EPISODE 59
Tania menggenggam erat tangannya, dihadapannya Hansung sedang memandang tepat ke arahnya.
Dia menoleh ke arah majikannya, pemilik restoran mewah tempatnya bekerja. Majikannya tersenyum sambil melambai tangan kepadanya, memberikan semangat .
Dia gugup menghadap keluarga diraja serta golongan bangsawan yang duduk dihadapannya.
Para penduduk juga turut sama hadir memenuhi padang yang luas itu seawal dari tengahari tadi untuk turut sama menyaksikan persembahan mereka.
Buat pertama kalinya rakyat biasa membuat persembahan untuk golongan diraja dan bangsawan. Mereka adalah orang-orang yang dipilih oleh Tania untuk membuat persembahan di atas pentas yang sama dengannya bagi memenuhi undangan diraja yang mahu melihat persembahannya.
Tania sangat dihormati dan disayangi penduduk tempatan di situ. Sikap penyayang, murah hati, baik budi pekerti dan ringan tulangnya telah berjaya mencuri hati penduduk tempatan di situ walaupun dia baru sahaja beberapa bulan di situ.
Meskipun Tania tampak berbeza kerana memiliki sepasang anak mata hijau emerald, itu tidak menjadi masalah buat mereka.
Adakalanya mereka juga sedar Tania akan bersikap tegas terhadap sesetengah perkara. Tapi semuanya bersebab dan bertempat. Mereka tidak ambil hati pun. Mereka malahan senang dan mudah bergaul dengannya.
Pesta itu telah diadakan bagi meraikan sekumpulan perwira Hwarang diraja yang dilatih untuk berkhidmat kepada Permaisuri kerajaan itu.
Hansung juga adalah salah seorang yang terpilih secara paksa rela menyertainya kerana dia adalah salah seorang wakil dalam keluarganya yang memenuhi kriteria pemilihan sebagai seorang bangsawan dan tampan.
Agak aneh kerana Permaisuri kerajaan itu hanya mahukan lelaki-lelaki yang kacak dari keluarga bangsawan sahaja untuk menjadi perwira Hwarangnya. Kalau boleh semua yang ada dinegeri yang diperintahnya haruslah semuanya tersusun rapi dan estatik, begitu juga rakyatnya. Mereka digalakkan untuk berpakaian kemas dan cantik.
Berbalik semula kepada Hansung telah dibawa pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Tania, sudah pastinya itu bukanlah mudah buatnya. Dia dipaksa untuk tinggal di istana dan dilarang keluar. Untuk beberapa hari Hansung merasa tertekan dan stress yang teramat sangat. Itu kerana dia terlalu memikirkan Tania, noona kesayangannya. Dia yakin noonanya pasti sunyi dan bersendirian.
Namun begitu, Hansung terpaksa menelan segala kepahitan hakikat itu kerana dia tidak sanggup melihat abangnya diseksa jika dia tidak mengikut arahan orang tuanya. Pada mulanya dia memberontak sekeras-kerasnya. Tetapi setiap kali dia melakukan kesalahan dan pemberontakan yang dihukum bukanlah dia tetapi abangnya. Itu sangat menyeksa perasaan dan mentalitinya.
Satu-satunya orang yang bisa mendamaikan dan membuatnya tenang hanyalah noonanya. Dia akan menangis sendirian setiap kali dia merasakan tanggungjawab menanggung setiap kesalahannya dipikul oleh orang lain, itu sangat menyeksakan dan membuatnya derita. Dia merasa dirinya tidak berguna dan bersalah. Ia terlalu perit buatnya.
Kebiasaannya setiap kali perkara itu terjadi dia akan pergi berjumpa noonanya. Dia akan menangis di dalam dakapan noona kesayangannya sepuas-puasnya. Noonanya tidak pernah bertanya apa yang terjadi padanya. Apa yang dilakukan olehnya hanyalah mengusap lembut belakangnya dan membalas pelukannya. Dia membiarkannya menangis sepuas-puasnya.
Hansung sentiasa merasa aman dan tenang setiap kali berada dekat dengan noonanya. Setelah menangis sepuas-puasnya, barulah dia akan merasa ceria, tenang dan aman semula.
Hari demi hari berlalu, sehinggalah kejadian tidak terduga terjadi. Suatu hari, satu pergaduhan besar tercetus antara dia dan orang tuanya. Seperti biasa yang menjadi mangsa abangnya.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...