EPILOGUE

1K 91 18
                                    

Setahun berlalu...

Ailee mula membiasakan dirinya semula seperti sediakala, seperti sebelum hadirnya Yoongi dalam hidupnya dahulu.

Rambutnya yang disanggul itu dileraikan dan dia terus mencapai beg tangannya untuk keluar.

Menuju ke Namsan Tower.

Lama dia dah tak datang ke situ, jadi harini dia buat keputusan untuk pergi ke sana. Berjalan sendirian ambil angin di petang hari.

Tiba je di sana, dia menuju ke bahagian love locks. Diperhati setiap satu love locks di situ dan dia tersenyum sendirian.

Alangkah indahnya kalau dia dapat buat macam tu, bersama dengan pasangan sendiri. Matanya juga ralit memerhati sekeliling. Masing-masing bersama dengan pasangan, terdetik rasa cemburu di dalam hatinya melihat kebahagiaan mereka.

Ailee meneruskan perjalananannya menuju ke bukit Seoul pula, terletak di sebelah Namsan Tower.

Dia berdiri di situ sambil memerhatikan keindahan bandar Seoul yang mempunyai pelbagai bangunan, dan kehijauan yang memenuhi di sekitar kawasan itu.

Udara segar di situ dihirupnya perlahan, dan menghelanya. Dia termenung sendirian di situ.

Tanpa dia sedar, sepasang tangan telah merangkul pinggangnya daripada belakang. Terasa deruan nafas yang hangat di telinganya.

"Miss me, sayang?" Soalnya.

Ailee terpempan. Dia sangat mengenali haruman ni, dan suara ini. Segera Ailee berpaling menghadap wajah yang sangat dirinduinya ini. Matanya mula berair melihat insan yang memeluknya kini.

"Absolutely. I can't stop thinking about you. Is this you, for real?" Tangan Ailee meraba seluruh wajah Yoongi. Memastikan kali ni dia bukan berkhayal.

"I'm here. And I'm not gonna leave you, again. I swear with all my heart." Ujar Yoongi sambil mengelus lembut wajah Ailee dengan ibu jarinya. Dia tersenyum nipis menatap wanita yang dicintainya ini.

"You're being a human again?" Soal Ailee seakan tidak percaya.

Yoongi mengangguk, tanda mengiakan.

"B-but, how?"

"How about, miracle?" Kata Yoongi bersahaja. Dia mengucup dahi Ailee lama, kemudian kembali merenung mata Ailee dalam.

"Tell me about it."

"It's miracle. But, I need a soulmate in my life forever or I'll return to devil again so..."

"...will you be my soulmate for the rest of my life?" Ujar Yoongi tatkala dia menekup kedua tangannya pada wajah Ailee.

Ailee tergamam. Perlahan, air matanya menitis dan dia mengangguk lalu terus merangkul leher Yoongi dan memeluknya erat, seakan tidak mahu melepaskannya lagi.

Yoongi membalas pelukan Ailee dan mengusap tubuh belakangnya lembut. Pelukannya makin dieratkan dan sebelah tangannya mengusap rambut Ailee.

Ailee mula menangis teresak-esak menangis di bahu Yoongi. Terhinjut-hinjut bahu dia. Yoongi tergelak kecil.

"Hei, dah lah. Haritu pun kau nangis, sekarang kau nangis. Dah, shh. Jangan nangis dah k, I'm here with you. I am not gonna leave you, sayang." Ucap Yoongi di dalam pelukannya.

Yoongi mahu meleraikan pelukannya, namun Ailee makin mengemaskan pelukannya. Baju Yoongi dicengkam erat.

Perlahan, dia mengukirkan senyuman terhadap Ailee.

"Sayang betul eh kau dekat aku, sampai kau taknak lepas." Kata Yoongi sambil tersengih.

Ailee mencebik. Segera dia meleraikan pelukannya dan merenung Yoongi tajam bersama dengan wajahnya yang basah dek air matanya.

[C] Devil In My Pocket ✔Where stories live. Discover now