EPISODE 8
Tania kaku melihat pelajar- pelajar di sekelilingnya saling tumbuk-menumbuk sesama mereka.
Pakkk.... Satu objek keras terpelanting mengenai kepalanya... Darah mengalir keluar membasahi dahinya..
Tania menyentuh dahinya yang berdarah. Tiada siapa yang peduli akannya kerana sibuk berlawan. Tania memandang sekelilingnya. Ada yang pengsan, terbaring di lantai tak sedarkan diri, ada yang tersandar pada dinding keletihan, tidak kurang juga ada yang cedera parah, serta dengan yang masih sibuk bertarung. Nauto pula sedang dibelasah teruk oleh Kamikaze ,ketua gangster pelajar di situ.Tania menggenggam erat tangannya. Geram. Menahan marah. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.
" Aku letih hanya mendiamkan diri begini, " Bisik hati kecilnya.
Dadanya tiba-tiba terasa panas. Anak mata yang tadinya coklat kini menghitam pekat. Tania tenggelam dalam dunianya.
Tania berjalan menuju ke arah Kamikaze dan Nauto, pandangannya kosong tanpa perasaan. Jiwanya mula menggelap sehitam anak matanya berjalan menuju ke arah mereka sambil mengheret kayu hoki di tangannya. Nauto yang lembik dibelasah Kamikaze terkejut melihat Tania yang sedang menuju ke arah mereka. Lagaknya penuh misteri menuju ke arah mereka. Matanya terbeliak melihat kayu hoki dipegang Tania.
Satu hayunan padu ditujukan ke kepala Kamikaze, Kamikaze jatuh terjelupuk di lantai dengan kepala yang berdarah. Pelajar lain yang menyaksikan tindakan Tania terkejut.
Kawan-kawan Kamikaze mula meluru ke arah Tania, ingin menyerangnya, namun Tania mengelak lebih pantas. Satu hayunan kayu hoki hinggap di leher salah seorang pelajar itu, pelajar lain yang ingin turut sama menyerangnya terhenti seketika. Mula panik dan teragak-agak menyerangnya.Serangan demi serangan yang ditujukan kepada Tania gagal mengenai dirinya. Dia sebaliknya menyerang balas dan membelasah teruk mereka dengan menggunakan kayu hoki. Setiap pukulan padu dari Tania mengenai anggota badan mereka. Serangannya mengenai bahagian-bahagian anggota badan yang menyukarkan pergerakkan mereka.
Noel mula menyerang balas dengan merampas kayu hoki tersebut, namun tendangan padu dari Tania menyebabkan Noel terpelanting ke dinding, kayu hoki terlepas dari tangannya dan jatuh ke tingkat bawah dari tingkap kelas itu. Sone memeluk tubuhnya dari belakang , manakala Noel cuba memberi tendangan balas , namun Tania pantas berpusing membelakanginya mengakibatkannya tertendang kawannya sendiri.
Tania berjaya melepaskan dirinya dan menghadiahkan tendangan pada "man part" Noel. Noel terduduk menahan kesakitan. Sone membaling kerusi kayu ke arah Tania. Tania sempat mengelak spontan membaling pasu bunga yang berada di tepinya. Pasu tersebut pecah berderai mengenai kepala Sone. Sone rebah di lantai berlumuran darah.
Tanpa sedar Kamikaze cuba untuk menyerang Tania namun sempat dihalang Nabe. Pukulan bertalu-talu dari Kamikaze terkena padanya .Nabe jatuh terjelupuk menahan sakit.
Kamikaze menuju ke arah Tania sambil mengeluarkan pisaunya. Tania terkejut.Slaaassshhhh
Kamikaze melibas pisaunya ke arah Tania. Baju Tania terkoyak ketika cuba mengelak libasan pisau itu.
Kamikaze seolah- olah sudah naik hantu. Dia mengejar Tania yang cuba melarikan diri, dia menangkap Tania dan cuba mengelar lehernya. Namun Tania menggigit tanggannya dengan kuat sehingga luka. Kamikaze yang dalam kesakitan pantas meleraikan pengangannya dan menampar wajah Tania dengan kuat. Pisau di tangannya turut terjatuh. Kamikaze mengerang kesakitan. Gigitan itu terasa amat berbisa.
Tania mengelap darah di bibir manisnya. Pedih kerana tamparan Kamikaze.Dalam situasi kian tegang itu, Nabe segera mengambil pisau tersebut dan mencampaknya ke luar tingkap. Kamikaze berasa amat geram mencekak kolar baju Tania. Tania sedikitpun tidak gentar. Belum sempat dia menumbuk Tania, Tania lebih pantas menghantukkan kepalanya pada hidung Kamikaze. Dia mengerang kesakitan, hidungnya mula berdarah.
Kamikaze berang , baju Tania direntap kasar menyebabkannya terkoyak di khalayak pelajar menampakkan tubuhnya yang putih melepah. Tania pantas menendang perutnya dengan kuat.
Tania menanggalkan bajunya yang koyak teruk. Saat itu, semua tergamam melihat susuk tubuh perempuannya yang menawan. Semua yang menyaksikan perkara tersebut terkejut, apatah lagi apabila mengetahui identiti sebenar Tania ialah perempuan. Yang lebih mengejutkan lagi ialah tatoo naga yang terukir kemas memenuhi belakang badannya.
Tania mengheret kerusi kayu menuju ke arah Kamikaze, pandangannya tajam seperti ingin menelan mangsanya hidup-hidup. Sepantas kilat Tania berlari ke arah Kamikaze dan menghempuk kepalanya dengan kerusi itu. Kamikaze jatuh terlentang di lantai dengan berlumuran darah. Tania tidak berhenti di situ, tetapi menumbuknya bertalu-talu tanpa belas kasihan.
Semua yang berada di situ seakan -akan tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan.
" L !!!!!!!!!!!, " Teriak Nauto, apabila menyedari Kamikaze sudah nyawa-nyawa ikan dibelasah Tania.
Tania yang berada di atas tubuh Kamikaze terhenti, dengan penumbuknya yang hampir singgah ke wajah Kamikaze. Anak mata hitamnya mulai memudar kepada coklat kembali.Darah dari penumbuknya menitik.
Tanpa dia sedar dia telah melukai dirinya sendiri disaat dia melukai orang lain.
Tania melepas genggamannya pada kolar baju Kamikaze. Dia kemudiannya melangkah longlai meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...