---
Ailee membuka location yang diberikan Taehyung.
Crematorium of Seoul.
Dia melepaskan keluhan yang berat. Mustahil untuk dia untuk tidak berasa sedih.
Segera dia bersiap untuk pergi ke location yang diberikan Taehyung.
Selesai, dia bergegas ke dalam kereta untuk ke sana.
---
20 minit kemudian, Ailee tiba di memorial park tersebut.
Kelihatan cantik sekali dengan tumbuhan hijau di sekeliling, menambahkan suasana yang nyaman di sekitar memorial park ini.
Ailee memakai dress hitam paras lutut bersama dengan kaca mata hitam.
Dia terus memasuki bangunan tersebut dan mencari tempat di mana memorial Yoongi berada.
Setelah puas mencari, kini dia berada di hadapan memorial Yoongi. Ianya berada di paras hidungnya.
Jelaslah ianya milik Yoongi kerana memiliki gambarnya di dalam sebuah frame bersama dengan bunga-bunga kecil di sekelilingnya.
Ailee mula sedih. Perasaannya mula tidak keruan. Air matanya bila-bila masa sahaja boleh gugur.
Dia tak sangka orang ini yang pernah mencintai dirinya sehingga sanggup mengorbankan dirinya demi menyelamatkan nyawa yang masih bernafas ini.
Seketika, air matanya berguguran jatuh. Dia tak mampu menahan dirinya daripada menangis. Sungguh, dia kesal.
Kesal kerana tidak pernah perasan akan keeujudan Yoongi, dan menyesal kerana memarahi dan menampar Yoongi sekian hari.
Kini, Yoongi dah pergi dari hidup dia. Buat selamanya. Tak mungkin dia akan kembali semula kepadanya.
Walaupun dia telah menjadi devil, dan dia pernah mengatakan yang dia akan pergi buat selamanya dari hidup Ailee.
Mungkin itu adalah pengakhirannya. Yoongi sememangnya dah pergi dari hidup dia.
Perasaan sebal itu tinggi tak terkata. Benar apa yang dikatakan Taehyung, dia buta dalam menilai cinta. Dia salah dalam memilih cinta sejati.
Andai dapat diundurkan masa, mungkin perkara macam ni takkan berlaku. Yoongi takkan mati dan Jungkook tidak bersamanya.
Ailee membuka kaca mata hitamnya dan dia mengesat air matanya yang mengalir.
Dia benar-benar tidak dapat menahan sebak. Lututnya terasa longgar saat kini tatkala menatap wajah Yoongi yang berada dalam frame tersebut.
"Yoongi. Mianhae. Mianhae sebab tak pernah tahu tentang kewujudan kau dalam hidup aku. Aku buta. Aku tak nampak kau sedangkan kau sentiasa ada dengan aku, sampaikan..."
"...sampaikan kau sanggup korbankan diri kau demi aku. Aku...aku menyesal. Sumpah aku menyesal." Sambungnya lagi dengan esak tangisnya.
"Yoongi. Please come back. I miss you. Bogoshipeo. Saranghae. I love you. Everything. Aku menyesal. Please, don't leave me hanging like this." Rayu Ailee di depan memorial Yoongi.
Disebabkan di awal pagi, tiada orang yang berada di sini.
"Patutlah masa kau ada dengan aku haritu, kau cakap kau kena settlekan something. Ini ke sebab dia? Kau nak settlekan yang aku kena notice kau and, baru kau boleh pergi dengan aman? Macam tu?" Kata Ailee sendirian di situ.
"Aku memang dah notice kau, Yoongi. But please, muncullah depan aku even buat kali terakhir. Aku nak mintak maaf depan kau. Aku menyesal. Aku...A-aku..." kata-katanya terhenti di situ. Dia tak mampu meluahkan apa yang ingin dikatakannya dek kerana perasaan sedih yang mendalam.
Dia mula teringatkan saat-saat indah dia bersama dengan Yoongi sebelum ni. Makin membuatkan hatinya bagai disambar petir peritnya.
Ailee menarik nafas yang dalam dan menghelanya dengan perlahan. Cermin kaca memorial milik Yoongi dibuka, dan diletakkan nota kecil Yoongi yang ditinggalkannya dulu.
Ailee menulis sesuatu dia belakangnya.
'The truth has been told.'
Dia sempat mencapai kertas yang pernah dikonyokkan dia sebelum ni. Mujurlah dia belum buangnya lagi.
Ailee tersenyum sekilas dan menutup semula cermin kaca itu. Dia merenung ruang memorial milik Yoongi itu buat seketika sebelum beredar meninggalkannya.
Kemudian, Yoongi munculkan dirinya di situ setelah Ailee beredar. Dia mengambil kertas yang diletakkan Ailee tadi dan membacanya.
"Tak sangka, kau tau jugak akhirnya. Mianhae jugak, Ailee. Aku tak boleh bersama dengan kau. Aku bukan manusia and I'm no longer alive anymore." Ujar Yoongi sayu sebelum meletakkan semula kertas itu ke dalam.
Dia tersenyum sekilas dan menghilangkan diri menuju ke tempat yang selalu dia berada iaitu bukit Seoul.
Tempat yang penuh kenangan yang dicipta oleh dirinya sendiri.
---
"Unnie? Awat pakai hitam ni? Berkabung apa?" Soal Soo Ahn kepada Ailee yang masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur.
Dia mengekori Ailee ke dapur.
Kelihatan Ailee sedang meneguk segelas air.
"Aku melawat memorial someone lah, tadi." Jawab Ailee bersahaja. Cuba mengawal suara.
"Eo? Siapa?"
"Kawan lama. Ish, kau ni. Tak payah seboklah." Ujar Ailee geram.
"Alah. Tanya je pun, itu pun tak boleh."
"Yaish. Apa-apa jelah. Aku nak naik rehat." Ujarnya dan terus keluar dari dapur meninggalkan Soo Ahn yang terpinga-pinga.
---
Sesampai je di bilik, Ailee menghempaskan tubuhnya di atas katil. Terasa lega seluruh badan dapat baring.
Dia merenung siling biliknya. Kemudian, mengiring pula ke arah kiri. Mencari kedudukan yang selesa.
Kemudian, matanya tertumpu pada seluar yang dia dapat dulu yang tergantung elok pada almari.
Ailee terus bangun dan mencapainya. Mengambilnya dan duduk di birai katilnya. Dia memeluk erat seluar tersebut.
"Devil in my pocket. Hey, I really miss you." Katanya sambil mengusap lembut seluar itu.
Teringatkan Yoongi yang mengatakan bahawa dia datang daripada seluar tu.
'Kau milik aku dan aku milik kau.'
Ailee teringat pula kata-kata Yoongi itu. Sungguh, dia merindukan saat-saat itu bersamanya.
"I wish you were here with me, Yoongi." Makin dieratkan pelukannya pada seluar itu.
Please come back.
YOU ARE READING
[C] Devil In My Pocket ✔
Spiritual"I'm yours, and you're mine. Believe me, believe in yourself, I can't be with you forever."