41

113 2 0
                                    

"Fia," panggil Daniel yang sedang mengelap meja makan itu.

"Ye?" balas Fia yang sedang membasuh pinggan di sinki itu.

"Nanti lepas kita kemas-kemas ni, kita keluar nak?" tanya Daniel lembut.

"Nak pergi mana?" tanya Fia pula.

"Pergi la mana-mana. Pergi mall ke. Lagipun barang dapur nak habis tu. Kita pun dah lama tak pergi dating," kata Daniel sambil memandang Fia.

Fia yang masih lagi membasuh pinggan itu mengerutkan dahinya.

"Eei takde masa Fia nak pergi dating dengan abang. Baik Fia lepak-lepak dekat rumah," kata Fia malas mahu melayan Daniel.

Daniel tergelak mendengar kata-kata Fia.

"Ala sayang.. jom la. Kita gi jalan-jalan sekejap. Duduk rumah je, bosan la..," ajak Daniel lagi.

Lama Fia berdiam diri.

"Fia?" panggil Daniel lagi.

"Haa yelah yelah. Kejap lagi Fia siap," kata Fia mengalah.

"Yes! Okay abang siap sekarang jugak," kata Daniel lalu segera beredar dari situ.

Fia hanya tersenyum melihat gelagat suaminya itu.

Setibanya mereka di mall itu, mereka terus menuju ke pasar raya untuk membeli beberapa keperluan barang dapur yang dah habis.

"Kenapa sayang tak nak ambik brand ni? Kenapa nak brand ni?" tanya Daniel ketika mereka sedang memilih sardin itu.

"Alah brand tu dah la mahal. Pastu bukannya sedap sangat pun. Baik amik yang ni," kata Fia sambil menunjukkan brand sardin yang ada di tangannya.

Daniel hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Sayang, bawang nak berapa banyak?" tanya Daniel yang sedang memilih bawang itu.

"Amik je la cukup-cukup," balas Fia yang sedang memilih timun itu.

"Fia beli ni tau," kata Fia lalu meletakkan sebekas aiskrim yang bersaiz kecil di dalam troli itu.

Daniel yang sedang menolak troli itu mengerutkan dahinya.

"Eh apa tu?" tanya Daniel buat-buat tidak tahu.

"Aiskrim lah," kata Fia sambil memandang Daniel.

"Eh, tak yah la beli. Nanti mana muat nak letak dalam peti ais tu," kata Daniel mengusik Fia.

Kali ini giliran Fia pula mengerutkan dahinya.

"Ala, boleh lah. Fia dah lama tak makan asikrim," kata Fia memujuk Daniel.

"Eh tak boleh tak boleh," kata Daniel lalu cuba untuk mengambil bekas aiskrim.

"Abang..," rengek Fia sambil membuat muka masam.

Daniel terus tersenyum melihat reaksi Fia itu.

"Cuba senyum sikit. Dah tak comel dah," kata Daniel sambil memandang Fia.

Fia yang malas mahu melayan Daniel itu terus mengambil bekas aiskrim itu dari tangan suaminya. Dia meletakkan bekas itu semula ke dalam troli.

"Risau sangat orang amik aiskrim dia tu," usik Daniel lagi.

Tanpa berlengah, Fia pun terus berjalan meninggalkan Daniel di belakang. Daniel hanya tersenyum melihat Fia. Selesai membeli barang dapur, mereka pun berjalan-jalan di dalam mall itu.

"Abang, Fia nak pergi kedai tu kejap," kata Fia lalu menunjukkan ke arah kedai Watson di hadapan mereka.

Fia pun masuk ke dalam kedai itu. Daniel hanya mengikuti dari belakang. Biasalah perempuan, semua barang di dalam kedai itu hendak dilihat. Kemudian, Fia berhenti di depan barang-barang makeup. Fia melihat-lihat lipstick yang ada di situ. Dicubanya satu-satu di tangannya dan membandingkan warna-warna tersebut.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now