4

181 5 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 1 petang. Para pelajar berpusu-pusu menuju ke kafe untuk mengisi perut yang dah berkonsert sejak pukul 8 pagi tadi.

"Haaa.. tak pernah aku rasa nasi sesedap macam ni,"

Fia tergelak mendengar telatah Sara.

"Makan perlahan-lahan la weh. Kang tercekik kang," kata Fia.

"Aku lapar teruk weh. Tadi dalam kelas tak boleh nak fokus. Aku dah masuk alam lain dah. Hahaha.." balas Sara.

Fia tergelak lagi.

"Kau kenapa tak makan?" tanya Sara kepada Fia.

"Aku takde selera la. Nanti la aku makan," balas Fia lalu meminum seteguk air.

Sara hanya mengangguk dan meneruskan menikmati nasi berlaukkan ayam masak rempah itu.

Fia membelek-belek telefonnya. Kadang-kadang matanya meliar-liar melihat gelagat pelajar-pelajar yang berkeliaran di sekitar kafe. Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang.

'Aryan,' kata Fia di dalam hati.

Fia hanya memandang kelibat Aryan yang sedang beratur membeli makanan. Aryan kelihatan berbual mesra bersama seorang perempuan di sebelahnya. Lama Fia memandang mereka riang ria berbual mesra bergelak ketawa. Hati Fia terdetik rasa cemburu melihat Aryan dan perempuan itu. Fia cuba mengawal perasaannya.

"Fia!"

"Hoi!" Fia terkejut.

Hana dan Sara ketawa melihat Fia. Hana lantas mengambil tempat duduk di sebelah Fia.

"Kau kenapa terkejutkan aku macam tu?" marah Fia sambil menepuk lengan Hana.

"Hahaha. Jangan lah marah. Dah tu aku sampai pun kau tak sedar. Aku jerit la panggil kau," kata Hana sambil mengusap lengannya.

Fia ketawa.

"Kau nak apa ha? Rindu aku ke?" tanya Fia.

"Eleh baru je last week aku jumpa kau. Takde masa nak rindu," balas Hana. Sara ketawa terkekek-kekek.

Fia buat muka selamba. Dia malas melayan Hana.

"Fia. Jom teman aku," ajak Hana tiba-tiba.

"Teman pergi mana pulak dah? Aku ada kelas la kejap lagi,"

"Ish. Bukan lah. Teman aku jadi biro untuk festival sukan bulan depan," balas Hana.

"Eh, ada festival sukan ke?" tanya Sara yang sudah menghabiskan makanannya.

Hana menggangguk. Fia memandangnya pelik.

"Jom la Fia. Aku takde kawan ni. Sara confirm busy dengan persatuan dia." pujuk Hana lagi.

"Aku nak kena jadi biro apa?" tanya Fia.

"Jadi biro jemputan. Sekali dengan aku. Jom la. Please Fia."

Fia memandang Sara.

"Macam menarik. Join la weh," kata Sara.

Hana senyum puas hati kerana Sara backup dirinya.

"Korang tau tak yang this year student aviation pun join festival sukan ni," kata Hana cuba memancing perhatian Fia.

Fia dan Sara terus memandang Hana. Mata mereka bersinar-sinar.

"Kau biar betul Hana?" tanya Sara minta kepastian.

"Betul lah. Semua orang dah kecoh pasal ni. Ye la, sebelum ni, budak-budak pilot tu mana nak join event budak-budak biasa macam kita ni," balas Hana penuh semangat.

"So, jom la. Boleh cuci-cuci mata sekali. Heheheh.." sambung Hana lagi memujuk Fia.

Fia berfikir sebentar.

"Kalau aku jadi kau Fia, aku join. Bila lagi nak jumpa student aviation tu. Fakulti diorang dah la jauh. Time ni je la weh," kata Sara penuh yakin.

Fia berfikir lagi. Tiba-tiba dia teringatkan Aryan.

'Aryan mesti join festival ni sebab dia kan atlet. Boleh aku jumpa dia nanti,' Fia berkata dalam hati.

Fia perlahan-lahan memberikan senyuman kepada Sara dan Hana.

"Okay. Aku join." kata Fia dengan senyuman.

"Yesssss!!" jerit Hana lalu melakukan high-five dengan Sara.

"Aku bagi nama kau eh," kata Hana. Laju dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip nama Fia untuk dihantar kepada pengarah program.

Sara hanya memandang Fia. Fia perasan yang Sara sedang memandangnya.

"Apa?" tanya Fia.

"Takde apa-apa. Jom la. Nak solat lagi ni. Nanti ramai orang." kata Sara lalu bangun dari tempat duduk. Fia dan Hana turut bangun mengikuti Sara.

"Nanti apa-apa aku update dekat kau ye Fia," kata Hana.

"Alright,"

Mereka bertiga pun menuju ke surau untuk melaksanakan tugas sebagai hamba-Nya.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now