EPISODE 19
Bunga-bungaan di dalam istana itu mula layu, kering hanya dalam sekelip mata. Suasana di dalam istana kian membahang panas. Peluh mula terbit pada dahi Permaisuri Jaksa Sakti. Suhu yang kian panas itu membuatkannya semakin lemah dan tidak berdaya.
"Beginikah pengakhiran hidup aku?!
Tidak! Aku tak boleh mengalah selagi ada shadow." Bisik hati Permaisuri.Leo menghampirinya dan mencabut pedang yang tertusuk di dadanya. Permaisuri mengerang kesakitan sebaik sahaja pedang itu dicabut.
"Leo, nah ambil kalung ini, pakaikan pada Tania. " Katanya dalam keadaan lemah.
"Tidak!! Aku tidak mahu Permaisuri! Aku tidak mahu dia menjadi permaisuri kerajaaan ini!," Tegas leo.
" Leo, beta mohon kamu lindungi Tania. Jangan biarkan dia hanyut dalam dendam. Beta.., tak mungkin akan dapat hidup lama. Tolong serahkan semua kuasa i i i ni kepada Tania. Cuma dia, dia adalah insan terpilih seperti yang tertulis di dalam lagenda itu. Cepat kalung..kan rantai ini kepadanya..." arah Permaisuri.
"Tuanku tidak mungkin orang itu Tania, dia tidak akan bisa bertahan dengan kuasa ini . Dia boleh lenyap terus dari dunia ini.. semua ini terlalu berbahaya. Bukan sahaja kepada kita, tetapi juga kepada seluruh alam di bawah jajahan tuanku." Tegas leo.
" Uhuk..uhuk ..," darah keluar dari mulut Permaisuri, ternyata bisa racun itu terlalu kuat. Leo segera memangku kepala Permaisuri Jaksa Sakti.
"Jika itu yang terbaik, relakanlah. Kamu semua bantulah di di a," Permaisuri menarik nafas panjang sebelum mangkat di atas pangkuan Leo.
"Tidaaaaaaaakkkkkkk!!!!!!"
Teriak Leo. Dia menangis dan meraung semahu-mahunya.Beberapa saat kemudian tubuh Permaisuri mula membentuk manik- manik biru dan terapung di udara, seterusnya lenyap dari pandangan.
______________________________________Tania tersenyum sinis, anak matanya masih lagi merah.
"Ahh! Peduli apa aku dengan semua ini!! aku akan bunuh kau !! AKU BUNUH KAU!!" teriak Tania.
Cengkaman tangannya semakin kuat.Shadow menolak tangan Tania sekuat- kuatnya namun tidak berjaya.
Lehernya mula terasa sakit yang teramat sangat dan ruang pernafasannya semakin sempit dan sukar untuknya bernafas."Kau gila Tania,! Kau takkan pernah dapat bunuh aku! " Marah shadow.
Mata Tania yang merah tadi tiba-tiba memutih, lansung tiada anak mata. Tania seakan-akan telah dirasuk.
Tania tersenyum, cengkamannya semakin kuat, seperti bisa memutuskan leher mangsanya bila-bila masa sahaja. Dia berasa puas melihat shadow meronta-ronta kesakitan. Apa yang dia inginkankan hanyalah untuk melihat penderitaan shadow dan mati dengan penuh kesakitan.
Shadow semakin panik, kerana tidak dapat melepaskan diri. Ternyata gadis itu sangat kuat. Sepertinya dia tidak akan berhenti selagi apa yang diingininya belum tercapai.
Berulang kali dia cuba menidakkan keputusan yang perlu diambilnya. Tapi kali ini dia tekad, dia perlu melakukannya untuk menyelamatkan nyawanya.
Kuku Shadow mula memanjang, dengan pantas.. dia menusuk kuku tajamnya ke dalam dada Tania hingga jantung Tania berada tepat di dalam genggamannya. Darah pekat mula mengalir menyelusuri tangan hingga ke sikunya. Shadow segera membaca menteranya. Mentera yang dibacanya membentuk rantai besi dan melingkari jantung Tania.
Tania menolak menolak tubuh Shadow dengan kuat apabila rantai itu semakin mengetat mengikat jantungnya. Shadow terpelanting jauh ke dinding. Luka pada dada Tania tertutup kembali. Matanya bertukar seperti asalnya.
Namun begitu dia berpaling semula kepada Shadow dan mencengkam leher Shadow sekuatnya. Namun dia merasakan jantungnya seakan mahu meletup setiap kali dia cuba menyakiti shadow.
Tania melepaskan cengkamannya, dia memegang dadanya yang sakit.
_____________________________________Tania enggan berputus asa, tapi setiap kali keinginannya untuk menyakiti Shadow muncul, jantungnya dirantai kuat mengakibatkan darah memercik keluar dari dada dan mulutnya.
Namun keinginannya untuk membunuh Shadow melebihi rasa sakit yang ditanggungnya. Matanya bertukar hitam pekat, wajahnya mula merekah ,disebalik rekahan wajahnya kelihatan seperti aliran lava panas dari gunung berapi.
Shadow mula panik. Tania mula mendekatinya dengan darah yang mengalir laju membasahi bajunya. Shadow mula sedar tiada apa yang boleh menghalang niat Tania untuk membunuhnya meskipun nyawanya sendiri menjadi taruhan.
Sedar dengan keadaan yang mulai tegang itu, Leo berlari ke arah Tania dan segera mengalungkan rantai yang diamanahkan Permaisurinya yang telah meninggal sebentar tadi.
Tubuh Tania kaku di situ. Mata hitamnya mula bercorakkan mentera.
Lantai yang didudukinya mula terlakar lingkaran mentera yang sama seperti anak matanya seakan mengurung Tania.
Angin kuat mula berpusar melingkari Tania.
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!"Tania menjerit sekuat hatinya menahan kesakitan yang teramat sangat.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...