45

133 2 0
                                    

Bunyi hujan lebat di luar mengejutkan Fia yang sedang lena tidur itu. Fia membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengambil telefon di bawah bantalnya untuk melihat jam. Pukul 8.30 pagi. Fia memeluk patung panda di sebelahnya. Cuaca yang sejuk dan nyaman itu membuatkan dirinya tidak mahu meninggalkan katil itu. Sudah seminggu Fia duduk di rumah umi dan babahnya. Dan seminggu juga itu lah Daniel langsung tidak menghubunginya.

Fia membuka dan membaca semula mesej Aryan tempoh hari. Hatinya masih lagi sakit memikirkan perbuatan Aryan. Tak sangka Aryan sanggup mengkhianati cintanya. Sudah jelaslah bahawa bukan Fia yang meninggalkan Aryan, tapi Aryan yang meninggalkan Fia terlebih dahulu. Fia terus delete mesej dari Aryan itu.

Tiba-tiba dia teringatkan Daniel. Entah apa khabar suaminya yang senyap sahaja itu. Fia pula tidak mahu menghubungi Daniel. Masing-masing mendiamkan diri.

"Fia," panggil Puan Haliza dari luar.

Kemudian, Puan Haliza pun masuk ke dalam bilik Fia. Fia terus memandang ibunya itu.

"Dah bangun dah sayang? Jom teman umi pergi pasar kejap," ajak Puan Haliza lalu duduk di tepi katil di sebelah Fia.

Fia pun terus bangun dan duduk di atas katil itu.

"Hari ni kak Lish dengan abang Haziq nak balik rumah. Umi nak masak lauk sedap sikit. Jom teman umi jom," ajak Puan Haliza lagi.

Kemudian, Puan Haliza mengusap-usap kepala anaknya itu.

"Daniel ada call Fia hari ni?" tanya Puan Haliza.

Fia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu Fia call lah dia. Kesian dia sorang-sorang dekat rumah," kata Puan Haliza.

Fia hanya memandang uminya itu.

"Fia mandi sekejap eh umi. Nanti Fia turun bawah pastu kita pergi pasar," balas Fia.

Puan Haliza tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

Selepas pulang dari pasar, Fia pun membantu Puan Haliza memasak di dapur. Sedang mereka memasak, Alisha dan Haziq pun sudah sampai di rumah. Alisha terus membantu Fia dan Puan Haliza di dapur. Selepas Zohor, mereka pun makan bersama-sama. Fia hanya diam sahaja sepanjang mereka makan tengahari itu.

"Fia kenapa senyap je? Tak sedap ke umi masak?" tanya Puan Haliza.

Semua mata sudah memandang ke arah Fia. Fia terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Eh takde lah umi. Sedap je masakan umi ni," kata Fia lalu memberikan senyuman kepada Puan Haliza.

"Fia ni jangan lah asyik diam je. Cuba ceria sikit. Nanti anak kak Lish ni terikut perangai Fia," kata Alisha bersahaja.

Kali ini semua mata memandang Alisha. Alisha terus tersenyum memandang ahli keluarganya.

"Anak?" tanya Fia tidak percaya.

Alisha mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia memandang Haziq di sebelahnya.

"Lish dah mengandung 2 bulan umi, babah, Fia," kata Alisha sambil tersenyum.

"Alhamdulillah...," kata Puan Haliza dengan gembira.

"Bila dapat tau Lish?" tanya Encik Zulkifli pula.

"Semalam babah. Lish pergi check dengan Haziq dekat klinik semalam," balas Alisha.

Encik Zulkifli mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tersenyum memandang Alisha.

"Yay! Tak sabar nak dapat anak buah," kata Fia sambil tersenyum.

"Lepas ni turn Fia pulak eh," kata Alisha mengusik adiknya.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now