46

246 2 0
                                    

"Nah," kata Fia.

Fia pun meletakkan buku-buku tebal di atas meja itu. Daniel yang sedang duduk membaca sudah membulatkan matanya.

"Banyaknya sayang," kata Daniel lalu melihat-lihat buku tersebut.

"Well. Nak dapatkan pangkat balik kan. Kena la usaha lebih sikit sayang," kata Fia yang sedang berdiri di sebelah Daniel.

"Mana sempat nak baca semua ni," balas Daniel.

"Sempat kalau abang tahu bahagian mana yang nak kena baca," kata Fia sambil tersenyum memandang Daniel.

Daniel memerhatikan sahaja buku-buku di hadapannya. Pandai jugak Fia mencari buku-buku tersebut di dalam library yang besar itu.

"Okay, abang study dulu. Fia nak pergi toilet kejap," kata Fia lalu beredar dari situ.

Daniel hanya memandang Fia berlalu pergi. Kemudian, dia sambung pembacaannya semula. Sudah seminggu Daniel melekat dengan buku-buku pilot tersebut. Fia banyak memberi sokongan kepada Daniel supaya suaminya itu tidak putus asa. Zaim juga banyak memberi tips kepada Daniel untuk membantu kawan baiknya itu mencapai impiannya semula.

"Ni haaa soalan-soalan exam masa kita exam dulu. Nasib baik aku ada simpan lagi," kata Zaim lalu menghulurkan beberapa keping kertas putih kepada Daniel.

Daniel pun menyambut huluran Zaim itu.

"Thank you weh. Besar jasa kau ni," kata Daniel.

"Aku tak sabar nak tengok kau pakai lencana 4 bar tu balik," kata Zaim bersemangat.

"In shaa Allah. Kau doakan aku Zaim," kata Daniel sambil tersenyum.

"Aku selalu doakan kau Daniel," balas Zaim.

Selain dari study soalan-soalan yang lepas, Daniel juga banyak menghabiskan masa di simulator untuk mempraktis skill terbangnya itu. Peperiksaan Daniel dijadualkan beberapa hari sahaja lagi jadi Daniel tidak mahu mensia-siakan peluangnya yang satu itu.

"Abang..," panggil Fia.

Daniel yang sedang tidur itu terus terjaga apabila Fia mengejutnya.

"Abang tidur la dalam bilik. Sakit badan tidur dekat meja ni," kata Fia.

Daniel meraup wajahnya itu. Dia sangat mengantuk ketika itu tapi dia harus sambung study semula.

"Takpe la sayang. Abang nak study sikit lagi ni. Sayang tidur dulu eh," kata Daniel lalu membuka sebuah buku di hadapannya.

Fia hanya menggelengkan kepalanya. Begitulah keadaan Daniel setiap malam. Kadang-kadang sampai Subuh suaminya itu study untuk exam yang akan tiba. Namun, Fia membiarkannya sahaja kerana kalau disuruh berhenti pun, Daniel tak mahu berhenti untuk berehat sebentar.

Sehari sebelum peperiksaan, Daniel telah menghantar Fia ke rumah umi dan babahnya. Daniel akan bertolak ke Langkawi malam itu untuk exam di sana.

"Abang, buat elok-elok tau. Jangan give up. Doa banyak-banyak eh. Apa-apa abang call je Fia," kata Fia sambil memandang Daniel.

Daniel pun mengusap pipi Fia itu sambil tersenyum.

"Okay sayang, jangan risau eh. Fia doakan abang tau. Take care, esok kita jumpa eh," balas Daniel.

Fia terus memeluk suaminya itu.

"Fia sayangkan abang tau," kata Fia perlahan.

"Abang pun sayangkan Fia," kata Daniel pula.

Daniel pun meleraikan pelukannya.

"Umi, babah, kak Lish, Daniel pergi dulu ye. Nanti tolong tengok-tengokkan Fia ye," kata Daniel sambil memandang mereka.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now