EPISODE 60
" Kim Ta Nia, " sapa satu suara dibelakangnya.
Tania menoleh kebelakang. Dia terkejut apabila mendapati Permaisuri kerajaan itu merupakan orang yang memanggil namanya.
"Tuanku Permaisuri," jawab Tania kekok, sambil berlutut di hadapan Permaisuri.
"Nama kamu Tania kan? Beta sangat suka melihat persembahan kamu sebentar tadi. Sangat menakjubkan. Mahukah kamu bekerja dan tinggal di istana beta? Bekerjalah untuk beta, beta akan berikan segala yang kamu perlukan selama kamu ada di sana." Permaisuri menyuarakan permintaannya tanpa perlu basa basi dan dalih.
Tania tidak menyangka bahawa begitu mudah baginya untuk memancing kepercayaan Permaisuri kerajaan Silla itu untuk mengajaknya bekerja dan tinggal di istana.
" Terima kasih atas undangan Tuanku Permaisuri, saya amat menghargainya. Tapi buat masa ini, saya masih lagi terikat dengan perjanjian untuk bekerja di tempat saya bekerja sekarang. Agak tidak manis jika saya berhenti begitu sahaja. Lagi pula, dia telah banyak membantu saya sepanjang saya berada di sini." jawab Tania dengan sopan.
"Kamu tidak perlu risau soal itu, beta akan uruskan. Kamu segeralah bersiap untuk berpindah ke istana lagi 3 hari dari sekarang. Pengawal saya akan datang menjemput kamu untuk ke istana." arah Permaisuri itu tanpa mahu mendengar alasan.
Tania hanya terdiam mendengar perintah Permaisuri itu dan mengangguk faham.
______________________________________
Itu merupakan hari pertama Tania untuk memulakan latihannya di istana. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan semestinya kehadiran Tania disambut dingin oleh para karyawan dan artisan yang lain di situ. Kumpulan Tania diberikan artis-artis baru yang kurang pengalaman dan pemain musik tambahan sahaja. Tania hanya mendiamkan diri tidak membangkang keputusan yang telah dibuat. Menerima bulat-bulat pembahagian ahli kumpulannya. Ahli kumpulan itu akan bersamanya untuk sepanjang tahun tersebut.
" Tugasan kita untuk bulan depan ialah mempersiapkan persembahan untuk menyambut kedatangan Putera kerajaan Cina Putera Lee Chun Er, Putera Matsumoto Sasuke dari Jepun dan Prince Alexis Michael dari Negara Barat atas urusan rasmi import eksport barangan dengan kerajaan negeri kita." Kata Chun Ah anak saudara kepada Permaisuri kerajaan Silla itu.
"Jadi di sini saya telah menyediakan jadual untuk aturcara persembahan pada hari tersebut. Kumpulan saya akan bertanggungjawab untuk persembahan menyambut kedatangangan para tetamu dan persembahan utama. Persembahan khas akan dibuat oleh kumpulan Seoyeon. Dan persembahan penutupan akan dibuat oleh kumpulan Tania." Katanya menamatkan pembahagian tugasnya.
" Tania ! Kau dan kumpulan kau nanti jangan buat onar masa majlis tu pulak. Walaupun korang baru lagi, berusahalah sebaik mungkin. Sebab tu aku bagi korang persembahan penutup sebab orang tak akan fokus sangat dengan persembahan penutupan tu. Tu pun kalau nasib korang baik dorang akan balik awal dan persembahan dipendekkan." Kata Chun Ah dengan sombongnya.
"Nasib baik kalau balik awal? Heh.," Soal Tania sinis.
"Ah hah.. Jangan risau dengan kumpulan aku, baik kau fokus dengan kumpulan kau je. Pandailah aku jaga kumpulan aku." Kata Tania lalu berdiri.
YOU ARE READING
TANIA
FantasyAlert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan perkauman, peradapan dan keagamaan. Fiksyen semata-mata. Sinopsis: Diantara kehidupan dan kematian. Di situlah...