DIMP -24 : The Truth

564 64 2
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

"K-kau biar betul, Tae?" Soal Ailee seakan tidak percaya.

"Ya, betul. Dia lah yang selamatkan kau dari accident dan dia korbankan diri dia untuk dilanggar sebab dia tolak kau ke tepi, and dia tak sempat selamatkan diri dia..."

"...kau pengsan lepas kena tolak ke tepi tu sebab kau jenis lemah semangat. And, Yoongi dimasukkan ke hospital."

"Tapi, kenapa selama ni aku tak tau dia yang selamatkan aku daripada accident tu?"

"Sebab tu permintaan dia sebelum dia hembuskan nafas dia yang terakhir dekat hospital. Dia cuma harap yang kau akan notice dia satu hari nanti, tapi bukan dengan cara ingat dia sebabkan selamatkan kau daripada accident tu."

"Habistu, dia nak aku notice dia dari segi apa?" Soal Ailee dengan air mata yang berjuraian tanpa henti.

Kelihatan Taehyung juga menahan sebak semasa menceritakannya. Air matanya berlinang di tubir mata.

"Dari segi kenangan lama. Ya. Itulah." Ujar Taehyung ringkas.

"A-aku tak faham. Maksudnya?"

"Kau tengok lah gambar-gambar lama kau masa sekolah. Dia sekelas dengan kau. Pelik kan, kau tak pernah nampak kebaikan dia sebaliknya kau tetap pilih untuk bersama dengan Jungkook. Kau salah menilai cinta sejati, Ailee." Terang Taehyung.

"T-tak m-mungkin. Kenapa dia tak pernah nak confess dari awal je dekat aku? Mana tau, aku boleh terima dia?"

"Ailee, listen. I guess dia banyak kali bagi hint yang dia suka kat kau. Cuma tu lah, macam yang aku cakap. Kau salah menilai cinta." Keluh Taehyung.

"Sebab tu lah Yoongi jumpa aku? Sebab dia nak selesaikan masalah dia kat dunia ni?" Soal Ailee kepada Taehyung.

Taehyung mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.

"Babe, he's gone. He's no longer alive anymore. What do you mean by that?"

"A-aniya. Lupakan. Aku merepek je tu." Ujar Ailee lalu mengesat air matanya.

"It's okay. Cuma, ingatlah kau adalah orang yang paling dia sayang masa dia hidup lagi. Kalau dia hidup lagi sekarang, mesti dia bahagia tengok kau. Dah, jangan sedih-sedih, benda dah lepas. Kita lupakan dan teruskan kehidupan kita yang akan datang, ara?" Soal Taehyung lalu meraih tubuh Ailee ke dalam dakapannya.

Ailee membalas pelukannya dengan tangisan yang semakin kuat. Basah bahu Taehyung dengan air mata Ailee.

"Aku menyesal sebab tak pernah notice dia sebelum ni. Sumpah aku menyesal, Tae." Esak Ailee. Terhinjut-hinjut bahunya menangis.

[C] Devil In My Pocket ✔Where stories live. Discover now