EPISODE 63
Perlahan kaki mereka jejak semula ke lantai. Tanpa melengahkan masa Tania segera mengemas semua barangan, pakaian, duit dan barang kemasnya.
" Dimension space," kata Tania membuka ruangan dimensi tempat penyimpanan barangan dengan kuasa magisnya.
Dia segera mencampakkan barang- barangnya ke dalam lohong hitam ruang dimensi yang diciptanya itu. Ruang penyimpanan itu hanya boleh digunakan oleh orang-orang yang mempunyai kemampuan magis yang tinggi.
Berkat usahanya yang tanpa jemu mempelajari mentera itu dia akhirnya berjaya menguasainya. Setakat ini "Dimension space" yang berjaya diciptanya cuma sebesar ruangan bilik tidur.
Taehyung hanya memandang apa yang dilakukan noonanya. Tiada apa lagi yang menjadi kejutan buatnya kerana dia tahu noonanya bukannya wanita biasa. Jadi semestinya dia akan melakukan perkara-perkara yang pelik.
Tania memasukkan tangannya ke dalam lohong hitam itu dan mengeluarkan dua pasang baju lelaki rakyat biasa.
"Nah, tukar baju sekarang. Kita perlu bergerak pantas."arah Tania kepada hansung.
" Dekat sini? Sekarang?!," Soal Hansung panik.
"Shhhhhhhhh.., perlahankan suara kamu, nanti orang dengar. " Tania menekup mulut Taehyung mengarahkannya diam dan Taehyung hanya mengangguk faham. Tania melepaskan tangannya semula.
"Ke kamu nak noona yang tukarkan baju kamu." Kata Tania sengaja mengusik adik angkatnya.
"Tak perlu !.... saya boleh tukar baju sendiri. Lebih baik noona risaukan diri noona sendiri, noona dah lah pakai pakaian seksi. Menjolok mata pulak tu. Cepat tukar baju." Katanya sambil memeluk tubuhnya dalam posisi berjaga-jaga agar noonanya tidak berbuat yang bukan-bukan. Wajah putih gebunya merona merah jambu, malu kerana diusik noonanya sebegitu.
Tania hanya tergelak kecil melihat tingkah laku Taehyung.
______________________________________Sebaik sahaja selesai menukar pakaian mereka, Tania menggunakan kuasa teleportasinya sekali lagi untuk bergerak ke tempat lain, jauh dari istana.
Sebaik sahaja sampai di destinasi yang dituju, kedua mereka singgah di salah satu kedai makan di dalam pekan tersebut untuk mengisi perut yang lapar.
Selesai makan, mereka berdua mencari tempat untuk bermalam. Setelah puas mencari, akhirnya mereka terjumpa sebuah rumah tumpangan di hujung pekan tersebut.
Pemilik rumah tumpangan itu adalah seorang wanita, dan Tania sangat mengenalinya. Mereka saling berpandangan.
" Maaf tapi kami cuma ada 1 sahaja lagi bilik yang kosong dan haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini." Kata Jang Man wol tegas.
______________________________________Mereka saling berpandangan.
" Baik, kalau macam tu saya ambil bilik tu. Terima kasih. Dan ini duitnya. Mari kita pergi Taehyung " Tania membayar duit sewa bilik untuk mereka bermalam. Tania buat-buat tidak faham dengan apa yang dikatakan Jang Man Wol dan pergi dari situ. Baru sahaja melangkah beberapa tapak, Jang Man Wol tiba-tiba muncul dihadapannya.
" Aku kata, haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk.," Jang Man Wol tiba- tiba muncul di hadapannya. Dia tanpa berselindung mempamerkan kuasanya kepada Tania.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...