Di kala malam tidurku terganggu. Bucu kaki katilku yang terdiri dari material besi berbunyi hasil dari ketukan tangan. Bunyi ketukan itu kuat dan menganggu. Dalam keadaan separa sedar aku membuka kecil mataku untuk melihat sekeliling.
Jantungku bendengup pantas. Bulu romaku meremang. Peluh jantanku mengalir.
Di balik biasan lampu di luar bilikku, terbentuk bayang hitam berselubung duduk di penjuru katil abangku. Malah ia bukanlah bayang tetapi sesuatu yang nyata.Ya, aku berkongsi bilik dengan abangku tetapi kini bilik ini milkku seorang sejak abangku bekerja di bandar besar. Pembentukan selubung lebih mirip jasad seorang manusia, dengan ayat mudah ia lebih seseorang yang memakai jubah, telekung, kunta atau kain kafan. Mukanya pula tidak pula ku nampak kerana kegelapan malam membatasku walaupun ada sedikit cahaya namun kegelapan lebih dominan ketika ini. Aku pula dengan pantas berselubung di balik selimut dengan cubaan membentuk dinding pemisah antara aku dan penampakan itu. Namun aku tetap masih dapat melihat di balik samar-samar selimut yang menutup pehuh tubuhku.
Dalam hatiku terkumat-kamit cuba menyusun ayat Qursi, namun mulutku sukar untuk malafazkan bait-bait ayat suci tersebut.
Perlahan-lahan kain di sisi penampakan itu terangkat. Satu susuk berbentuk tangan keluar dari celahan kain itu dan memanjang menghala kearah katilku. Panjangny terlalu panjang untuk manusia normal. Ketika itulah bau hanyir tengik bangkai menusuk hidungku.
'Ting'
Satu jentikan halus menghasilkan bunyi yang sama di bucu kaki katilku. Perlahan-lahan tangan panjang itu menapak ke lantai. Agak seram apabila biasan cahaya menampakkan lengan yang amat panjang dan kurus mereput.
"Aku tahu kau sudah bangun dari tidurmu, marilah kita berbual-bual".
Aku kaget. Susuk seram itu mengeluarkan suara perempuan tua. Aku hanya senyap. Aku hanya berbaring kaku. Aku hanya mampu menutup mata.
"Aku tahu kau sudah terjaga, marilah sayang berbual denganku".
Ya allah, lindungilah aku.
"Marilah berbual denganku, aku bosan tiada teman berbual, lagi-lagi dengan manusia".
Dan aku hanya terus berdiam. Peluh jantanku terus-menerus mengalir. Sehingga tika ini aku masih tidak mampu melafazkan ayat Qursi.
"Baiklah, kalau tidak sudi tidak mengapa. Sayang, darah manusia manis tetapi tidak semanis budi pekerti awak".
Dalam tempoh agak lama aku berlakon kaku sambl memajam mata. Baru tika ini aku sedar, susuk gelap itu sudah lenyap dari pandangan mata. Perlahan-lahan aku menolak selimut dari mukaku sehingga mendedahkan separuh tubuh badanku. Dalam posisi berbaring mataku meliar melihat sekeliling.
Gelap dan samar, itu sahajalah pembatasan pebglihatan aku ketika ini.
'Tup'
Satu titikan air jatuh ke atas dahiku. Kemudian dua titik dan diselangi titik ketiga. Bau hancing mula mencucuk hidung. Jantungku mula bendegup kencang. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala kearah belakang cuba menarik pandangan mata kea rah siling.
"Hai, awak tipu saya".
Apa yang aku Nampak satu susuk bertelanjang merangkak di siling. Mukanya gelap dan pucat persis perempuan tua kerepot. Separuh hancur mukanya sehingga menampakkan tulang-tulang dan tersembul mata merah pekatnya. Lidahnya menjelir panjang dan lendir-lendir kuning kelihatan mengalir. Badannya pula memanjang bak biawak, mengeliat-liat ke kiri dan kanan. Kaki dan tangannya juga memanjang menjangkau panjangnya seorang manusia normal. Kemaluannya berjuntai-juntai menitikkan air kencing yang amat hancing berselang dengan bau hanyir yang sangat tengik.
Ketika ini aku hanya mampu terkejut dan mata aku terbeliak tanpa berkedip.
Dan duniaku menjadi gelap di saat dia terjun jatuh kearah badanku.
"Heeeeee".