Alert !!!
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata.
Sinopsis:
Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...
" Hoi!! Bangunlah ! dah lewat ni. Kau tak nak pergi sekolah ke ?! " kata Nauto dalam nada bengang, ternyata Tania sungguh liat untuk bangun pagi.
" Uhh..? Mummy 5 more minute and I wake up okay. 5 more minute .. '" masih lagi memejamkan matanya.
"Hoi bangunlah !! aku bukan mummy kau! ," balas Nauto. Berang dengan kedegilan Tania bangun pagi.
" Mat salleh rupanya budak ni. Hampeh betul, muka dah la asian asiana. Speaking pulak dengan aku awal-awal pagi ni," bebelnya di dalam hati, geram dengan kedegilan Tania. Tiba-tiba, idea nakal Nauto muncul.
Ya! Jepun juga terkenal dengan seringnyaberlakubencanaalam, gempabumi.
Tania sepantas kilat bangun daripada katilnya bersedia untuk lari sepantas yang mungkin, malangnya kakinya tersandung pada katil, Tania tergolek jatuh ke lantai, sebiji macam nangka busuk..
" Aduhh..," Tania mengusap lututnya yang sakit.
" Padan muka. Cepatlah! Aku paling tak suka tunggu orang ni. Aku bagi kau masa 5 minit untuk siap," Tania dalam keadaan mamai, cepat-cepat bangun bergegas ke bilik air. Tak sampai beberapa saat dia keluar semula. Nauto terkejut.!
" Aku takde uniform , nak pakai baju ape ye?, " soal Tania tersengih macam kerang busuk.
"Pakai jela apa-apa baju warna hitam," jawabnya malas.
Tania membuka begnya dan mengambil pakaian serba hitam sebelum masuk semula ke bilik mandi untuk mandi dan menukar pakaiannya. Beberapa minit kemudian Tania keluar semula.
"Ok siap, jom! " kata Tania sambil melihat telefon bimbitnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah mereka terserempak dengan kawan-kawan Nauto . Mereka berjabat tangan sebelum meneruskan semula perjalanan mereka bersama-sama ke Kantin sekolah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.