22

104 3 0
                                    

Suasana di balai ketibaan di KLIA pada petang itu penuh sesak dengan orang ramai yang sabar menunggu ketibaan orang yang dinanti-nantikan oleh mereka dari pelbagai negara. Afiya Natasha yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Hong Kong berjalan keluar dari balai tersebut sambil menarik bagasi berwarna pink kepunyaannya.

"Fia!"

"Abang Haziq!"

Fia melambai-lambai tangannya ke arah Haziq yang dari tadi menunggu ketibaan dirinya dan Alisha. Fia terus menuju ke arah bakal abang iparnya itu sambil memberikan senyuman.

"Abang lama dah ke sampai? Sorry tadi delay tu yang lambat tu," kata Fia.

"Eh takpe, abang pun baru je sampai ni. Kak Lish mana?" tanya Haziq.

"Kak Lish keluar lambat sikit sebab nak kena tunggu semua passenger keluar dulu. Kita tunggu kak Lish sekejap la eh," kata Fia.

Haziq mengangguk kepalanya dan mereka pun berjalan untuk mencari kerusi untuk duduk sementara menunggu Alisha. Tiba-tiba Fia memperlahankan langkahnya apabila dia melihat seseorang yang dikenali sedang menuju ke arahnya. Fia hanya memandang orang itu tanpa berkata apa-apa.

"Fia.."

Haziq yang berjalan di hadapan terus menoleh ke belakang ke arah Fia dan lelaki itu.

"Abang Haziq.." kata Aryan lalu dia bersalam dengan Haziq.

Fia hanya memandang Aryan yang berdiri di hadapannya.

"Aryan buat apa kat sini?" tanya Haziq.

"Saya nak jumpa Fia kejap," kata Aryan lalu memandang ke arah Fia yang dari tadi hanya diam seribu bahasa.

"Kitorang tengah tunggu kak Lish ni. Dia tak keluar lagi," terang Haziq.

Aryan mengangguk. Matanya masih lagi tertancap pada Fia namun Fia mengelak dari bertentang mata dengan Aryan.

"Hello korang," kata Alisha yang muncul dari belakang sambil menarik bagasinya.

Mereka bertiga pun memandang ke arah Alisha.

"Sorry lambat. Lama dah ke tunggu?" tanya Alisha.

"Eh! Aryan. Buat apa dekat sini? Nak jumpa Fia ke?" tanya Alisha pula setelah menyedari kehadiran Aryan.

"Jom lah kak," ajak Fia untuk beredar dari situ.

"Eh nanti kejap," kata Alisha cuba menahan Fia.

Alisha masih memandang Aryan menantikan jawapannya.

"Aryan nak jumpa Fia kejap boleh?" tanya Aryan kepada Alisha.

"Eh boleh je. Kenapa tak boleh? Lama dah tak jumpa buah hati kan?" kata Alisha sambil tersenyum.

"Akak.." kata Fia perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

Alisha buat-buat tidak nampak sahaja gerak isyarat Fia.

"Takpe la. Pergi la dating dulu. Nanti tolong hantarkan Fia balik boleh?" tanya Alisha.

Aryan hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Fia, kak Lish balik dengan abang Haziq dulu. Beg tu meh kak Lish tolong bawakkan," kata Alisha kepada Fia.

Fia mengerutkan dahinya dan cuba meminta bantuan dari kakaknya.

"Tak baik gaduh lama-lama. Pergi settlekan cepat," bisik Alisha kepada Fia.

Alisha terus mengambil bagasi Fia dan bersedia untuk beredar dari situ.

"Kak Lish balik dengan abang Haziq dulu eh. Take care. Nanti jumpa kat rumah," pesan Alisha sebelum meninggalkan Aryan dan Fia sendirian.

"Kenapa dengan diorang tu sayang?" tanya Haziq setelah mereka berjalan jauh dari mereka.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now