TANIA 22

59 5 0
                                    

EPISODE 22

"Hi sayang.. Jom balik rumah."
Tommy memeluk Tania dari belakang. Haruman Tania membuatkan jiwanya tergoda.

Tania terkejut dengan perlakuan Tommy. Bulu romanya meremang dengan tindakan nakal Tommy. Sejak awal pertemuan mereka. Tania memang mengenalinya  dengan karenah yang manja dan "touchy".

Tania meregangkan pelukan Tommy pada pinggangnya.

Tommy merengus. Tidak mahu melepaskan pelukannya pada Tania. Pelukannya semakin erat dan kepalanya  dibaringkan pada  bahu Tania.

"Awak ni wangilah, titew nak pelok lame ciket." Katanya dalam nada manja.

Gelak Tania berhambur, lucu dengan ayat yang keluar dari mulut Tommy. Macam budak-budak perangainya.

"Iskh ape ni, janganlah gelak macam tu. Tecik ati titew tau" Tania semakin galak ketawa. Tommy mula mencebik tidak puas hati. Dia menyilangkan kedua tangannya di dada. Buat-buat merajuk.

Ibu dan ayah Tommy masuk ke bilik.
Tania masih lagi belum habis mentertawakan karenah comel Tommy.

Ayah Tommy hanya mampu tersenyum. Dia berasa bahagia melihat telatah kedua-dua mereka. Kalau satu hari tak mengusik tak sah. Mengalahkan budak-budak perangai mereka.

"Dah siap kemas dah?",soal encik Michael.

Tania hanya menganggukkan kepala.

"Jom kita balik sekarang ", katanya lagi.
_____________________________________

Tania tergamam melihat rumah mewah Encik Michael. Mulutnya ternganga luas. Tommy mengangkat dagu Tania ke atas semula. Hanya menggelengkan kepala apabila gadis itu betul-betul "jawdrop".

"Apa lagi jomlah masuk. Tengok apa lagi?" Kata Tommy.

"Jom ikut aku ke bilik", pelawa Tommy selamba. Mulutnya dimuncungkan ke bilik di tingkat atas.

Encik Michael mengetuk kepala Tommy.

"Eh eh eh, gatalnya budak bertuah ni", encik Michael memiat telinga anak lelakinya itu diiringi rengekan anaknya.

"Maid! Datang sini cepat",panggil isteri encik Michael.

Kelihatan pembantu rumah itu datang tergesa-gesa menuju ke arah mereka.

"Dah siapkan bilik untuk Tania ni? " Soalnya.

"Sudah ,puan",jawabnya.

"Kamu berehat la dulu Tania, nanti Maid akan tunjukkan bilik kamu." Katanya lagi.

Tania membuntuti langkah maid itu hingga ke biliknya. Bilik itu nampak kemas dan sederhana besar. Setelah menunjukkan biliknya ,maid itu beredar dan menyambung tugasnya.

Tania menghempaskan dirinya di tilam yang empuk itu. Matanya dipejamkan. Tania mengingat kembali perbualannya bersama Leo.

"Mulakan hidup baru Tania,semua yang berlaku biarkan berlalu."kata Leo . Leo memberikan sampul coklat padanya.

Di dalamnya terdapat semua kad pengenalan dirinya beserta account bank nya.Tania membaca surat  di dalam sampul itu. Air matanya berguguran. Tangannya berketar saat membacanya. Dia sudah sah bercerai dengan suaminya ,Eric.

Tania menyimpan sampul tersebut di dalam loker di hospital itu dan menyimpan kuncinya. Yang diambil hanyalah kad pengenalan dirinya.
_____________________________________

Tania bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Tommy. Tania menyambung sesi persekolahannya di salah sebuah sekolah biasa di situ. Encik Michael  mahunya bersekolah di sekolah yang sama dengan Tommy, namun Tania menolak secara baik.

Pada sebelah malam Tommy akan mengajarnya berbasa  jepun. Kerana mereka berdua memang gemar menonton anime. Jadual dia dan Tommy tidak sama dan mereka jarang meluangkan masa. Tapi bila dah berjumpa, riuh rendah rumah. Kalah pasar malam.

Tania v/s Tommy


"Aaaaarrrrggghhhhhhhh!!!, Tommy!!!!, "Jerit Tania.

Semua seluar panjangnya dipotong pendek oleh Tommy.

Tommy hanya tersenyum mendengar teriakan Tania. Ibu dan ayah Tania  mengeluh berat.

"Tommy! What's now? Sudah-sudah lah mengusik Tania tu", kata Encik Michael kepada anaknya. Dia perasan sejak ada Tania perangai anaknya semakin nakal dan kuat mengusik.

Rumah yang sunyi sepi itu jadi meriah dengan adanya mereka berdua.

Tania mengejar Tommy yang cuba melarikan diri daripadanya. Stress sering saja terkena dengan perangai nakal Tommy.

 TANIAWhere stories live. Discover now