7

156 5 0
                                    

Orang ramai semakin membanjiri padang hijau universiti itu. Masing-masing berpakaian mengikut jersey fakulti masing-masing. Di kiri dan kanan padang pula riuh dengan latihan pasukan sorak yang akan menyokong pasukan yang akan bertanding pada Festival Sukan Universiti yang akan berlangsung selama 3 hari ini.

"Aduh, beratnya kotak ni,"

Fia meletakkan kotak tersebut ke bawah. Dia bangun dan mengesat peluh di dahi.

"Ada lagi ke Hana?" tanya Fia lalu memandang Hana yang sedang menyusun kotak-kotak tersebut.

"Haa takde dah. Settle dah semua," kata Hana memberi senyuman kepada Fia.

"Bagus. Kita punya kaunter pendaftaran pun tak settle lagi ni. Nanti tak sempat pulak peserta nak daftar," kata Fia lalu menyusun kertas-kertas di atas meja pendaftaran.

"Itu lah. Diorang ni saja je suruh kita angkat kotak-kotak ni padahal ni kerja orang lain," keluh Hana lalu menghampiri Fia.

"Sabar je la weh. Ni baru first day," kata Fia.

Mereka cepat-cepat mengemas meja pendaftaran tersebut sebelum waktu pendaftaran bermula. Fia dan Hana ditugaskan untuk menjaga bahagian pendaftaran untuk para peserta sukan pada festival itu.

"Korang ok tak tu?"

Fia dan Hana memandang ke arah suara tersebut. Fakhrul. Pengarah program Festival Sukan Universiti datang menghampiri mereka.

"Okay je Fakhrul. Semua okay," balas Hana.

Fakhrul memandang di sekeliling kawasan pendaftaran itu. Melihat-lihat jika ada masalah di tempat itu.

"Alright. Bagus la macam tu. Nanti kalau ada apa-apa problem, korang roger je eh. Lagi 15 minit dah boleh start pendaftaran dah," katanya sebelum dia pergi meninggalkan mereka.

"Baik bos," balas Hana lagi sambil tersenyum. Fia hanya tersenyum memandang Hana.

Tidak lama kemudian, terlihat beberapa pasukan datang menghampiri Fia dan Hana untuk mendaftar pasukan mereka.

"Isi nama dekat sini ya," kata Fia kepada mereka sambil menghulurkan borang tersebut.

Para peserta semakin ramai. Fia dan Hana tidak menang tangan menjalankan tugas mereka memastikan semua peserta mendaftar untuk bertanding.

"Nak tanya, court futsal dekat area mana ye? Jauh tak dari sini?" tanya seseorang kepada Fia.

Fia memandang ke arah lelaki tersebut.

"Ouh, court futsal ada dekat belah kiri hujung padang sana. Jalan kaki sikit je," kata Fia sambil menunjukkan arah ke court tersebut. Lelaki tersebut mencari-cari arah yang dikatakan Fia.

"Ouh, dekat area orang ramai tu eh. Ouh okay okay, terima kasih ye," kata lelaki itu.

"Sama-sama. Dah daftar pasukan awak ke?" tanya Fia.

"Dah dah. Cuma ada beberapa orang lagi yang tak daftar sebab diorang still otw ke sini lagi. Fakulti kami fakulti aviation jauh. Jadinya, saya daftar mana yang ada dulu. Takut tak sempat nanti. Boleh ke?" terang lelaki tersebut panjang lebar.

"Ouh yeke, boleh je. Tapi nanti bila diorang dah sampai terus daftar ye. Takut diorang tak boleh main nanti," balas Fia dengan senyuman.

"Okay, baiklah. Terima kasih ye. Nanti saya daftarkan mereka," kata lelaki tersebut sebelum meninggalkan Fia.

Fia melihat lelaki tersebut dari jauh.

'Ouh, tu rupanya budak aviation,' kata Fia dalam hati.

Almaklum lah fakulti aviation tu paling jauh dalam universiti ni jadinya jarang nak dapat jumpa student-student sana.

"Eh, Fia!"

"Eh, hai Aryan!" balas Fia apabila dia melihat Aryan berdiri di hadapannya.

Fia terus memberikan senyuman yang lebar kepada Aryan.

"Kau tugas dekat sini ke?" tanya Aryan.

"Aah. Aku jaga dekat sini. Kau nak daftar team kau ke?" tanya Fia semula.

Aryan tersenyum lalu mengangguk. Fia lantas mengambil borang di hujung meja lalu menghulurkan kepada Aryan. Hana yang berdiri di sebelah Fia hanya memandang mereka berdua. Selesai mendaftar, Aryan dan rakan-rakannya sedia untuk beredar ke tempat perlawanan.

"Fia doakan aku tau," pesan Aryan kepada Fia.

"In shaa Allah. Main elok-elok jangan sampai injured," kata Fia penuh prihatin.

"Thank you,"

Aryan senyum kepada Fia lalu beredar. Fia memandang Hana di sebelahnya.

"Apa?" tanya Fia buat-buat tak tau.

"Ouh seronok eh layan crush," usik Hana.

Fia tersipu-sipu malu.

"Fia, nah!" Aryan tiba-tiba datang semula lalu menghulurkan topi.

Fia terkejut dengan pemberian Aryan tersebut.

"Nah, pakai la topi ni. Panas ni Fia," hulur Aryan lagi.

Fia yang terpinga-pinga menyambut huluran tersebut.

"Aku pergi dulu tau," kata Aryan lalu meninggalkan Fia.

Fia memandang Hana lalu menjongket bahu. Fia melihat topi di tangannya.

'Apa kena si Aryan ni?' katanya di dalam hati lalu tersenyum. Mungkin hari ni hari yang baik untuk dia.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now