TANIA 21

71 6 0
                                    

EPISODE 21

Encik Michael dengan gembiranya menjawab panggilan telefon itu.
Hatinya berulang-ulang kali mengucap kata syukur.

Tommy dan ibu tirinya kehairanan melihat perilakunya. Encik Michael menamatkan panggilannya dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada si pemanggil.

"Saya ada berita baik untuk dikongsikan. " Encik Michael tersenyum lebar.

"Apa berita yang baik sangat tu papa,"
Tanya Tommy.

"Ingat tak budak perempuan yang papa jumpa di tebing sungai semasa memancing dengan rakan bisnes papa 2 bulan lepas? Dia sudah sedarkan diri. Papa akan pergi ke sana melawatnya habis sarapan ni. Kamu berdua nak ikut?"soal Michael.

"Saya tak ada urusan apa-apa pun harini, saya ikut awaklah",jawab isterinya.

"Saya pun nak ikut, dia cantik tak papa?" Soal Tommy tersengih macam kerang busuk.

"Kamu tengoklah sendiri nanti," Encik Michael hanya mampu tersenyum. Faham benar dengan perangai playboy anaknya.
______________________________________

Leo masih lagi bersedih dengan pemergian Permaisuri Jaksa Sakti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Leo masih lagi bersedih dengan pemergian Permaisuri Jaksa Sakti.
Hatinya sakit melihat istana yang kosong itu tanpa ada Permaisuri di dalamnya.

Leo mengeluh berat,air matanya gugur lagi.

Leo mengeluh berat,air matanya gugur lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

______________________________________

Tania terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Tania menoleh ke arah pintu itu. Rambutnya yang panjang mengurai itu beralun lembut ditiup angin. Dia mengelap air matanya dan meletakkan semula bunga di tepi katilnya.

Seorang lelaki muda yang kacak menghulurkan sejambak bunga segar kepadanya. Melihat bunga itu ,hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Air matanya jatuh tanpa  disedarinya.

Tania menyambut huluran bunga itu dan menoleh ke arah mereka bertiga.

Matanya tertumpu pada seseorang.

"Eomma?,"bisik hatinya
______________________________________

Tommy membuka pintu bilik tersebut. Matanya tertumpu pada gadis di hadapannya. Anak mata gadis    itu bercorak indah, hijau emerald. Rambutnya yang panjang mengurai beralun lembut ditiup angin. Kulitnya bersih tanpa secalit mekap. Bibirnya pucat tanpa gincu, namun masih tampak cantik dimatanya. Jiwa lelakinya tergoda.

Tommy menghulurkan sejambak bunga pada gadis itu. Gadis itu menyambutnya dengan linangan air mata.

"Kamu apa khabar? Sudah sihat?,"  Soal encik Michael kepadanya.

" Saya semakin membaik, anda semua ni siapa ye? ," tanyanya sopan.

" Saya yang menyelamatkan kamu tempoh hari, semasa memancing di sungai. Ini isteri dan anak lelaki saya. " Jawab encik Michael.

" Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kalau tanpa bantuan encik mesti saya dah lama mati lemas. Bagaimana boleh saya balas kebaikan encik. Saya tidak punya apa- apa. , " Kata Tania sayu.

" Oh itu tidak menjadi masalah. Tanggungjawab kita untuk saling membantu. Kamu ada ingat apa-apa tak?  Tempat tinggal ? Nombor telefon yang boleh dihubungiBolehlah saya tolong hubungi keluarga kamu." soal encik Michael lagi.

Tania terdiam. Dia tidak bisa mengingat. Yang segar dalam ingatannya cuma wajah ibu, ayah, dan abangnya. Wajah Eric dan anaknya Seo Jung. Serta memorinya jatuh dari titi ke sungai. Selebihnya dia tidak dapat mengingat.

Tania memandang ibunya, dengan dahi yang berkerut. Cuba mengingat kembali. Tania memegang kepalanya yang sakit saat dia cuba untuk mengingat. Tania memandang tangannya yang berlumuran darah dan pengsan.

Tommy di sebelahnya segera menyambut tubuh Tania  yang tiba-tiba lemah. Pengsan.

Encik Michael segera keluar  memanggil Doktor.

"Pandangan mata itu seperti kukenali, tapi iris mata itu bukan miliknya. Dia bukan Dahae. Dahae dan Jusoo punya anak mata coklat."
Dia terundur ke belakang.
____________________________________

Tommy memeluk gadis itu. Wangian tubuh Tania mengusik jiwa lelakinya yang sudah sememangnya meronta-ronta. Rambut gadis itu diusap perlahan. Tommy mengelap darah pada dahi Tania.

Doktor sampai ke bilik tersebut. Mereka diarahkan untuk menunggu di luar.
___________________________________

Mereka bertiga hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke rumah,melayan perasaan.

"Otaknya mengalami kecederaan kekal yang mana pesakit ini berkemungkinan besar tidak dapat mengingat masa silamnya, lebih teruk lagi tidak mengenali dirinya sendiri", Leo berhujah dihadapan tiga beranak itu. Leo membetulkan cermin matanya.

"Apa yang boleh kami buat untuk bantu dia doktor, " suara encik Michael.

"Kecederaan ini merupakan kecederaan kekal. Tidak ada apa yang kita mampu buat melainkan untuk membantu dia memulakan hidup yang baru."  Kata Leo menamatkan perbualan mereka.
_____________________________________

_____________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mulakan hidup baru Tania. Aku telah bantu kau membuka peluang itu. Leo meraup wajahnya sambil bersandar pada kerusi.

 TANIAWhere stories live. Discover now