8

146 5 0
                                    

"Hello Hana, kau dekat mana tu? Aku dekat fakulti dah ni,"

Fia melihat jam di tangan. Pukul 11.30 malam.

"Fia, sorry. Aku tak dapat nak datang meeting. Aku tak sedap badan, pening kepala sikit,"

"Alahai yeke. Macam mana boleh tak sihat ni? Itu la, hari ni kau kerja kuat sangat," leter Fia.

"Itu lah. Ni pun ada rasa nak demam ni. Fia, tolong coverkan aku eh. Aku janji esok malam aku datang meeting," kata Hana.

"Hmm, iyalah. Take care Hana. Makan ubat, minum air and rehat. Aku jumpa kau esok eh," balas Fia dengan perlahan.

"Okay Fia. Thank you. Sorry tau," kata Hana dengan penuh rasa bersalah.

"Okay, takpe. Bye Hana," ujar Fia lalu menamatkan panggilan.

Dia melihat di sekitar bilik meeting itu. Ramai yang sudah tiba dan menunggu di dalam bilik tersebut. Fia pun bergerak menuju ke pintu bilik itu. Sebelum sempat dia membuka pintu, seseorang datang menyapanya dari belakang.

"Hai Fia,"

"Eh, hai Aryan. Kau buat apa kat sini?" kata Fia terkejut melihat Aryan berada di sekitar kawasan itu.

"Aku ada training ni. Esok ada game. Kau pulak buat apa malam-malam dekat sini?" tanya Aryan pula.

"Ouh, aku ada meeting biro ni. Untuk flow game esok pulak." terang Fia.

"Ouh, patut lah. Ok la kalau macam tu. Aku pergi court dulu eh," kata Aryan bersedia untuk beredar dari situ.

Fia hanya mengangguk dan melihat Aryan berlalu pergi. Dengan pantas Fia masuk ke dalam bilik tersebut.

Meeting itu berlangsung selama 2 jam. Banyak isu yang dibangkitkan dan banyak kerja yang perlu diperjelaskan untuk festival sukan esok hari. Mata Afiya Natasha cuba untuk melawan rasa mengantuk setelah bekerja satu hari ini.

"Baiklah, semua dah faham kerja masing-masing ye. Kalau takde apa lagi, kita boleh bersurai. Esok jangan lupa pukul 7 pagi dah ready semua ye," pesan pengarah program kepada anak buahnya.

Fia bangun dari kerusi dan menggeliat. Dia tidak sabar nak balik ke kolej dan tidur. Hari ini sangat penat baginya. Sebaik sahaja Fia keluar dari bilik itu, matanya tertancap kepada seseorang yang sedang baring tertidur di kerusi di depan bilik meeting itu. Dengan tidak teragak-agak, Fia menghampirinya.

"Aryan.. bangun Aryan.." kejut Fia dengan menepuk bahu Aryan.

Aryan membuka matanya. Dia terkejut melihat Fia di depannya.

"Eh, Fia. Dah habis meeting ke?" tanya Aryan masih lagi mamai. Dia mengesat-ngesat matanya.

"Dah. Aku dah habis meeting dah. Kau kenapa tidur kat sini? Training dah habis ke? Kenapa tak balik kolej?" soal Fia bertalu-talu.

Aryan mendongak memandang Fia.

"Aku nak balik tadi. Tapi aku tengok kau tak habis meeting lagi. Tu yang aku tunggu kau tu. Tadi aku tengok kau sorang je. Bahaya la nak balik sorang malam malam pukul 1 pagi ni," terang Aryan dengan perlahan.

Fia memandang Aryan. Hatinya tiba-tiba berdebar.

"Jom la aku hantar kau balik," ajak Aryan lantas berdiri di hadapan Fia.

Fia masih lagi terdiam.

"Fia?" tegur Aryan.

"Eh takpe la, aku boleh balik sendiri. Susahkan kau je," kata Fia cuba menolak pelawaan Aryan.

"Tak susah pun la Fia. Satu jalan je nak ke kolej aku. Dah dah. Jom," tegas Aryan lalu beredar menuju ke keretanya.

Fia yang tercengang itu cepat-cepat mengikuti Aryan.

"Meeting tadi ok ke?" tanya Aryan memecahkan kesunyian dalam kereta.

"Ok je," balas Fia pendek.

"Takpe, esok last day. Sikit je lagi. Lepas tu boleh rehat ye," kata Aryan lalu memandang Fia dan memberikannya senyuman.

Fia membalas balik senyuman Aryan. Jantungnya tidak berhenti berdegup dari tadi.

"Esok game pukul berapa?" tanya Fia pula.

"Petang. Nanti kau datang sokong aku tau," kata Aryan penuh mengharap.

"Tengok la," balas Fia.

Aryan tersenyum.

15 minit kemudian, mereka tiba di perkarangan kolej Fia.

"Thank Aryan tolong hantarkan aku balik," kata Fia sebelum keluar dari kereta Vios itu.

"Eh takde hal la. Anything for you Fia," balas Aryan dengan lembut.

"Drive elok-elok," pesan Fia.

"Baiklah. Goodnight Fia,"

"Goodnight," kata Fia lalu keluar dari kereta itu.

Fia melambai ke arah Aryan sambil memerhatikan lelaki itu beredar dari situ.

'Tak habis-habis dengan perangai gentleman kau tu kan Aryan,' kata Fia dalam hati.

Tidak lama kemudian, dia pun naik ke biliknya.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now