EPISODE 62
Tania berjalan merapati dinding penghadang yang memisahkan mereka dari orang luar sambil menyeret pedangnya.
Bunyi sereten pedang itu terhenti apabila Tania berada tepat berhadapan dinding mentera yang telah dibuat Sasuke dan pembantunya.
Tania dengan bersahaja menusukkan pedangnya pada dinding itu.
Kreakk... Bunyi retakan kedengaran saat pedang itu menembusi dinding tersebut. Serta merta dinding itu pecah berkecai dan akhirnya lenyap dalam sekelip mata. Semua mata tertumpu padanya.
Permaisuri Kerajaan Silla itu memandang ke arah Sasuke yang cedera ringan sambil dibantu oleh pembantunya untuk berdiri. Pandangannya kemudian teralih memandang ke arah Alexis yang sedang kaku di tengah-tengah padang itu dengan wajah mencuka dan kecewa. Tepat dihadapannya Tania memandang tepat ke arahnya sambil memegang erat sebilah pedang berwarna hitam dengan ukiran mewah. Wajah itu telah hilang manisnya.
Tania menyeret pedangnya.
Srrrreeeeeeeeeeeetttt
Bunyi seretan pedang itu terhenti saat langkah Tania terhenti betul-betul di hadapan Permaisuri kerajaan Silla itu.
Shaank.. pedang ditekap pada leher jinjang Tania. Tania memandang ke arah Ketua Jeneral yang mengawal keselamatan Permaisuri itu.
Klank... Tania menepis pedang yang ditekap pada lehernya.
Para pengawal yang ada di situ mula mengerumuninya dengan mengacukan pedang mereka ke arah Tania dan melindungi permaisuri mereka.
" Jangan. Halang. Jalan. Aku." Tutur Tania satu persatu dengan tegas. Dia memandang tepat wajah Ketua Jeneral itu. Wajah serius Tania itu sangat menakutkan, dia menelan air liurnya.
" Kau betul- betul menempah maut kan?" Amaran ditujukan kepada pengawal itu.
"Baiklah, aku akan tunaikan permintaan kau. " Belum sempat dia menghayunkan pedangnya, Tania telah diserang hendap dari belakang. Malangnya serangan itu hanyalah sia-sia kerana Tania pantas mengelak.
Walaupun begitu serangan itu masih berjaya membuatkan bajunya koyak. Maka terdedahlah bahagian belakang badannya. Semua yang melihat ke arah Tania tergamam. Itu adalah kali pertama bagi mereka melihat seorang wanita cantik memiliki tatoo naga yang amat menakutkan.
Hanya individu-individu tertentu sahaja yang memiliki tatoo di kerajaan itu iaitu para pahlawan, pembunuh upahan-assasin dan pelacur -gisaeng. Walaubagaimanapun tatoo yang dimiliki Tania agak berbeza, setiap mereka yang bertatoo menandai badan mereka dengan lambang-lambang tertentu. Tiada siapa yang mampu mentatoo lambang naga sesempurna itu dengan terperinci sekali seolah-seolahnya ia seakan hidup.
Dan proses mentatoo juga bukanlah sesuatu yang mudah malahan sangat menyakitkan. Untuk seorang wanita sepertinya mampu menahan sakit seperti itu adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal. Ini kerana wanita yang dibenarkan bertatoo hanyalah pelacur- gisaeng, namun begitu tatoonya hanyalah tulisan kecil pada bahu kanan sahaja . Tapi Tania, tatoo naganya memenuhi hampir keseluruhan belakang badannya.
Dan tatoo itu membuktikan Tania bukanlah wanita biasa dan calang-calang orang.
Tania dengan selambanya mengoyak bajunya yang telah koyak itu. Baju itu hanya menyukarkan pergerakannya.
Semua yang ada di situ mula panik melihat Tania mula membuka satu persatu lapisan pakaian yang dipakainya. Namun Tania tidak menghiraukan mereka. Maka tinggallah Tania hanya memakai pakaian dalamnya sehelai sepinggang. Tapi jika di dunia modern, berpakaian seperti itu adalah sesuatu yang biasa dan kasual.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...