DIMP -8 : My Ex

669 70 17
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Setelah bertukar nombor, Ailee melambai Jungkook yang keluar dari kedai 7E. Jungkook membalas dengan kenyitan matanya sebelum beredar.

Ailee hanya tersengih dan menyambung kerja dia yang tergendala sebabkan Jungkook datang tadi.

Jimin pula menghampiri Ailee, duduk bersila dekat sebelah Ailee.

"Macam tu sekali kau layan ex kau? Falling in love balik ke macam mana?"

"Molla. Aku pun rindukan dia." Kata Ailee sambil tersengih macam kerang busuk.

"Macam mana korang boleh putus dulu? Share ah, nak tau gak." Jimin mendekatkan diri dia dengan Ailee.

"Eish! Dasar makcik bawang betul. Ala, benda dah lepas pun. Buat apa nak ingat balik. Mungkin dia dah berubah..."

"Eh hello miss, kot ya pun cerita la dulu macam mana kau boleh break dengan dia dulu." Jimin ketuk kepala Ailee dengan plastik keropok yang terdekat.

Ailee mengaduh kesakitan dan mengusap kepala dia perlahan.

"Yelah, yelah, nak cerita lah ni. Gelojoh betul." Jeling Ailee kepada Jimin yang dah tersengih.

Ailee mula menceritakan kisah lalunya bersama dengan Jungkook...

Flashback

Petang hari tu, masa sekolah menengah, Ailee dah rancang untuk berjumpa dengan Jungkook dekat rooftop sekolah dia.

Nak kasi dia hadiah paling bermakna, kononnya.

Jadi, dia tergesa-gesa nak pergi ke sana dan dia terlanggar someone.

"Ah, mian. Nah, awak punya." Buku yang dipegang lelaki itu tadi terjatuh dan dihulurkan semula, terus dia kembali berlari ke arah tangga rooftop.

Lelaki itu membetulkan spek mata yang dipakainya dan berjalan seperti biasa.

"Crush langgar pun cukup buat aku bahagia, walaupun dia tak pernah nak notice aku." Kata lelaki itu sambil tersenyum dan dia beredar bagaikan takde apa yang berlaku.

Ailee melajukan langkahnya ke arah rooftop, tapi, sampai ke tangga yang terakhir, dia ternampak Jungkook dekat dinding, dan ada perempuan depan dia tengah cium dia.

"Jungkook!" Jerit Ailee dengan air mata yang berlinangan. Dia mampu berdiri statik dekat situ.

Ikutkan hati nak je dia pergi dekat perempuan tu, tampar dia. Tapi kaki dia ni macam dah terpaku dekat situ.

Kelam-kabut Jungkook meleraikan ciuman dia dari perempuan tu.

Dia menghampiri Ailee dan berdiri di depan dia. Perempuan yang dengan Jungkook tadi menggelabah lari turun bawah.

"Maaf, ni semua salah faham je, sayang. Maafkan saya." Rayu Jungkook sambil memegang kedua bahu Ailee.

Ailee hanya mampu menunduk dan menangis tersedu-sedan dekat situ.

Tak sangka, lelaki yang dia sayang curang dengan dia.

"Hubungan antara kita dah takde. Terima kasih untuk segalanya, Jeon Jungkook." Kata Ailee sambil mengesat air matanya yang mengalir sebelum meninggalkan Jungkook keseorangan di situ.

Jungkook yang terpinga-pinga meraup kasar wajahnya dan mengeluh. Dia bersandar pada dinding itu semula.

"Aku tak patut buat dia macam tu." Kata Jungkook sendirian.

End flashback

"So, macam tu lah cerita dia." Ayat nya diakhiri dengan senyuman yang tawar.

"Kau yakin ke dia boleh bahagiakan kau balik macam dulu?" Soal Jimin ragu-ragu.

"Manusia boleh berubah. Lagipun, tak salah kan kalau kita bagi peluang kedua?"

"Tak salah tu memang lah. Tapi kau kena hati-hati jugak. Jangan sampai kau tersilap langkah pulak." Pesan Jimin.

"Aku tak rasa dia macam dulu dah, Jimin. Aku yakin, dia dah berubah. Kalau tak, takkan sampai sini dia mampu cari aku?"

"Em, suka hati kau lah Ailee. Kalau kecewa, jangan meroyan sudahlah." Ucapnya sebelum beredar ke kaunter semula kerana ada customer nak bayar.

Ailee hanya mendiamkan diri dan dia teringat semula ayat Jungkook tadi.

"Because I'm still loving you, and I'm still can't forget everything about you, Choi Ailee" ucap Jungkook sambil mengusap pipi Ailee perlahan.

"Are you sure?" Soal Ailee.

"Yes I am. Saya menyesal sebab sakitkan hati awak dulu. Saya dah berubah, Ailee. Saya janji saya takkan sakitkan hati awak dah."

"Macam mana saya nak percayakan awak lepas apa yang awak buat dulu dekat saya?"

"Ailee, listen. Past is past and I won't repeat the same thing again. I promise that. Jebal? Forgive me and we can start it all over again. Can we?" Katanya lembut yang membuatkan Ailee mudah mempercayai janji manis yang diberikannya.

"Awak dah berubah? Awak bukan macam dulu lagi? Janji dengan saya."

"Yes I've change. Saya dah berubah demi awak. Saranghae, Ailee."

Ailee tersenyum indah.

"Nado saranghae, Jungkook." Balas Ailee.

"How about, kita tukar number?" Pinta Jungkook lalu mengeluarkan iphone miliknya.

Dia menghulurkan iphone nya kepada Ailee.

Ailee mencapainya dan menekan numbernya di situ, dan dia memberikan semula henfonnya kepada Jungkook.

Kemudian, Jungkook membuat missed call kepada number Ailee.

"That's my number. I'll see you soon. Bye, Ailee." Jungkook mula bangun dan menuju ke pintu dan sempat mengenyitkan matanya kepada Ailee.

Ailee membalas dengan lambaian sambil tersenyum bahagia.

---

"Jangan lupakan aku, Ailee. Aku dalam poket kau ni."

"Ye, aku taulah Yoongi." Kata Ailee perlahan, bimbang didengari oleh Jimin.

"Jangan tinggalkan aku untuk dia."

Ailee tergamam.

[C] Devil In My Pocket ✔Where stories live. Discover now