39

106 2 0
                                    

Daniel yang sudah mandi dan keluar dari bilik air itu terus masuk ke dalam biliknya. Dia mencapai uniform pilot di dalam almari lalu dipakainya. Daniel menyisir-nyisir rambutnya dan memperkemaskan lagi penampilannya. Dia membetulkan tali leher hitamnya yang senget itu. Kemudian, dia menuju ke katilnya dan mengemas-ngemas katil itu seperti keadaan biasa. Daniel menyelak langsir dan membuka sedikit tingkap untuk memberi cahaya dan pengudaraan yang baik di dalam bilik itu. Setelah berpuas hati melihat keadaan biliknya, Daniel pun mencapai telefon bimbit di meja dan menarik bagasinya keluar dari bilik itu. Daniel menutup pintu biliknya dan menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba langkah Daniel terhenti.

Terdapat beberapa makanan terhidang di atas meja makan itu. Terdapat juga pinggan dan cawan elok tersusun di situ.

"Dah nak pergi kerja dah?" tanya Fia yang sedang membawa sebuah mangkuk kecil berisi makanan di tangannya lalu diletakkan mangkuk itu di atas meja.

Daniel hanya mampu memandang kelakuan Fia itu. Matanya berkelip-kelip seperti tidak percaya dengan apa yang dia nampak di hadapannya.

"Lah, kenapa tercegat je dekat situ? Meh la duduk sini breakfast dulu. Nanti terlambat pulak pergi airport," kata Fia sambil menuangkan makanan ke dalam pinggan.

Daniel pun meletakkan bagasinya di tepi dan terus menuju ke meja makan itu. Dia menarik kerusi lalu duduk di situ. Matanya masih lagi memandang Fia yang sedang berdiri sambil menghidangkan makanan untuknya.

"Nah, makan cepat. Ni je yang mampu Fia buat," kata Fia.

"Fia ok tak ni?" tanya Daniel meminta kepastian.

Risau Daniel kalau-kalau Fia ada termimpi yang pelik-pelik malam tadi sehingga dia menjadi macam ni.

Fia terus memandang Daniel di hadapannya dan mengerutkan dahinya.

"Ok je. Kenapa?" tanya Fia pula.

"Takde la, tiba-tiba je," balas Daniel.

"Kenapa? Tak suka ke?" tanya Fia lagi.

"Eh takde lah. Mestilah Daniel suka," kata Daniel sambil tersenyum.

"Dah, makan cepat," kata Fia lalu beredar menuju ke dapur.

"Abang nak minum air apa?" tanya Fia dari dapur.

"Abang nak minum.." kata-kata Daniel terhenti.

Daniel terperasankan sesuatu. Daniel terkejut dengan apa yang dia dengar dari mulut Fia. Daniel terus memandang Fia tidak percaya.

"Abang nak minum air apa?" tanya Fia lagi setelah tidak mendapat jawapan daripada Daniel.

Fia memandang Daniel daripada dapur.

"A..ab..abang tak kisah. Apa-apa pun boleh," kata Daniel teragak-agak.

"Okay," balas Fia lalu terus membuatkan air untuk Daniel.

Daniel menarik nafas beberapa kali untuk menenangkan dirinya. Tangannya sudah menggigil-gigil. Dia cuba menampar pipinya untuk memastikan dia tidak bermimpi.

'Abang?' kata Daniel di dalam hati.

Dia masih tidak percaya dengan panggilan Fia untuk dirinya. Hanya Allah sahaja yang tau betapa gembiranya dia ketika itu. Rasa nak lompat-lompat sahaja di situ. Tidak lama kemudian, Fia pun datang ke meja sambil membawa secawan nescafe panas.

"Minum lah," kata Fia lalu mengambil tempat di sebelah Daniel.

Daniel sekali lagi terkejut melihat Fia duduk di sebelahnya.

"Kenapa tak makan lagi? Tak sedap ke?" tanya Fia pelik melihat Daniel tidak mengusik makanannya.

"Eh tak tak," kata Daniel gelabah lalu menjamah sarapannya itu.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now