DIMP -21 : Frustrated

503 59 4
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---


Pang!

Pipi Yoongi ditampar kuat.

"Tuduh lagi! Kau ada bukti ke?" Jerit Ailee.

Yoongi tergamam. Pipinya diusap perlahan dengan tapak tangannya sendiri.

"Aku tak tipu. Aku cakap benda yang betul lah." Jawabnya tenang.

"Kau dengki apa dengan aku sampai macam tu sekali kau cakap pasal dia?"

"Bukan macam tu. Masa kau pergi kerja haritu, aku jalan dekat luar. And, aku nampak dia jalan dengan sorang perempuan."

"Mungkin tu kawan dia ke?"

"Tak. Sebenarnya dia dah kahwin lama. Hampir tiga tahun. Cuma tulah, kau je yang tak tau."

Ailee mengeluh dengan kasar. Wajah Yoongi direnungnya tajam.

"Tch. Takkan lah. Dia selalu keluar dengan aku kot. Tak...tak mungkin." Ailee memegang rambutnya dengan kasar. Air mata mula mengalir.

"Perempuan tu aku kenal. Dorang sama-sama suka. Dan diorang sememangnya dah kahwin. I know it already."

"Diam!"

"That's why aku pernah cakap, jangan terlalu percaya kan dia sangat."

"D-diam!" Marah Ailee lagi.

"Aku pernah cakap sebelum ni."

"Kau diam! Kau berambus daripada sini! Kau jangan datang sini lagi, aku benci kau!" Tengking Ailee dengan air matanya yang berjuraian.

Yoongi tergamam. Dia mula bertahan daripada bertukar kepada devil yang jahat. Dia menarik nafas yang dalam dan melepaskan perlahan.

"It's okay. Aku sedar aku siapa. Baiklah, aku akan pergi. Aku harap kau bahagia dan dapat jumpa kebenaran dengan sendiri, dengan mata kepala kau sendiri. Jangan rindu aku..." ujar Yoongi sekilas sebelum perlahan-lahan menghilangkan diri dan meninggalkan Ailee sendirian di situ.

Ailee hanya mendiamkan diri. Dia geram dengan tuduhan yang dilontarkan Yoongi. Bagi dia, tuduhan Yoongi dianggap sebagai tuduhan secara melulu.

Ailee mula duduk dan memeluk lutut sambil bersandar pada katil. Kepalanya dirapatkan dengan lututnya. Menangis sendirian. Tidak hiraukan yang Yoongi pergi meninggalkan dia.

---

Tanpa sedar, Ailee tertidur di atas lantai lalu merengkot kesejukan.

Dia terus bangun dari lenanya dan kembali duduk bersandar pada sisi katil.

Matanya digosok perlahan. Kemudian, ada sehelai kertas kecil yang dikoyak daripada sekeping kertas berada betul-betul di sebelahnya.

'전하지 못한 진심' (The truth untold)

"Eo? Kenapa mesti nak tinggalkan kertas? Dah berambus tu blah jelah." Kertas kecil itu terus dikonyokkan Ailee dan dibaling pada dinding.

Menyampah. Geram dengan Yoongi. Sekarang ni dia tak kisah Yoongi pergi tinggalkan dia. Apa yang dia tau sekarang, cuma perasaan marahnya pada Yoongi kerana menuduhnya.

Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk bersiap, nak pergi ke tempat kerja.

---

Selesai, dia terus turun ke bawah bersama beg sandangnya.

Kelihatan, adiknya berada di ruang tamu sedang tengok tv.

"Oi, unnie. Kenapa muka monyok je. Macam baru lepas break up?" Tegur Soo Ahn kepadanya.

Ailee memandang adiknya sekilas dan menyarungkan kasutnya.

"Kau diam jelah. Aku penat ni." Katanya dan terus beredar keluar. Meninggalkan adiknya terpinga-pinga di dalam.

Kereta di luar rumahnya hanya diperhati dengan ekor mata. Taknak naik kereta yang Yoongi bagi. Nyampah.

Dia melepasi kereta Audi R8 hitamnya itu bersahaja. Terus berjalan menuju ke stesen bas. Sebelum tiba di stesen bas, dia singgah membeli secawan coffee.

Semasa dalam perjalanannya ke tempat kerjanya, dia ternampak seseorang yang sangat dikenalinya.

Orang tu tak asing daripada dia.

Kelihatan lelaki itu sedang berjalan di pejalan kaki bersama dengan seorang perempuan di sisinya bersama anak kecil yang dipimpin di tangan mereka.

Ailee tergamam. Tak sangka Jungkook tipu dia.

Terus dia melajukan langkahnya ke arah Jungkook. Sampai je, muka Jungkook terus berubah daripada senyuman bertukar riak wajah yang cemas.

"Erk? A-Ailee?" Tegur Jungkook dengan senyuman yang awkward. Perempuan di sisi Jungkook turut tersenyum memandang Ailee.

Budak kecil yang dipimpin tadi mula didukung oleh perempuan itu.

Dengan pantas, cawan coffee di tangannya terus disimbah pada wajah Jungkook. Perempuan di sebelah Jungkook tercengang melihat perbuatan Ailee terhadap Jungkook.

"Yah!!" Marah perempuan itu.

[C] Devil In My Pocket ✔Where stories live. Discover now