Alert !!!
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata.
Sinopsis:
Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...
Tania membuka matanya. Dia terkebil-kebil seketika. Tidak percaya dengan apa yang berlaku kepadanya.
"Aku dapat melihat. Aku dapat melihatsemula." Tania bangun menuju ke arah cermin dihadapannya sambil meraba wajahnya. Dunianya terasa terang semula. Air matanya berguguran saat dia dapat melihat kembali.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tania terpesona melihat keindahan warna anak matanya.. sangat cantik sekali.
"Miliksiapakah mata ini," kata Tania apabila menyedari sepasang mata indah itu bukanlah miliknya. Tania menyentuh cermin dihadapannya.
" Adakah ini mimpi yang cuba menipu aku, " bisik hatinya. Cermin itu tiba-tiba mencair.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Ianya punya aku," cermin tadi tiba-tiba lenyap. Yang ada dihadapannya adalah seorang gadis cantik.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tania melepaskan tangannya terkejut.
"Terima kasih kerana telah menyelamatkan aku. Aku telah lama terkurung di sini. Di dalam balangkaca yang kau pecahkan malam tadi. Aku merasaajaib sekali kerana darah kau telah menyembuhkan aku semula," Tania terundur sedikit ke belakang.