28

102 2 0
                                    

"So selama ni memang kak Lish dah tau la eh yang Daniel tu dah kerja sebagai pilot?" tanya Fia yang berdiri sambil menyilang tangannya.

Alisha yang buat muka tak bersalah mengambil cawan di hadapan lalu menghirup air teh yang dibuatnya.

"Emm sedap air ni. Siapa la yang buat eh," kata Alisha bersahaja.

"Kakak.." kata Fia lalu duduk di sofa bersebelahan dengan Alisha.

"Fia serius ni.." kata Fia lagi sambil kedua tangannya memegang tangan Alisha.

Alisha terus memandang Fia dan menggenggam kedua tangan Fia.

"Ye, kak Lish memang dah lama tau Daniel tu pilot. Banyak kali terserempak dengan dia dekat airport. Dari before kahwin dengan abang Haziq lagi," terang Alisha.

"Kenapa rahsiakan dari Fia?" tanya Fia meminta jawapan.

"Ala.. kakak malas la nak masuk campur urusan korang berdua. Lagipun Daniel tu budak baik. Kak Lish suka tengok Fia kawan dengan Daniel tu," balas Alisha.

"Habis tu kak Lish tak marah la dia tipu kita selama ni?" tanya Fia lagi.

"Emm.. nak marah pun benda dah jadi. So akak bagi dia peluang untuk berterus-terang dengan Fia and buktikan dia boleh jadi kawan yang baik untuk Fia," kata Alisha.

"Lagipun kak Lish dah dapat agak lama dah dia tu pilot," sambung Alisha lagi.

"Maksud kak Lish?" tanya Fia tidak mengerti.

"Dari first time kak Lish jumpa dia dekat Hong Kong, kak Lish dapat rasa yang dia tu bukan student aviation yang macam Fia cakap tu. Well. Orang yang biasa bekerja dekat udara kan. I know it," kata Alisha penuh bangga.

Fia memandang kakaknya sambil mengerutkan dahi. Fia terus memikirkan kata-kata kakaknya.

"Kenapa? Fia tak suka ke bila dapat tau dia tu pilot?" tanya Alisha pula.

Fia membetulkan badannya menghadap ke hadapan.

"Bukan tak suka.." kata Fia.

"Habis tu?"

"Segan la nak kawan dengan dia lepas ni. Dia tu bukan je pilot tau. Lecturer sekali dekat universiti Fia tu. Malu la," kata Fia.

Alisha terus tergelak mendengar kata Fia.

"Mengada la nak malu. Selama ni berkawan elok je. Tak kisah pun dia tu kononnya student aviation," kata Alisha sambil memandang Fia.

Fia menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya dan memberikan keluhan.

"Fia.." kata Alisha sambil mengusap belakang Fia.

"Selama ni pernah ke Daniel buat benda yang tak baik dekat Fia? Pernah ke dia buat jahat dekat Fia?" tanya Alisha.

Fia menggeleng kepalanya.

"Daniel tu dari awal Fia kenal dia, dia baik sangat dengan Fia,"

"Kalau macam tu, kawan yang baik jangan la dilepaskan. Kita amik la segala benda yang positif untuk mendorong diri kita menjadi seorang yang positif jugak," kata Alisha lalu memberikan senyuman kepada Fia.

Fia membalas senyuman Alisha itu.

"Dah la. Tak payah fikir sangat la. Kira baik dah tu Daniel nak berterus-terang dengan Fia," kata Alisha lagi.

Fia menganggukkan kepalanya.

"Ni satu lagi.." kata Alisha.

"Apa dia kak Lish?" tanya Fia lalu memandang ke arah Alisha.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now