36

114 1 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Fia membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Dia menyisir rambutnya dan mengikat rambut itu dengan gaya ponytail. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Fia pun keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Alisha yang berada di dapur sibuk membasuh pinggan di sinki. Puan Haliza pula sedang berkemas-kemas di ruang tamu.

"Sedapnya.." kata Fia ketika dia melihat hidangan sarapan di atas meja makan itu.

Alisha yang sedang membasuh pinggan itu terus menoleh ke arah Fia.

"Kak Lish dah gorengkan bihun goreng favourite Fia tu," kata Alisha sambil tersenyum.

Fia terus menghampiri kakaknya itu.

"Thank you kak Lish," kata Fia.

"You are welcome," balas Alisha.

"Daniel mana?" tanya Alisha pula.

"Entah," balas Fia malas mahu melayan soalan kakaknya.

"Ish budak ni. Entah pulak," kata Alisha sambil mencuit pinggang Fia.

"Aduh! Sakit lah kak Lish..," rengek Fia.

"Tolong kak Lish buat air sekejap," pinta Alisha yang sudah habis membasuh pinggan itu.

Fia terus mengambil teko di dalam almari di kabinet dapur. Dia mengambil bekas berisi serbuk kopi dan susu di dalam peti ais.

"Fia buat air apa tu?" tanya Puan Haliza yang muncul dari ruang tamu.

Fia memandang uminya yang berdiri di sebelahnya.

"Buat air nescafe je umi," balas Fia sambil mengacau air dalam teko itu.

"Dah siap ke sarapan?" tanya Encik Zulkifli yang muncul bersama Haziq dan Daniel secara tiba-tiba.

3 lelaki itu sudah mengerumuni meja makan itu.

"Semua orang dari mana ni? Senyap je dari tadi," tanya Alisha yang berada di meja makan itu.

"Tadi pergi hantar meja dengan kerusi tetamu semalam dekat dewan sekejap. Haziq dengan Daniel ni pergi dengan babah sekali," terang Encik Zulkifli.

Alisha menganggukkan kepalanya.

"Makan lah, dah siap dah ni," kata Puan Haliza lalu mengambil tempat di sebelah Encik Zulkifli.

Fia keluar dari dapur sambil membawa teko yang panas itu lalu diletakkan di atas meja. Kemudian, Fia mencapai pinggan lalu diisi bihun goreng di atas pinggan itu. Dia mengambil tempatnya dan mula menjamah sedikit makanan itu. Daniel hanya memerhatikan sahaja gelagat Fia itu.

"Fia," panggil Alisha sambil menyiku Fia yang duduk di sebelahnya.

Fia yang terkejut itu terus memandang Alisha.

"Sediakan lah makanan untuk Daniel tu," kata Alisha.

"Alah dia boleh ambil sendiri lah," kata Fia tanpa menghiraukan kata Alisha.

Fia terus menjamah bihun goreng itu seperti tiada apa yang berlaku. Puan Haliza hanya menggeleng melihat anak perempuannya itu.

"Ya Allah budak ni kan.." keluh Alisha.

"Takpe kak Lish, saya ambil sendiri," kata Daniel sambil tersenyum.

"Eh takpe lah meh kak Lish tolong," kata Alisha lalu mengisi pinggan kosong itu dengan makanan.

"Thank you kak Lish," kata Daniel lalu mengambil pinggan tersebut.

"Fia, tolong ambilkan babah air sekejap," pinta Encik Zulkifli.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now