TANIA 37

60 5 0
                                    

EPISODE 37

Mark menarik tangan Tania dan membawanya pergi.

"Mark, kau nak bawa aku ke mana ni?" Soal Tania. Soalan Tania dibiarkan tergantung oleh Mark. Langkahnya semakin laju sambil menarik tangan Tania.

Mark berhenti di hadapan pintu pejabat ayahnya. Bilik tersebut diketuk.

"Jom masuk," kata bapa Mark dari arah belakang mereka.

"Opocot!," Kata Mark, tiba-tiba melatah kerana terkejut. Dia segera melepaskan tangan Tania, terkejut melihat bapanya yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Dadanya diusap perlahan, menenangkan jantungnya yang sedang terkejut.

Pintu pejabat tersebut dibuka. Mereka masuk ke dalam. Di dalam bilik itu terdapat satu lagi bilik rahsia. Bapa Mark mengarahkan mereka agar segera masuk.

Di dalam bilik itu terdapat beberapa keping lukisan yang tergantung kemas dan rapi. Ia sepertinya dijaga dan diurus dengan baik sekali. Tania terpaku melihat hiasan di dalam bilik itu. Satu persatu lukisan diamatinya. Langkahnya terhenti pada salah satu lukisan pada dinding itu.

Sebuah lukisan berimejkan seorang budak perempuan yang tersenyum manis memandang ke arah lelaki bertopeng.

Dia dapat merasakan seolah-olah lukisan itu hidup. Dengan matahari bersinar terang dan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipinya.

"Apa yang aku rasakan ini? Kenapa hati aku berbunga ceria tetapi sedih dalam masa yang sama. Kenapa hati aku rasa penuh penyesalan dan rindu." Hatinya berbolak balik dan bermonolog sendiri.

"Kau nangis ke Tania?!," Tania menoleh ke arah Mark.

"Eh, taklah, apa yang kau merepek ni?" Tania tergelak kecil.

"Habistu, ni apa?, " Mark mengelap air mata di pipinya.

Tania bingung sendirian. "Menangis? Aku menangis? Untuk apa?!," Monolognya lagi.

Kamu berdua mari duduk dulu.

Bapa Mark mengeluarkan kotak kayu daripada peti besinya.

Mark duduk di sebelah ayahnya menghadap Tania. Tania menelan air liurnya, tekaknya tiba-tiba terasa kering. Tania cuba mencerna apa yang sedang berlaku.

" Tania, ini kotak buat kau. Segala isi kandungnya juga milik kau mulai hari ini. Termasuklah isi kandungan di dalam ruangan ini." Kata Mark ringkas. Bapa Mark menghulurkan peti kayu itu kepada Tania.

Tania kebingungan. Shadow yang berdiri di belakang Mark dan bapanya turut sama hairan. Mereka saling berpandangan. ( Mark dan bapanya tidak dapat melihat shadow, hanya Tania sahaja yang boleh melihatnya. )

"Apa maksud kau Mark? Apa yang kau maksudkan dengan kata-kata kau tu?"
Tania masih bingung.

"Bukalah peti tu", jawab Mark.

Tania mengambil kotak kayu itu, lalu membukanya. Di dalamnya terdapat satu skroll kertas usang, sepasang gelang jed, sekuntum bunga sakura kering, satu set pakaian kimono lelaki dan topeng muka. Topeng sama seperti gambar yang dilihatnya tadi.

Tania mengambil skroll kertas usang itu, membukanya berhati-hati. Terdapat lukisan bunga sakura padanya, diatasnya ditulis satu amanat.

Imagination time✨

✨Imagination time✨

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 TANIAWhere stories live. Discover now