37

101 1 0
                                    

Daniel membelek-belek penampilannya di hadapan cermin yang panjang itu. Dibetul-betulkan rambutnya dan dikemas-kemaskan pakaian seragam pilot dibadannya itu. Setelah berpuas hati melihat penampilan dirinya, dia terus mencapai telefon bimbitnya di atas katil dan menarik bagasi hitam kecilnya lalu keluar dari bilik itu.

Daniel yang berjalan di ruang tamu itu menghentikan langkahnya apabila dia mendengar bunyi dari arah dapur. Dia memandang ke arah dapurnya itu dan terlihat Fia yang sedang berdiri sambil meminum air. Fia yang sedang minum itu juga terkejut melihat Daniel yang memandang dirinya. Daniel terus memberikan senyuman kepada Fia.

"Sayang dah bangun?" tanya Daniel dengan lembut.

Fia yang sudah habis minum itu cepat-cepat membasuh cawan di sinki dan meletakkannya semula di kabinet dapur. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan Daniel yang sedang berdiri memandangnya itu.

"Fia.." panggil Daniel lalu menahan Fia daripada beredar dari situ.

Fia yang malas mahu bertemu suaminya itu memberhentikan langkahnya dan memandang ke arah Daniel. Inilah pertama kali di dalam hidup Fia melihat Daniel lengkap berpakaian pilot. Kemudian, Fia mengerutkan dahinya apabila terlihat sesuatu.

'Kenapa lencana tu 3 bar?' tanya Fia di dalam hati.

Setahu Fia, kalau pangkat kapten, lencana di bahu tu mestilah 4 bar. Namun, Fia membiarkan soalan itu tidak terjawab kerana malas mahu memikirkannya.

'Dia tersalah pakai kot,' kata Fia lagi di dalam hati.

Mata Fia sudah memandang ke tempat lain semula.

"Fia, Daniel pergi fly dulu eh. Malam nanti Daniel balik," kata Daniel lembut.

"Hmm.."

"Nanti kalau nak makan, Fia masak lah apa-apa. Daniel dah belikan barang dapur semalam. Apa-apa nanti Fia call je Daniel eh," kata Daniel lagi.

Fia menyilangkan tangannya dan tidak membalas kata-kata Daniel itu. Daniel hanya tersenyum sahaja melihat Fia yang berdiam diri itu. Faham lah dia bahawa Fia masih lagi tidak boleh menerima dirinya.

"Daniel pergi dulu eh," kata Daniel lalu menghulurkan tangannya untuk disalam Fia.

Namun, huluran tangan itu tidak memberi makna apa-apa kepada Fia. Tanpa berkata apa-apa, Fia terus beredar dari situ dan masuk ke dalam biliknya. Daniel hanya memerhatikan kelakuan Fia itu. Daniel menarik semula tangannya. Tidak lama kemudian, Daniel pun menarik bagasi hitam di tepinya itu lalu dia keluar dari rumah itu.

Fia yang sudah masuk ke dalam bilik itu terus menuju ke katilnya dan melabuhkan dirinya di situ. Dia mengambil telefonnya di atas katil lalu membuka gallery di dalam telefon itu. Fia mencari-cari gambar dan akhirnya menjumpai gambarnya dengan Aryan. Lama Fia menatap gambar itu.

"Aryan.. Fia rindukan Aryan.." kata Fia perlahan.

Dibelai-belai gambar Aryan itu. Dia menyelak dan melihat gambar-gambar dirinya bersama Aryan yang lain. Sungguh, dia sangat merindukan lelaki itu saat ini. Tanpa berfikir panjang, Fia terus mencari nombor Aryan di dalam contactnya. Dia cuba menghubungi Aryan pada saat itu juga namun Aryan tidak mengangkat telefonnya. Fia cuba lagi beberapa kali menghubungi Aryan namun panggilannya masih tidak berjawab. Kemudian, Fia membuka whatsapp pula.

Fia : Aryan, jawab call Fia please. Fia rindukan Aryan 😭

Namun, status Aryan masih lagi offline. Fia membaringkan dirinya di atas katil itu. Tidak lama kemudian, air matanya tumpah lagi kerana rindu akan kekasih hatinya yang telah pergi jauh itu.

-----------------------------------------------------------------

Ketika Daniel masuk ke dalam pejabat operasi Malaysia Airlines itu, semua mata memandangnya. Daripada staff di situ sehinggalah ke cabin crew, mata-mata itu tidak lepas memandangnya. Daniel hanya membiarkan sahaja kelakuan mereka itu dan terus menuju ke kaunter di hadapan.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now