35

96 1 0
                                    

"Jadi kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu lah. Lagipun, dah lewat dah ni," kata Daniel meminta izin daripada Encik Zulkifli dan Puan Haliza.

Encik Zulkifli menganggukkan kepalanya.

"Nanti kita berjumpa lagi masa hari nikah kamu dengan Fia ye," kata Encik Zulkifli.

"Baik pakcik," kata Daniel lalu bangun berdiri.

Daniel bersalam dengan Encik Zulkifli dan Haziq yang berdiri di sebelahnya.

"Daniel, saya nak cakap dengan awak sekejap," kata Fia yang tiba-tiba sahaja muncul di ruang tamu.

Mereka semua terkejut melihat Fia yang sudah bertudung itu berjalan menuju ke pintu lalu keluar dari rumah itu.

"Saya jumpa Fia sekejap ye," kata Daniel meminta izin.

Daniel pun keluar dari rumah itu untuk berjumpa dengan Fia. Puan Haliza pula sudah risau dengan situasi tersebut. Alisha mengusap-usap belakang uminya untuk menenangkan Puan Haliza.

Daniel menghampiri Fia yang berdiri membelakanginya.

"Fia.." panggil Daniel.

Fia terus pusing ke belakang dan memandang Daniel yang berdiri di hadapannya.

"Saya nak awak batalkan perkahwinan kita," kata Fia secara dingin.

Matanya tajam memerhatikan Daniel.

"Tapi Fia.."

"Takde tapi tapi lagi! Saya suruh batalkan, batalkan je lah!" tengking Fia.

"Fia.. saya dah janji dengan babah awak saya nak bertanggungjawab atas apa yang terjadi hari tu.." kata Daniel dengan lembut.

"Nak bertanggungjawab apanya lagi?! Kita tak buat apa-apa pun kan! Apa masalah awak ni hah?" kata Fia lagi.

"Ke awak ni sengaja nak balas dendam dekat saya??!" tanya Fia tidak puas hati.

Daniel mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"Balas dendam apa pulak ni Fia?" tanya Daniel.

"Balas dendam sebab saya tak balas cinta awak!" jawab Fia lalu membelakangi Daniel semula.

Hatinya cukup panas ketika itu.

"Ya Allah.." kata Daniel perlahan.

Daniel meraup wajahnya dan kepalanya.

"Fia.. bukan macam tu.. saya memang ikhlas nak kahwin dengan awak.. takde kena-mengena pun dengan apa yang saya cakap masa dekat Langkawi hari tu.." kata Daniel.

"Eh! Saya tak kisah pun lah apa alasan awak! Yang saya tau, awak kena batalkan perkahwinan ni! Saya tak nak kahwin dengan awak! Awak faham tak?!" marah Fia lagi sambil memandang Daniel.

"Fia.. jangan buat macam ni please.. saya betul-betul sayangkan awak.." pujuk Daniel.

"Habis tu perasaan aku ni macam mana?! Kau tak fikir pulak perasaan aku ni! Kau ingat aku akan bahagia ke kahwin dengan kau hah?! Sebab kau lah Aryan tinggalkan aku tau tak!" tengking Fia dengan kuat.

Daniel terkejut apabila ditengking Fia sebegitu. Api kemarahan Fia tidak boleh dibendung lagi. Dia meluahkan segala-galanya kepada Daniel.

"Kau ni memang selfish kau tau tak?!" kata Fia lagi menghamburkan kemarahannya.

Daniel sudah menundukkan kepalanya. Segala apa yang dia katakan sekarang ni Fia tidak mahu terima. Dia cuba mengalah.

"Afiya!" panggil Encik Zulkifli dengan tegas.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now