31

98 3 0
                                    

Dua minggu sudah berlalu semenjak Fia dan rakan-rakannya balik dari Langkawi.
Fia meneruskan kehidupan normalnya di universiti sambil meniti hari-hari terakhir dirinya sebagai seorang mahasiswa di universiti itu.

"Fia.." panggil Riana yang sedang duduk di atas katilnya.

Fia yang sedang study di meja belajarnya hanya termenung panjang dan tidak membalas panggilan Riana.

"Afiya Natasha, saya sukakan awak. Bukan sebagai kawan, tapi sebagai seorang perempuan,"

Kata-kata Daniel semasa hari terakhirnya di Langkawi masih ligat bermain di mindanya sehingga ke hari ini. Tiada satu saat pun dirinya tidak mengingati kata-kata dari lelaki itu.

"Fia.." panggil Riana lagi sambil memegang bahu Fia.

Fia tersentak. Dia memandang Riana yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Ye Riana?" kata Fia.

Riana mengeluh lalu menarik kerusinya dan duduk di sebelah Fia.

"Kau ok tak ni ha?" tanya Riana dengan lembut.

Fia cuba memberikan senyuman kepada Riana.

"Aku ok je Riana," balas Fia perlahan.

Fia kembali membaca semula buku nota di hadapannya.

"Aku ni dah kenal kau sejak semester 1 lagi Fia. Kau ok tak ni? Sejak balik dari Langkawi, aku tengok kau asyik mengelamun je. Diam je. Tak macam dulu," kata Riana lagi sambil memandang Fia.

Fia mengetap bibirnya.

"Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah, kau boleh cerita dekat aku," pujuk Riana lagi risau melihat keadaan Fia.

"Aku ok je Riana," balas Fia sambil menulis sesuatu di buku notanya.

"Fia.." panggil Riana.

Fia tidak memandangnya.

"Fia.." panggil Riana lagi sambil mendekatkan dirinya kepada Fia.

"Aku mengantuk la Riana. Aku nak tidur dulu eh," kata Fia lalu menutup buku notanya itu.

Fia bangun dari kerusinya lalu menuju ke katilnya di sebelah. Fia membaringkan dirinya dan menarik selimut lalu menutup mukanya.

Riana hanya mengeluh melihat kelakuan Fia itu. Fikirannya risau memikirkan keadaan Fia yang senyap sahaja.

"Korang tau tak kenapa dengan si Fia tu?" tanya Riana kepada Sara dan Hana ketika mereka sedang berjalan-jalan di Taman Universiti.

"Tak tau la Riana," balas Hana.

"Kitorang pun tak tau kenapa Fia jadi macam tu. Lepas balik dari Langkawi je, dia langsung tak banyak cakap. Even dekat kelas pun dia diam je. Sepatah kitorang tanya, sepatah la yang dia jawab," terang Sara.

"Ada apa-apa jadi dekat dia ke masa kat sana?" tanya Riana lagi.

Sara dan Hana senyap memikirkan apa yang terjadi masa hari terakhir itu.

"Yang kitorang tau, masa last day tu, Fia menangis je satu malam tu. Fia tak cerita pulak sebab apa," balas Sara.

Mereka bertiga diam seketika.

"Aku risau la dengan Fia tu. Senyap je. Ni aku ajak pergi taman pun dia tak nak. Nak duduk bilik jugak," keluh Riana.

"Ke ada kena mengena dengan Daniel?" teka Hana sambil memandang Sara dan Riana.

Sara menjongket bahunya. Mereka bertiga diam semula.

"Okay class. See you next week,"

"Thank you madam," kata para pelajar di dalam dewan kuliah itu.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now