah."

"Eeeeeee, penat lah cakap dengan kau." Kata Ailee sambil mengambil bekas makanan yang berada di kabinet dapur.

"Takpe, yang penting kau kena tau ni, aku tak pernah penat layan kau." Ujar Yoongi sambil tersenyum.

[C] Devil In My Pocket ✔Where stories live. Discover now