19

109 2 0
                                    

"Eei jahatnya lelaki tu. Geram pulak Fia tengok," kata Fia dengan tidak puas hati.

"Itu lah. Umi pun tak suka dengan lelaki tu," sokong uminya.

Encik Zulkifli hanya senyum memandang mereka berdua.

"Biasa la tu cerita Melayu," kata Encik Zulkifli dengan tenang.

Jam menunjukkan pukul 10 malam dan mereka bertiga asyik menonton televisyen di ruang tamu.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam.." jawab mereka bertiga lalu memandang ke pintu rumah.

"Balik dah Alisha?" tanya Puan Haliza.

Alisha masuk ke rumah dan menutup pintu.

"Aah, balik dah umi," kata Alisha lalu bersalam dengan Encik Zulkifli dan Puan Haliza. Fia turut bersalam dengan kakaknya.

Alisha mengambil tempat duduk di sebelah Fia.

"Ok ke flight tadi?" tanya Encik Zulkifli.

"Ok je babah," jawab Alisha sambil tersenyum kepenatan.

"Esok fly lagi?" tanya Puan Haliza pula.

"Aah. Esok malam umi. Pergi Bangkok," balas Alisha.

Kemudian dia memandang adiknya.

"Khusyuk sangat tengok tv tu," kata Alisha.

Fia yang dari tadi fokus menonton televisyen hanya memberi senyuman kepada kakaknya.

"Lish dah dinner? Kalau belum, lauk umi masak tadi ada lagi. Nanti umi tolong panaskan," kata Puan Haliza sambil memandang Alisha.

"Eh takpe umi. Lish dah makan tadi. Kenyang lagi," kata Alisha.

"Lish sebenarnya ada benda nak bagitau ni," sambung Alisha lagi.

Mereka semua terus memberi perhatian kepada Alisha.

"Kenapa Alisha?" tanya Encik Zulkifli.

"Emm.. macam mana ye nak bagitau.." kata Alisha cuba menyusun kata-kata.

"Kenapa kak? Cerita la," kata Fia.

"Macam ni.." sambung Alisha.

Semua mata tertancap padanya.

"In shaa Allah, kalau takde apa, Jumaat depan keluarga Haziq nak datang jumpa babah dengan umi untuk masuk meminang," kata Alisha malu-malu.

"Alhamdulillah! Betul ke ni Lish?" tanya uminya tidak percaya.

"Betul umi. Semalam Haziq dah bagitau Lish diorang satu family nak datang," balas Alisha.

Puan Haliza tersenyum gembira. Dia memandang suaminya. Encik Zulkifli senyum dengan tenang.

"Boleh je Jumaat depan nak datang. Dialu-alukan sangat. Boleh kita bincang lebih lanjut," kata Encik Zulkifli.

"Okay babah. Nanti Alisha bagitau Haziq eh," kata Alisha.

"Eei bestnya kakak dah nak kahwin!" kata Fia yang dari tadi tersenyum melihat kakanya.

Fia terus memeluk kakaknya.

"Belum kahwin lagi la. Baru nak bertunang," kata Alisha.

"Ala sama la tu. Seronoknya nak dapat abang ipar," kata Fia tersengih-sengih.

Alisha hanya senyum memandang Fia.

"Tapi umi, sempat ke seminggu ni nak siap semua untuk majlis tu nanti?" tanya Fia kepada Puan Haliza.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now