TANIA 4

155 10 1
                                    

EPISODE 4

" Oh, Welcome to Japan everyone!. Cepat masuk dalam bas. Kamu semua pasti penat sepanjang perjalanan kan," tangan Tania ditarik oleh seseorang yang tidak dikenali menuju masuk ke dalam bas.

Tania terpinga-pinga. Dalam suasana hingar bingar dan berasak-asak Tania terpaksa masuk ke dalam bas bersama-bersama yang lain. Tania duduk di salah satu kerusi kosong di situ. Disebelahnya seorang pelajar lelaki berpakaian uniform serba hitam dengan aksesori rocknya. Tania memandang di sekelilingnya. Semua sama sahaja berbaju uniform tetapi seakan-akan gangster penampilannya. Tania mula berasa cuak dan kecut perut. Ingin sahaja dia turun dari bas itu tetapi bas telah bergerak.

"Kamu yang berdiri tu sila duduk," kata orang yang tidak dikenalinya itu.

Tania terpinga-pinga lagi, tidak pasti sama ada ayat itu ditujukan kepadanya walaupun sudah terang-terang dialah orangnya yang berdiri. Tania terduduk di kerusinya kembali apabila tangannya ditarik oleh pelajar di sebelahnya. Tania menoleh kearahnya, namun pelajar itu lansung tidak memandangnya.

"Selamat datang diucapkan kepada semua. Saya cikgu Achibara, cikgu yang akan bersama kamu semua sepanjang tempoh pertukaran pelajar di sini nanti. Kalau kamu semua perasan di sebelah kamu adalah senior kamu yang diwakilkan untuk memantau aktiviti kamu di sekolah nanti. Senior kamu nanti akan membawa kamu melawat kawasan sekolah dan menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Objektif pertukaran pelajar kali ini seperti kamu sedia maklum ialah untuk memupuk keyakinan diri dalam diri kamu serta untuk menguji tahap ketahanan mental dan fizikal kamu. Dan suka saya mengingatkan kamu semua bahawa di sekolah ini kami tidak menyediakan peraturan, dan pelajar di sini punya peraturannya sendiri mengikut kumpulan masing-masing. Sebarang insiden tidak diingini juga tidak akan dilayan. Masalah kamu, kamu yang selesaikan sendiri. Selepas ini kamu ikut senior kamu ke bilik masing-masing. Kamu akan tinggal bersama senior kamu selama seminggu seperti di dalam tentatif program," Ucap cikgu itu dalam bahasa jepun.

Tania bernasib baik kerana pernah diajar Tommy berbahasa Jepun di rumah. Tania juga secara senyap-senyap menguasai bahasa tersebut kerana gemar menonton anime namun tetap berpura –pura tidak pandai agar Tommy sentiasa mengajarnya.

" Tinggal bersama ? OMG this is going to be bad." Tania menelan air liurnya.

" How am I gonna survive living with a man? Bisik hatinya. But.. I have no other choice, I have no where to go here. I need to survive. Lagipun tinggal di asrama bermaksud aku tak perlu bayar sewa," Tania bermonolog sendirian, berkonflik dengan perasaannya.

Sampai di sana, Tania disajikan pemandangan yang kurang enak. Dengan kawasan sekolah yang
tunggang langgang. Bilik Kelas seperti bukan tempat untuk belajar. Kerusi meja yang patah mematah. Satu persatu bilik kelas dilewati sebelum tiba di asrama. Seniornya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Sampai di bilik mereka, seniornya terus menghempaskan diri di katilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai di bilik mereka, seniornya terus menghempaskan diri di katilnya. Tania membaca tag namanya Nauto.

"Tu katil kau,"  Nauto membaling bantalnya atas katil satu lagi. 

"Bilik air tu kunci dia rosak, kalau kau mandi ke, kencing ke, berak ke. Pasang je air tu supaya orang tau kau kat dalam. Lagipun asrama lelaki biasa la macamtu, takde ape yang nak dimalukan," katanya sebelum memejamkan matanya.

"Tak berkunci ?!!, " Tania terduduk di katilnya yang berdebu. 

Tania memandang sekeliling, memandang sarang labah-labah dan meja yang berdebu. Aku takde cadar dan selimut. Bisik hatinya. Almaklumlah keluar rumah sehelai sepinggang. Tania mengemas katilnya. Selesai mandi Tania tertidur dengan nyenyaknya kerana terlampau letih.

12:00 tengah malam.

Nauto terjaga dari tidurnya. Dia memandang Tania yang sedang nyenyak tidur. Dia bangun menuju ke bilik air, sekembalinya dia memeriksa pintu bilik mereka. Tidak berkunci.

" Cuainya budak ni,"  Nauto mengeluh kasar. Dia tidak larat bertengkar. Dia kemudiannya berbaring semula sambil memandang wajah Tania sekali lagi. 

"Kenapa aku rasa macam pernah nampak dia ni ye.?"  Nauto bermonolog sendiri.

"Tapi apasal tangan dia lembut sangat tadi. ?" Nauto tersenyum sinis. Anak orang kaya kut . katanya sambil memejam matanya semula.

 TANIAWhere stories live. Discover now