15

124 3 0
                                    

Aryan : Fia, sorry pasal petang tadi 😭

Aryan melihat whatsappnya menunggu Fia untuk membalas mesejnya.

Aryan : Fia please jangan diam macam ni.

Aryan menghantar mesej lagi.

Aryan : Afiya Natasha.. please..

"Aryan.. Aryan!" panggil Nazrin yang sedang baring di katilnya.

Aryan memandang Nazrin.

"Dah dah la tu," kata Nazrin.

Aryan mengeluh. Kali ini dia cuba menghubungi Fia pula namun Fia tidak mengangkat.

"Aku rasa bersalah giler dekat Fia weh," kata Aryan penuh kesal.

"Dah tu kenapa kau tinggalkan dia sorang sorang kat sana?" tanya Nazrin.

"Dah Farah tu ajak aku balik naik kereta dia. Aku ikut je la sebab kaki aku sakit. Tak sangka pulak Fia tak nak ikut," terang Aryan.

"Kalau aku jadi Fia pun aku tak nak ikut. Kau datang dengan dia, balik pun dengan dia la. Tak pasal pasal dia kena balik sorang" kata Nazrin.

Aryan mengusap mukanya. Dia melihat telefonnya lagi kalau kalau Fia ada membalas mesejnya.

"Jangan la merajuk lagi Fia.." kata Aryan perlahan.

Nazrin hanya memandang Aryan.

"Dah kau bermesra-mesra dengan Farah tu sampai lupa Fia, mana Fia tak merajuk," kata Nazrin sinis.

"Ala Farah tu kawan je," balas Aryan.

Nazrin mengeluh.

"Lambat la kau ni Aryan," kata Nazrin lalu bangun dari katilnya.

"Eh kau nak pergi mana tu?" tanya Aryan apabila dia melihat Nazrin hendak keluar dari bilik.

"Pergi toilet la," balas Nazrin malas lalu keluar dari bilik.

Tiba-tiba telefon Aryan berbunyi tanda mesej masuk.

Fia : Dah la Aryan aku malas nak cakap pasal petang tadi. Aku nak tidur ni. Bye.

Aryan mengeluh.

-----------------------------------------------------------------

"Fia! Fia! Fia!" panggil Aryan dari jauh.

Fia hanya berjalan dan menghiraukan panggilan Aryan.

"Fia tunggu kejap!" jerit Aryan lagi.

Dengan kaki yang sakit, Aryan berjalan terhencot-hencot mengejar Fia.

Tidak lama kemudian Fia berhenti. Dia menunggu Aryan menghampirinya.

"Kau nak apa?" tanya Fia malas untuk melayan Aryan.

"Fia please i need to talk to you," pujuk Aryan.

Fia melihat jam di tangannya. Dia mengeluh.

"Haa cepat la. Nak cakap apa?" tanya Fia.

"Sorry pasal hari tu. Aku takde niat pun nak tinggalkan kau. Cuma aku rasa bersalah nak tolak tawaran Farah tu. Dia dah beriya ajak balik," terang Aryan sambil memandang Fia.

Fia langsung tidak memandang Aryan. Hatinya masih panas dengan kejadian hari tu.

"Okay," balas Fia pendek.

"Fia aku tau kau merajuk lagi pasal hari tu. Im sorry. Im really really sorry. Aku janji aku takkan tinggalkan kau dah lepas ni," pujuk Aryan.

"Ada apa apa lagi tak? Kalau takde aku gerak dulu," kata Fia bersedia untuk beredar.

"Fia.. teman aku pergi klinik please. Kaki ni makin bengkak. Teman aku jom," ajak Aryan lembut.

Fia membetulkan beg di bahunya.

"Pergi la ajak Farah. Dia kan ada kereta. Boleh dia bawak pergi klinik pastu tuamkan ais lagi dekat kaki tu," sindir Fia.

"Tak nak. Tak nak Farah. Nak kau. Please.." pujuk Aryan lagi.

Hati Fia tersentak.

"Teman Aryan pergi klinik jom.."

'Aduh! Dia dah bahasakan diri dia Aryan pulak. Ni yang lemah ni,' kata Fia dalam hati.

Aryan masih lagi memandang Fia menunggu jawapannya.

"Please. Tak kesian kat aku ke?" Aryan masih tidak putus asa.

"Hmm yelah yelah," kata Fia akhirnya mengalah.

Muka Aryan terukir senyuman yang lebar.

"Thank you. Jom," kata Aryan lalu memulakan perjalanan.

Fia hanya mengikuti Aryan dari belakang. Kadang-kadang Fia cuba untuk menahan apabila dia melihat Aryan seperti hendak jatuh.

-----------------------------------------------------------------

"Aah. Aku dekat klinik ni teman Aryan. Kejap lagi aku balik eh," kata Fia melalui telefonnya.

"Okay, bye Riana," Fia mematikan panggilannya.

Aryan yang baru keluar dari bilik doktor terus menuju ke arah Fia yang sedang duduk di kerusi menunggu.

"Elok-elok jalan tu," pesan Fia cuba membantu Aryan.

Aryan hanya senyum kepada Fia. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Fia.

"Doktor cakap apa?" tanya Fia sambil memandang Aryan.

"Doktor kata takde apa yang teruk pun cuma urat kat dalam tu bengkak. Doktor ada bagi MC 3 hari tunggu bengkak ni surut dulu" terang Aryan.

Fia hanya mengangguk.

"Ni dah boleh balik ke?" tanya Fia.

"Belum. Tunggu ubat kejap," balas Aryan.

Fia memandang ke arah kaki Aryan. Bengkak merah terlihat di bahagian luar buku lali kaki kiri itu.

"Macam mana boleh jatuh ni.." kata Fia.

"Benda dah nak jadi Fia.." kata Aryan lalu memberikan senyuman kepada Fia.

Fia senyum semula kepada Aryan.

"Fia.." panggil Aryan.

"Ye?"

"Thank you teman Aryan pergi klinik. Thank you jugak teman Aryan jog hari tu. Thank you sebab stay dengan Aryan," kata Aryan dengan lembut.

Hati Fia mula berdebar.

Fia yang tidak tahu hendak balas apa hanya tersenyum. Fia cuba untuk tidak bertentang mata dengan Aryan. Mukanya mula hendak merah kerana malu apabila Aryan asyik memandangnya.

"Sekali lagi, sorry sebab tinggalkan Fia hari tu. Aryan janji lepas ni Aryan takkan tinggalkan Fia," kata Aryan lagi.

Jantung Fia semakin berdegup kencang.

"Danish Aryan.." panggil staff klinik di kaunter ubat.

Aryan terus bangun dari tempat duduk lalu menuju ke kaunter untuk mengambil ubat. Fia yang masih duduk di situ terus menarik nafas laju-laju. Dia menepuk-nepuk dadanya untuk menenangkan diri. Tidak lama kemudian, Aryan datang semula.

"Jom.." kata Fia lalu bangun dari kerusi.

"Kita pergi makan aiskrim dulu jom," ajak Aryan.

Mereka berdua jalan menuju ke pintu klinik.

"Aiskrim?" tanya Fia.

Aryan tolong bukakan pintu kaca klinik itu untuk Fia. Mereka berdua pun keluar dari klinik itu.

"Aah. Hari tu kan Aryan janji nak belanja Fia aiskrim. Jom la," kata Aryan.

Fia tersenyum gembira.

"Okay.. jom," kata Fia lalu mereka pun mencari kedai yang berdekatan untuk membeli aiskrim.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now