9

146 5 1
                                    

"Assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam.. eh Sara!" kata Riana dengan gembira.

"Kau buat apa datang bilik kitorang ni?" tanya Riana lagi.

Riana menepuk-nepuk katil mengajak Sara duduk di sebelahnya. Sara laju mengambil tempat di sebelah Riana.

"Tu kenapa tu khusyuk sangat tu?" tanya Sara kepada Riana sambil menjuih bibirnya ke arah Fia yang sibuk bermain game di telefonnya.

"Fia," panggil Riana.

"Fia!" jeritnya pula.

"Hah?!" Fia terkejut lalu memandang Riana.

"Eh Sara! Bila kau sampai? Aku tak perasan pun," kata Fia lalu mencabut earphone dan meletakkan telefonnya di tepi. Fia melambai ke arah Sara.

"Ya Allah dia ni. Kita dah masuk bilik bagi salam pun dia tak perasan lagi," kata Sara menepuk dahinya.

"Itu lah tu. Khusyuk sangat main game kapal terbang dia tu," tambah Riana lagi sambil menggeleng kepala melihat perangai Fia.

"Hehehe ala sorry la khusyuk sangat tadi," sengih Fia.

Riana dan Sara hanya menggeleng kepala.

"Eh kenapa kau datang sini?" tanya Fia.

"Haa, yela, kenapa kau datang sini?" sambung Riana.

"Takde la, korang tak bosan ke duduk bilik? Jom pergi main basikal kat taman. Aku bosan la," kata Sara tersipu-sipu.

"Ala malas nak siap," kata Riana lalu menarik bantal dan baring.

"Ala jangan lah malas bangun lah," rengek Sara sambil menarik lengan Riana.

Fia ketawa melihat mereka.

"Haa. Jom la main basikal. Aku pun bosan ni," kata Fia.

"Jom la Riana," pujuk Sara lagi.

"Tolong pakaikan tudung untuk aku," kata Riana.

"Hahaha mengada. Bangun cepat. Nanti aku belanja aiskrim," kata Sara lalu bangun dari katil Riana.

"Yayyy ada orang nak belanja aiskrim. Jom la cepat siap Riana," kata Fia bersemangat lalu menuju ke almarinya untuk bersiap-siap.

Tidak lama kemudian, mereka menuju ke pejabat kolej untuk menyewa basikal lalu bergegas menuju ke Taman Universiti.

"Eh korang jangan laju sangat. Jangan tinggalkan aku tau," kata Fia sebelum mereka mula berbasikal.

Mereka bertiga bersiar-siar mengelilingi taman yang berkeluasan 3 km itu sambil menghirup udara yang segar dan melihat gelagat-gelagat manusia yang turut beriadah di situ.

"Cantiknya.." kata Fia sambil memberhentikan basikalnya di tepi.

Dia turun dari basikal dan melihat pemandangan di hadapannya. Matanya asyik melihat beberapa buah kapal terbang yang bersedia untuk berlepas di landasan. Lama dia memerhatikan beberapa kapal terbang yang ada di situ sehingga tidak sedar yang Riana dan Sara dah jauh meninggalkannya.

"Eh dah pukul berapa dah ni?" tanya Fia sendirian. Dia melihat-lihat di sekelilingnya mencari kawan-kawannya.

Fia mengambil basikalnya. Apabila dia hendak mengayuh, dia merasakan basikalnya tidak mahu bergerak.

"Ish, kenapa pulak ni?"

Fia turun dari basikalnya dan check keadaan basikal tersebut.

"Ya Allah. Macam mana boleh tercabut pulak rantai basikal ni?" keluh Fia.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now