EPISODE 6
Tania pulang dari pasar ikan lebih awal hari itu kerana dia telah berjanji dengan Nauto untuk pergi ke rumahnya.
" Kau lambat setengah jam tau ! ," marah Nauto.
"Sorry, Gomennae " Balas Tania, tunduk meminta maaf, dengan kedua belah telapak tangannya dirapatkan 🙏..
Nauto menggelengkan kepala sambil mengeluh sebelum kemudiannya meneruskan perjalanan mereka .
Tania terkejut apabila sampai di hadapan rumah Nauto. Rumahnya sangat besar dan mewah.
Mereka masuk ke dalam rumah, pekerja di situ menyapanya dengan panggilan tuan muda. Langkah mereka terhenti apabila ayah Nauto berdiri betul-betul dihadapan mereka.
Tania memandang sekeliling rumah Nauto. Ternyata ayah Nauto juga bukan calang-calang orang.
Ayah Nauto memulakan bicara.
" Nauto. Sampai bila kamu nak terus bersekolah di situ. Sekolah itu tidak punya masa depan untuk kamu. Sudahlah tu. Belajar untuk menerima hakikat, adik kamu tidak mungkin akan kembali lagi biar apa sekali pun terjadi," bebelnya.
"Tidak. Saya tidak akan berhenti selagi pembunuh adik saya belum dihukum. Bila saya sudah mengetuai kumpulan itu, dan membuktikan diri saya sebagai ketua ,saya akan menghukum pembunuh itu dengan pembalasan setimpal. Saya akan cari sampai dapat. Jika tidak dapat dihukum dengan undang-undang , saya akan menghukumnya dengan cara lain. Cara saya sendiri" balasnya dalam nada marah.
" Nauto. Sudahlah anakku. Ibu kamu sangat merindui kamu. Sejak kamu tinggal di sana kamu sudah jarang pulang ke rumah. Kamu seorang pelajar yang bijak, jangan sia-siakan masa kamu begitu. Dulu kamu anak yang baik, bukannya begini. Kamulah satu-satunya anak ayah yang tinggal," kata ayahnya dalam nada agak kecewa.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...