---
2
minggu kemudian....
Taehyung's wedding day.
Ailee mengenakan sehelai dress merah untuk menghadiri ke majlis perkahwinan kawan baiknya, Taehyung.
Rambutnya dibiar lepas dan dia mencalitkan sedikit lipstick merah agar bersesuaian dengan dress yang dipakainya.
Dia menarik nafas yang dalam, dan melepaskannya berat. Macam dia pulak yang nak kahwin.
"Aku rindukan Yoongi. Kalau tak mesti dia ada membebel dekat sisi aku sekarang ni." Ujar Ailee sayu. Dia merenung dirinya di depan cermin.
Air matanya menitis setitik. Namun segera dia menyekanya. Taknak make up yang dipakainya cair sebab nangis.
Lagipun dia nak pergi menghadiri hari bahagia kawan dia. Taknak lah sebabkan muka dia muram nanti apa pulak tetamu kat sana kata apa pulak.
Nanti dia ingat Ailee ni ex Taehyung pulak. Nangis sebab ex dah kahwin. Em no.
Sedar tak sedar, Yoongi berada di atas katil yang membelakangi Ailee.
Dia berada di atas katil, menghadap Ailee yang berdiri di depan cermin. Sedikit sebanyak dia mengukirkan senyumannya kepada Ailee.
Ailee yang ternampak kelibat Yoongi daripada cermin segera menoleh ke belakang.
"Yoongi?" Katanya sambil memerhati katilnya.
Sayangnya, Yoongi tiada di situ. Belum sempat Ailee menoleh sepenuhnya, Yoongi segera menghilangkan dirinya dari penglihatan Ailee.
Terus, Ailee terduduk. Dia menganggap dirinya hanya berhalusinasi dek terlalu rindukan Yoongi.
"Datang lah semula, Yoongi. Aku rindukan kau." Ujarnya lalu air matanya menitis semula. Dibiarkan air matanya yang mengalir buat seketika.
Kemudian, telefon dia berdering.
Segera, Ailee mencapai telefonnya. Melihat nama pemanggil.
Taehyung.
Terus ditekan butang hijau dan meletakkan telefonnya di telinga.
"Yeoboseyo, Ailee-ah. Kau tak datang ke hari ni?" Soal Taehyung di hujung talian.
Ailee mengesat air matanya dan cuba mengawal suaranya.
"Ne. Aku datang. Otw dah ni." Katanya dengan suara yang serak.
"Araso. Ni, kau tak sihat ke? Suara kau lain je."
"Sihat je. Cuma selesema sikit je. Don't worry. Fikirkan wedding kau je, okay?"
"Oh alright. Aku nervous ni. Cepat la sikit datang, tenangkan aku. Huhu." Rayunya.
Ailee tergelak kecil mendengar ujaran Taehyung. Dia tersenyum.
"Aip. Sabar. Kejap lagi aku sampai okay. Dahlah, aku nak gerak ni. Nanti lagi lambat aku sampai."
"Ah. Okay. Hati-hati. Bye~~" tutt.
Talian dimatikan.
Segera Ailee mencapai beg tangannya dan memandang sekilas katil di mana dia ternampak kelibat Yoongi tadi. Dan dia kembali melangkah keluar menuju ke arah keretanya.
Situasi Yoongi
Yoongi mula menjelmakan dirinya di dalam bilik Ailee. Dia duduk di birai katil miliknya.
Memerhati Ailee yang sedang berdiri di hadapan cermin. Setelah sekian lama membawa diri, dia memunculkan dirinya buat seketika.
Dia tersenyum memerhati insan yang dirinduinya buat sekian lama ini.
I miss you. But you don't like me. Gumam Yoongi di dalam hati.
Kemudian, Ailee menoleh ke belakang. Dengan segera Yoongi menghilangkan dirinya daripada pandangan Ailee.
Dia kini berada di bukit Seoul, sendirian. Tempat di mana selama ini dia berada untuk menjauhkan diri daripada Ailee.
---
"Hah! Sampai pun kau!" Laung Taehyung dari jauh.
"Sampai lah. Kalau aku keep on call dengan kau tadi, sampai ke sudah aku tak sampai-sampai." Kata Ailee sambil berjalan beriringan dengan Taehyung yang lengkap memakai tuxedo hitam. Rambut blondenya disisir rapi.
"Yaish. Btw, cantik kau harini. Kalau tak seksi tu bukan Ailee namanya kalau pergi event." Gurau Taehyung sambil tersengih.
"Iyelah, time event ni lah kita kena cantik-cantik. Kalau tak, bila lagi. Kan?"
"Ermm...betul lah tu."
"Ni, pukul berapa paderi sampai nak kahwinkan kau ni?"
Taehyung mengerling sekilas jam di tangannya. Kemudian, kembali pandang Ailee di sisinya.
"Sekarang pukul 4 petang, dalam 5 suku macam tu dia datang."
"Wae? Kau cakap macam aku dah lambat tadi. Haih lah nak."
"Ala, apa salahnya kau datang awal. Boleh kita lepak-lepak, borak dulu. Lepasni maybe kita tak boleh borak macam ni dah, kan?" Senyumnya.
"Ah. Ne. Apa kata kita duduk kat dalam? Borak." Ajak Ailee.
"Okay, jom."
Mereka berdua beredar masuk ke dalam rumah Taehyung. Kelihatan ada ramai tetamu yang mula memenuhi laman rumahnya.
---
"Betul lah tu. Kalau tak ponteng tak sah kan kita dulu." Ujar Ailee sambil ketawa.
Taehyung turut ketawa. Dia menghirup air pada gelas di tangannya.
"Tae." Panggil Ailee. Tiba-tiba dia teringatkan hal yang pernah diutarakan oleh Taehyung semasa dia datang ke rumahnya sebelum ni.
"Ne?" Taehyung terus menoleh ke arah Ailee. Wajahnya kelihatan seperti mahu mengatakan sesuatu yang serius.
"Kau ingat lagi tak, before ni kau pernah cakap yang ada lelaki yang sanggup berkorban demi aku sebab dia suka sangat dekat aku. Aku nak tau, siapa dia tu?"
Taehyung tersentak. Dia meletakkan gelasnya di atas meja dan dia kembali menatap wajah Ailee.
"Kau memang betul tak tau apa-apa tentang dia ke?" Soalnya.
Ailee menggelengkan kepalanya.
Terus, Taehyung melepaskan keluhan yang berat.
"Dia kawan lama aku. Dia baik sangat. Suka tolong orang. And dia minat sangat dekat kau. Sangat-sangat..."
"...kau tau tak? Kau pernah hampir accident dulu, and kau terselamat sebabkan ada orang tolong kau dulu? Dan orang tu adalah..."
"...Yoongi."
Terus, Ailee tersentak. Air matanya mula berlinangan. Dia mula teringatkan sekeping kertas yang diletakkan di sebelahnya selepas sahaja dia bergaduh dengan Yoongi sebelum ni.
전하지 못한 진심' (The truth untold)
Takkanlah...ini apa yang dia cuba sampaikan dulu? Kebenaran tentang kewujudan diri dia?
Ailee menekup mulutnya untuk menahan sebak yang ditahan.
YOU ARE READING
[C] Devil In My Pocket ✔
Spiritual"I'm yours, and you're mine. Believe me, believe in yourself, I can't be with you forever."