EPISODE 51
Para tamu mula memenuhi dewan, bunyi riuh rendah tawa tetamu mula memenuhi dewan di mana majlis tersebut berlansung. Majlis tertutup itu dihadiri oleh para demon, devil dan pasangan mereka. Majlis ringkas dan traditional itu dilansungkan untuk memperkenalkan pengantin perempuan kepada para ahli keluarga dan sahabat handai bukan manusia mereka. Dua hari sebelum majlis persandingan mereka, atas permintaan Tania, perkahwinan mereka telah didaftarkan secara sah selayaknya seperti pasangan manusia yang lain.
Tania mengeluh panjang, dia gugup. Walaupun pernah bersanding sebelumnya tapi kali ini persandingannya bukan dihadiri oleh manusia tapi demon dan devil. Khabar angin tentang majlis persandingan mereka pantas tersebar dan mengundang minat ramai demon dan devil untuk menghadirinya. Shizuma terpaksa menyewa dewan majlis yang lebih besar berbanding sebelumnya. Shizuma mempunyai ramai kenalan bisnes dan sekutu yang kuat. Sikap ramah, serta kebijaksaannya mengurus bisnes serta permasalahan membuatkan ramai demon serta manusia selesa berurusan dengannya.
Shadow menyentuh bahunya.
" Are you okay Tania ?," Tanya Shadow melihat wajah gugup Tania.
" I'm not okay, I'm afraid to face them." Jawab Tania jujur.
Shadow memeluknya.
" You have to face it. You are one of them. Trust your husband. He is more capable than you thought." Belakang Tania diusap lembut, Shadow cuba menenangkan Tania.
" Don't worry, if anything happened, I'll protect you. " Katanya lagi sambil meleraikan pelukan mereka. Anak mata merah disebalik kanta lekap berwarna hitam Tania ditatap. Shadow tahu masih ada lagi amarah yang bersisa dan terbuku dihatinya. Maka warna anak matanya masih kekal begitu.
Leo menghampiri mereka.
" Tania, lets go," katanya menghulur tangan kepada Tania. Mereka berjalan berpegangan tangan menuju ke pintu masuk dewan. Leo melepaskan tangannya.
" Maaf Tania aku cuma boleh mengiringi kau sampai sini," kata Leo. Bahu Tania disentuh lembut memberi semangat kepadanya untuk melangkah masuk ke dalam dewan.
Tania membetulkan kimono yang dipakainya dan berdehem. Dia memandang wajah mereka berdua buat kesekian kalinya. Shadow memberikan isyarat kepadanya untuk masuk.
Bunyi alunan musik dari alat musik traditional itu menusuk telinganya. Dia melangkah masuk ke dalam dewan dengan sopan santun. Hadirin yang tadinya riuh rendah, tiba-tiba senyap memandangnya. Terpesona akan kecantikannya.
Tania tersenyum manis ke arah Shizuma. Senyuman itu mampu mencairkan hati sesiapa saja yang memandangnya. Shizuma menghulurkan tangannya kepada Tania sebelum mereka duduk bersama. Demon yang ada di situ masing-masing berbisik memuji kecantikannya. Cuma ada sekelompok devil di situ saling berpandangan dan mendiamkan diri.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...