TANIA 35

52 4 0
                                    

EPISODE 35

Dr. Shawn mula menyediakan jarum suntikan ubat kebas untuk Tania . Tania menahan tangannya.

"Luka kau tu perlu dijahit secepat mungkin, sakit sikit je masa jarum tu masuk, dah kebas nanti tak la rasa sakit sangat." Terang Dr. Shawn.

" Suntikan tu tak jadi masalah, aku alah kepada ubat kebas tu, jahit je terus," Tania menepis jarum dari tangan Dr. Shawn. Jarum itu terjatuh ke lantai.

"Sakit tu, kalau tanpa ubat kebas. Kenapa luka lain boleh terus sembuh tapi luka pada dada kau tak boleh sembuh," Dr Shawn kehairanan.

" Itu adalah hukuman dan kesakitan yang perlu aku tanggung sebab melawan Shadow," jawab Tania ringkas.

Jongsoo hanya menjadi pendengar. Dia tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya tadi. Adik kandungnya itu, bukan adiknya yang pernah dikenalinya dulu, auranya tidak kelihatan seperti yang pernah dilihatnya semasa kecil dahulu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan adiknya. Aura yang ada pada adiknya sangat berbeza.
Sejak kecil lagi hijab mata Jongsoo telah terbuka, dia boleh melihat apa yang orang lain tidak boleh lihat. Namun pada kali pertama bertemu adiknya dia tidak bisa melihat apa-apa padanya. Tapi kali ini dia bisa melihatnya, auranya agak pelik. Adiknya seperti bukan dirinya yang sebenar. Dia seperti berada di dalam satu gelembung buih, maka warna auranya tidak kelihatan.

Sebab dia boleh melihat aura seseorang, itulah punca  Jongsoo boleh mengetahui yang Dr. Shawn bukannya manusia tetapi Vampire. Auranya sangat kuat dan berwarna merah. Aura merah hanya dimiliki Vampire, manakala manusia biasa memiliki aura putih, dan makhluk lain selain manusia berwarna hitam.
Aura manusia boleh berubah-rubah mengikut mood dan perasaan seseorang yang boleh dilihat pada bayang-bayang mereka. Itu adalah kelebihan Jongsoo, dan cuma dia ,omma dan appanya yang tahu.

Omma dan appa angkat Jongsoo sememangnya telah mengetahui lebih awal akan kelebihan yang ada padanya. Oleh itu mereka mengambil Jongsoo untuk dilatih dan diajar bagaimana cara untuk menyembunyikan kelebihannya. Kelebihan yang ada pada mereka ada pada Jongsoo. Mereka tidak mahu Jongsoo berasa bersendirian. Mereka adalah orang-orang yang terpilih. Mereka harus belajar untuk menyesuaikan diri ,dan menerima takdir mereka sebagai insan-insan yang terpilih.

"Apa kaitan kau dengan Shadow?" Soal Dr Shawn lagi.

Tania hanya mendiamkan diri. Bibirnya diketap menahan setiap tusukan jarum yang singgah pada kulitnya.

" Kau tak perlu tahu tentang itu. Cukuplah kau cuma tahu aku dan Shadow adalah musuh,". Jawab Tania.

" Setahu aku cuma Vampire je yang boleh menyembuhkan dirinya sendiri kalau terluka. Kalau kau Vampire kenapa kau tak berubah kepada kewujudan kau yang sebenar? Apa sebenarnya kau?!," Dr. Shawn cuba mempersoalkan kuasa yang ada pada Tania. Dia memang pandai kalau bab-bab soalan licik sebegitu.

Jongsoo memandang Tania. Menunggu jawapan keluar dari mulut adiknya.

"........ " Tiada balasan dari Tania.

Namun kata-kata unnienya mula bermain semula di minda.

" Aku bukan raksasa seperti yang kau bayangkan, aku cuma manusia biasa yang terinfeksi dengan virus, dan itulah yang membezakan kau dari  aku," mengulang semula ayat unnienya.

Tania duduk di tepi tingkap dan menenangkan dirinya. Matanya dipejam rapat.

Dia masih ingat lagi beberapa hari yang lalu dia didatangi Shadow dan Leo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia masih ingat lagi beberapa hari yang lalu dia didatangi Shadow dan Leo. Yang mana dia terpaksa menerima darah Vampire bagi mempercepatkan proses penyembuhan lukanya apabila powerball Leo sudah tidak dapat menampung kerosakan yang terjadi terlalu pantas di dalam tubuhnya terutamanya jantungnya yang telah dirantai oleh mantera Shadow. Setiap kali dia melawan kehendak shadow maka rantai itu akan semakin ketat mengikat jantungnya. Maka dia terpaksa menanggung sakit yang teramat sangat.

Tubuhnya sangat sukar menyesuaikan diri dengan kuasa-kuasa lain yang merasuki badannya . Lebih lebih lagi sebagai manusia biasa. Dia diumpamakan seperti perumah bagi kuasa tersebut. Rantai yang dipakainya merupakan pendinding bagi kuasa tersebut agar kuasa-kuasa tersebut tidak dapat digunakan. Oleh itu kuasa dan auranya tidak dapat dihidu dan dilihat sesiapapun. Walaupun bukan keinginannya untuk memiliki semua itu, namun segalanya telah terjadi. Dia perlu terus bertahan dan mengawal kuasa tersebut agar ia tidak memakan dirinya dan menjadikannya seperti zombie hidup. Dia tidak rela kuasa -kuasa itu disalah guna oleh makhluk lain yang bisa membinasakan alam lain. Dia  harus mengawal dirinya juga agar dia tidak berubah menjadi makhluk jahat.

Buat pertama kalinya Shadow dan Leo membuat persetujuan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku kepadanya. Leo yang inginkan kedamaian, manakala Shadow tidak ingin kehilangan kuasa yang ada padanya dan mahukan kelancaran pada rancangannya. Semua mereka punya kepentingan masing-masing. Tapi, dirinya pula ingin dihadiahkan sebuah kematian selayaknya hukum alam semesta, tiada apa yang bisa kekal selamanya. Apa yang pasti, dia harus menemukan kesemua memorinya yang berselerakkan itu. Dia tidak pasti di mana dan bila akan bermulanya ekspedisi pencariannya.

************************************

Tania tiba di bilik hotelnya lewat tengah malam itu. Dia mendapat surat pelepasan untuk tidak bersekolah selama seminggu dari Dr. Shawn agar lukanya bisa sembuh lebih cepat.

 TANIAWhere stories live. Discover now