EPISODE 16
Aku ingin pulang,
Aku tidak betah lagi untuk terus berada di sini,
Bawa aku pergi dari sini.Tania melangkah longlai tanpa arah tujuan. Dia hanya menuruti langkah kakinya.
_____________________________________
Moon menangis teresak-esak dalam pelukan kakaknya, Kristal.
" Kakak, saya telah gagal menyelamatkan Tania. Tania pasti sunyi di alam sana. Dia cuma ada saya di alam sana. Dan sekarang dia sendirian lagi. I miss her so much," tangis Moon, setelah sedarkan diri di istana Permaisuri. Dia amat merindui Tania.
" Kita hanya mampu memberi petunjuk kepadanya. Selebihnya adalah usaha Tania sendiri untuk mencari jalan keluar. Kita telah mencuba sedaya upaya kita membantunya. Usahlah kamu menyalahkan diri kamu," Kata Kristal memujuk adiknya.
____________________________________
Masa berlalu dengan pantasnya di alam itu. Tidak seperti di alam nyata. Rambut Tania mulai tumbuh panjang semula. Tania kini tinggal di sebuah villa usang tanpa penghuni di tengah-tengah hutan belantara. Entah bagaimana dia boleh sampai ke situ. Tania menyelak helaian buku di tangannya.
" Sia-sia sahaja. Aku tidak dapat membaca isi kandungan buku ini," Tania mula bengang dan membaling buku yang dijumpainya itu. Buku itulah yang mengakibatkan dia terjatuh semasa sesat di hutan tempoh hari dan mengakibatkan lututnya luka.
Prannnggg.. bunyi kaca jatuh berderai saat buku dibalingnya itu mengenai suatu objek di atas meja.
" Haaaaaah...," Tania mengeluh berat. Dia mula bergerak ke arah tempat dia membaling bukunya tadi. Dia mula mengutip kaca-kaca di lantai dan membuangnya ke dalam tong sampah yang berada di tepi meja tersebut. Tania bergerak ke katilnya semula.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...