EPISODE 7
Malam itu Nauto ,Tania dan rakan-rakannya membuat latihan terakhir sebelum rakaman musik video mereka esok. Persembahan itu dirancang oleh Nabe . Kawan baik Nauto. Sebagai tanda kenang-kenangan mereka sepanjang tempoh satu minggu bersama pelajar pertukaran.
" Memandangkan ni minggu terakhir korang. Aku harap korang semua akan membuat persembahan pagi esok dengan semangat ye. Lagu tu aku gubah sendiri. Dah lama aku rancang nak terbitkan album aku sendiri.. tapi aku belum jumpa suara emas yang boleh menyanyikan lagu aku ni. Terima kasih 'L' sebab sudi menyumbangkan suara kau untuk lagu aku. Dan ...aku suka rambut baru kau.. sesuai sangat. Macam atok-atok." kata Nabe sambil berseloroh.
"Hah! Ape ?!, Kau kata rambut aku macam Atok-Atok.?!" Tania berpura-pura marah.
"hehe..Eh... takde ape hal lah. Kita kan kawan. Lepasni aku pun tak tau bila lagi aku boleh jumpa korang. Aku harap lagu kita ni akan meletup la kat youtube. Dapat banyak like dan view. Hehe, aku doakan kau berjaya dalam karier kau sebagai producer dan youtuber. Ohya... esok siapa "cameraman" kita??," soal Tania.
" Itu rahsia. Yang pastinya dia seorang yang sangat berbakat. Yela ,sebelum muka kita lebam-lebam petang esok. Kita mekap lawa-lawa dulu pagi esok ,pakai aksesori ,baju baru .. bagi nampak hensem-hensem semuanya." pesan Nabe kepada rakan-rakannya.
"Kami pun sama. Saya wakil kepada rakan-rakan pertukaran pelajar di sini juga ingin berterima kasih di atas tunjuk ajar dan hospitaliti yang senior-senior di sini berikan. Panjang umur kita jumpa lagi." kata Tania, mewakili rakan-rakannya.
"Sudah-sudah. Jangan berdrama kat sini.. tidur awal. Esok semua mesti bersedia k. Esok video kita "one -take" je tau." kata Nabe mengingatkan kawan -kawannya.
"OK BOSS!!!!!," jawab mereka semua serentak.
________________________________________________________________________________
Pagi itu, Alex berjalan seperti biasa menuju ke Kantin sekolah. Hatinya sedikit tenang memandangkan itu merupakan hari terakhir seksaannya daripada terus dibuli. Tiba-tiba sekumpulan pelajar menghalang laluannya.
" Ehh... Budak, lap kasut aku ni. Kotor lepas terpijak lopak tadi.." kata Noel. Dia memang terkenal dengan perangai suka membulinya.
Alex perlahan-lahan mendekatinya. Tangannya terketar-ketar mengelap kasut pelajar itu.
"Sekejap. Jangan guna kain sapu tangan tu. Guna baju kau." kata Sone, sahabat Noel.
Noel dan rakan - rakannya mula ketawa beramai- ramai.
" Berhenti !!" teriak Nauto. Dia sudah hilang sabar melihat telatah mereka.
Semua murid terdiam. Tidak berani bersuara. Nauto merupakan salah seorang daripada senior yang paling digeruni di sekolah itu kerana pengaruh keluarganya yang besar dan kekuatannya.
Mereka berjalan menuju ke arah mereka dengan sangat bergaya dan penuh karisma. Semua ternganga melihat penampilan mereka. Seakan-akan tidak percaya.
" Eh ,sengal betul la..potong mood betul ! " Kata Sone.
"Buang tabiat ke pakai macam tu?!" kata Noel tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
" Salah makan ubat kut." kata Sone sambil tersengih.
"Sekejap..... tu macam...eh tak mungkin..dia dah ke luar negara . Tak kan balik sini lagi kut ??" Noel agak terkejut melihat jejaka berambut blonde dihadapannya.
Nauto menghulurkan tangannya kepada Alex. Alex walaupun dalam keadaan ragu-ragu tetap menyambut tangan Nauto.
"Harini last day kau kan?. Kau patut lawan mereka balik. Sebab esok kau tak payah tengok muka-muka sengal ni lagi. Harini lawan sehabis boleh." kata Nauto kepada Alex.
" Kalau kau takut kena buli lagi lepasni kau bungkus kain baju kau duduk bilik aku. Aku takde junior , ada satu lagi katil kosong." kata Nabe pula.
Tiba-tiba siren dibunyikan. Nauto dan rakan-rakannya saling berpandangan.
" Sekarang. Action !," teriak Nabe.
* Quick Note: Hello my dear readers... Hehe... Tahu tu lagu kpop ... Korang pandai-pandai imejin sendiri lagu tu dalam jepun / english ye... Enjoy je... Sebab imej lagu ni sesuai untuk episode ni... Kbye... Teruskan support karya saya ye... Thanks a lot ...😘*
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...