DIMP -10 : Bad Devil

641 71 7
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

"Iyelah tu. Saya ingat lagi masa tu, awak tergelincir sebab nak kasi saya payung." Ailee berkata sambil ketawa kecil bila mengenang kenagan lamanya bersama Jungkook.

"Demi awak tau, saya nak hulur payung punya pasal, sampai saya sanggup tergolek demi awak. Sanggup tahan malu depan orang, tau."

Ailee kembali ketawa, namun tawanya makin kuat bila dia teringatkan wajah Jungkook menahan malu masa tu.

"Siapa suruh awak careless sangat. Kan dah tergolek, rupa nangka busuk version hensem je ni."

"Awak cakap saya hensem eh?" Soal Jungkook dengan tawa kecilnya di hujung talian.

"Entah. Perasan je awak ni. Eh, dah lah. Macam lama sangat je saya bual dengan awak ni. Ada masa nanti, kita jumpa lah pulak nanti eh."

"Aloo, baru cakap sekejap. Em, takpela. Bila-bila free nanti kita jumpa okay, baby."

"Arasseoyo. Saya letak dulu ye."

"Ne. I love you."

"Okay. Love you too." Tuttt.

Talian dimatikan. Ailee kembali ke dapur mencari kelibat Yoongi.

Namun, bayangan Yoongi pun takde. Dia hanya membiarkannya, mungkin dia mencari ketenangan.

Dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Nak mandi, nak rehat. Penat sangat hari ni.

Rasa macam panjang sangat harini.

---

Situasi Yoongi.

Yoongi berjalan di sekitar jalan yang kini gelap. Mencari mangsa untuk santapannya kini.

Matanya semakin memerah, bermakna dia sangat memerlukan darah yang fresh sekarang.

Kelihatan, ada seorang lelaki di sebuah lorong sedang membuli seorang budak lelaki.

Yoongi menghampiri mereka dengan senyuman sinisnya. Hoodie yang kini dipakainya disarungkan pada kepala hingga kini hanya menampakkan separuh wajahnya sahaja.

Mata merahnya disembunyikan.

Dia membuatkan manusia boleh melihatnya, dan segera dia menghampiri lelaki itu dan menumbuknya sehingga lemah.

"Berambus, budak." Kata Yoongi pada budak lelaki yang dibuli tadi.

"T-terima kasih, encik." Kata budak lelaki itu gagap.

"Terima kasih banyak-banyak, encik. Saya be--"

"Baik kau blah sekarang sebelum kau pulak jadi macam dia." Ujar Yoongi tegas.

Budak lelaki itu terus meninggalkan mereka berdua di lorong ini.

Terus, Yoongi mengheret tubuh yang kini tengah nyawa-nyawa ikan ke dalam semak-samun.

Dia memulakan manteranya sebelum menghisap darah milik lelaki yang membuli tadi.

"Qüe dè vøs, es tuë reş,
Qöü dè rưŝ, meī t hụī,
Qịr dè biť blœd nįgħt,
Vōs ãmőŝ, tŕe je qoü."

Terus, darah milik lelaki itu dihisap rakus oleh Yoongi. Setelah puas menghisapnya, mata Yoongi kini berubah menjadi ungu kegelapan semula.

Yoongi mengelap bibirnya dengan belakang tapak tangannya. Dia bernafas mengah. Memerhati tubuh yang terkulai di hadapannya.

"Bad devil was here, just now. Mianhae, aku tak boleh control diri aku." Kata Yoongi sebelum menghilangkan diri dan meninggalkan mayat itu di dalam semak-samun tadi.

---

Yoongi mula duduk pada kerusi di sisi katil Ailee. Kelihatan, Ailee dah lena dibuai mimpi.

Dia mengerling sekilas jam di dinding, baru menunjukkan pukul 8:45 malam, tapi Ailee dah tidur dulu.

Mungkin dia terlelap sebab penat sangat, teka Yoongi.

Yoongi mendekati katil Ailee, dan dia melabuhkan punggungnya di sisi Ailee.

Rambutnya yang menutupi dahinya diselak ke tepi. Yoongi mengelus lembut pipi Ailee sambil tersenyum.

"Aku sayang kau dari dulu lagi, tapi sayangnya, sekarang aku tak boleh sayang kau macam mana manusia sayangkan kau. Aku bukan manusia dah." Kata Yoongi sayu lalu mengucup dahi Ailee lembut.

"Bila sisi jahat aku datang, aku tak boleh bersama dengan kau. Aku takut aku tercederakan kau tanpa aku sedar." Sambungnya lagi.

"Aku sebenarnya ada dua sisi. Devil baik dan jahat. Kedua-duanya sebenarnya sama. Satu tubuh, dua sisi. Satu gelap, satu cerah. Dua-dua tu ada dalam tubuh aku, Ailee."

"Aku taknaklah kau tau yang aku ada devil jahat dalam diri aku. Aku taknak kau jauhkan diri kau dari aku."

"Aku sayang kau. Aku cintakan kau. Aku sukakan kau. Sampaikan aku sanggup berkorban apapun demi kau."

"Aku no longer manusia pun, sebab aku sayang kau. Aku nak kau hidup lama dekat dunia ni." Selimut Ailee dibetulkan.

"Aku nak kau bahagia di dunia ni." Lagi sekali, dahi Ailee dikucup sekilas sebelum dia menghilangkan diri dari sisi Ailee.

Ailee langsung tak dengar apa yang diucapkan Yoongi. Dia memang dah lena terus. Senang cerita, tidur mati. Letak bom sebelah pun dia takkan bangun.

[C] Devil In My Pocket ✔Where stories live. Discover now