21

114 1 0
                                    

"Aduh penatnya..." keluh Alisha.

Alisha terus menarik kerusi di meja makan itu lalu duduk. Fia yang bersamanya turut melakukan perkara yang sama. Masing-masing menarik nafas dan merehatkan kaki yang kelenguhan.

"Ala kak Lish, ni baru jalan sikit. Fia tak puas lagi nak jalan ni," kata Fia sambil tersenyum melihat kakaknya yang keletihan itu.

Fia menghulurkan air mineral yang dibeli semasa bersiar-siar tadi kepada kakaknya. Alisha yang kehausan terus meneguk air dari botol itu.

Waktu sudah hampir menunjukkan 8 malam waktu Hong Kong dan orang ramai termasuklah orang tempatan dan para pelancong semakin memenuhi food court itu untuk makan malam.

"Penat la Fia. Dari pagi tadi kita jalan non-stop," kata Alisha setelah selesai meminum air.

Fia tergelak melihat kakaknya.

"Hari tu jalan dengan umi dengan babah ok je. Ni jalan dengan Fia penat pulak," kata Fia seakan-akan merajuk.

"Umi dengan babah lain. Diorang takde banyak tempat sangat nak pergi, ada jugak berhenti sekejap, rehat rehat. Ni jalan dengan Fia asyik nak ke sana ke sini tu yang badan kak Lish terkejut ni," balas Alisha.

"Eleh kakak mengada lah. Terpaksa la layan Fia ni, kak Lish jugak yang ajak Fia datang sini haaa," kata Fia mengusik kakaknya.

Alisha memandang Fia lalu tersenyum.

"Nasib baik adik sendiri. Kalau orang lain kak Lish give up dah," kata Alisha.

Fia hanya tersenyum mendengar kata kakaknya. Mata Fia meliar-liar memerhatikan deretan menu di kedai-kedai di food court itu.

"Kakak nak makan apa? Meh la Fia tolong belikan. Kesian kakak penat," kata Fia.

Fia mengeluarkan dompet dari begnya. Dia memandang ke arah Alisha.

"Emmmm tak kisah la. Fia beli je la apa apa untuk kak Lish," balas Alisha.

"Alright. Kak Lish tunggu jap tau. Fia pergi beli jap," kata Fia lalu bangun dari kerusinya dan terus menuju ke arah kedai-kedai tersebut.

Setelah cukup membuat satu pusingan, Fia akhirnya membuat keputusan dan beratur untuk membeli makanan. Nasibnya baik kerana kedai itu tidak perlu beratur panjang.

'Eh, macam kenal,' kata Fia dalam hati apabila dia melihat seseorang yang sedang beratur di depannya. Fia cuba melihat orang tersebut betul-betul.

'Nak tegur ke tak nak? Ah, tegur je la,' gumam Fia lagi.

"Daniel?" kata Fia cuba menegur lelaki yang berada di hadapannya.

Lelaki itu pun pusing ke belakang menghadap Fia.

"Eh, Fia!" kata Daniel yang terkejut melihat Fia yang ada di depannya.

Fia menutup mulutnya. Tidak sangka yang mereka akan bertemu di sini. Fia memberikan senyuman lalu melambai kepada Daniel. Daniel melambai Fia semula dengan riak yang terkejut.

"Awak buat apa dekat sini?" tanya Fia ingin tahu.

"Saya nak beli makanan la. Fia buat apa datang Hong Kong ni?" balas Daniel.

Fia hanya tergelak mendengar lawak Daniel.

"Yes sir, what do you want?" kata pelayan yang berada di hadapan Daniel.

Sudah tiba giliran Daniel untuk memesan makanan. Daniel pun pusing menghadap pelayan tersebut lalu memesan makanannya. Fia hanya melihat gelagat Daniel.

"Fia, seriously buat apa dekat sini?" tanya Daniel lagi setelah selesai memesan makanan.

"Saya holiday dengan kakak saya dekat sini. Daniel buat apa?"

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now