EPISODE 58
" Kamu ada nampak baginda Permaisuri ?!," Tanya Taehyung kepada salah seorang pengawal istana yang sedang bertugas mengawal pintu masuk istana.
" Baginda sepertinya tadi menuju ke perpustakaan Istana." Jawab pengawal itu.
" Thanks. " Katanya lalu terus berlari meninggalkan kedua-dua pengawal istana itu.
"Perpustakaan lagi. Apa yang dia buat kat sana? " Monolognya sendirian.
Sudah tiga hari berturut-turut Tania mengurung dirinya di dalam perpustakaan istana itu. Tiada siapa dibenarkan masuk ke ruangan tersebut. Dia cuma akan keluar untuk sarapan awal pagi dan balik lewat tengah malam untuk tidur.
Taehyung menambah kelajuan lariannya. Dia perlu berjumpa dengan Tania secepatnya.
Pegawai-pegawai istana sudah mula curiga dengan perilaku anehnya. Sejak beberapa hari yang lalu dia mengurungkan dirinya di dalam perpustakaan istana itu, tidak mahu diganggu.
Yang ada keluar dan masuk ke perpustakaan itu hanyalah orang-orang yang menghantar kotak dan bungkusan misteri secara lansung kepadanya.
Situasi itu sangat membimbangkan Taehyung, kerana ia boleh menimbulkan gosip dan menjejaskan imejnya sebagai seorang permaisuri. Dan situasi itu akan merumitkan lagi keadaan. Ditambah lagi dia sememangnya punya ramai musuh.
Itu adalah petanda tidak baik dan boleh menimbulkan prasangka. Taehyung perlu menasihatinya.
Sampai sahaja di pintu perpustakaan itu, satu lagi kotak dihantar kepadanya. Taehyung meluru ingin masuk tetapi dihalang oleh kedua pengawal di situ. Taehyung mula berang dan mahu menyerang namun Tania lebih pantas menenangkan keadaan.
" Both of you let him in." Kata Tania kepada mereka. Taehyung akhirnya dibenarkan masuk.
"Thanks, you may go now." Kata Tania kepada penghantar bungkusan yang menghantar barangnya.
" Bawa, Litz, I don't want any visitors again today. I don't want to be disturb. And close the door also." Katanya kepada pegawal di luar perpustakaan itu.
Pegawal pintu di luar itu menutup rapat pintu perpustakaan setelah penghantar kotak itu keluar dan membenarkan Taehyung masuk.
Taehyung bukannya tidak mampu menggunakan kuasa teleportasinya ke perpustakaan itu, tapi entah bagaimana dia tidak boleh berteleportasi ke perpustakaan tersebut.
Tempat itu sepertinya telah dijampi menggunakan magis. Magis kuat yang hanya mampu digunakan oleh Tania. Magis itu menghalangnya daripada terteleportasi ke situ. Dia tidak tahu apa yang dilakukan Tania dan itu membuatnya bimbang, sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan Tania.
Taehyung menuju ke arahnya dengan wajah mencuka dan serius. Belum sempat dia meleteri gadis di hadapannya itu, Tania terus memeluknya. Taehyung terkaku di situ.
"Can we just hug like this for a while. My winter bear, noona is so run out of energy." Katanya lemah. Taehyung terdiam seketika. Dia spontan membalas kembali pelukan noona kesayangannya itu. Setelah agak terlalu lama berpelukan, tiba-tiba perasaan aneh muncul. Taehyung merasakan bahunya basah.
" Tania!! " kata Taehyung cemas meleraikan pelukannya.
"Yaaaaaahhhhh!!," Jeritnya.
" Yah Tania! Apa ni ??? Ewwww...kotorlah baju aku... Eeeeewww!! air liur !! " Taehyung mula tidak tentu arah, kegelian kerana bajunya terkena air liur.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...