26

104 3 0
                                    

Keadaan jalan raya di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu penuh sesak dengan kenderaan yang ingin menuju ke sana dan pulang ke destinasi masing-masing. Daniel yang sedang memandu ke KLIA melihat jam di tangan kirinya. Selepas berjaya menempuh kesesakan lalu lintas, Daniel menuju ke arah tempat parking kereta lalu memarking keretanya di situ.

Daniel keluar dari keretanya dan mengambil bagasi hitam bersama kotnya di tempat duduk belakang. Daniel memakai kotnya lalu melihat dan membetulkan pakaiannya melalui cermin kereta. Setelah mengemas-ngemaskan rambut dan pakaiannya, Daniel terus mengunci kereta dan menarik bagasi kecilnya itu lalu menuju ke lobi airport itu.

Setelah 5 minit berjalan, Daniel tiba di pejabat operasi Malaysia Airlines. Daniel menolak pintu kaca itu lalu masuk ke dalam bilik yang sejuk berhawa dingin itu. Dia terus meletakkan bagasinya di tepi dinding berdekatan pintu masuk lalu menuju ke kaunter di hadapan. Dia memberikan senyuman kepada staff-staff di situ.

"Hai, selamat pagi. Kapten Daniel Hazwan. Flight MH 432 ke Hong Kong," kata Daniel Hazwan kepada staff lelaki yang berkemeja merah dan bertali leher hitam di hadapannya.

"Selamat pagi, sekejap ye," balas pekerja itu sambil mencari-cari fail untuk penerbangan ke Hong Kong itu.

"Ini dia Kapten," katanya sambil menyerahkan fail itu kepada Daniel.

"Thank you," kata Daniel sambil memberikan senyuman kepadanya.

"Sama-sama,"

Daniel membelek-belek fail itu dan membacanya dengan khusyuk. Segala butir penerbangan ke Hong Kong itu ditelitinya dengan betul supaya tidak ada sebarang kesilapan.

"Cuaca dekat Hong Kong macam mana?" tanya Daniel.

"Tadi saya check, cuaca mungkin dilaporkan hujan dekat sana sebab sekarang tengah mendung," balas staff itu sambil memandang Daniel.

"Ouh yeke, emm kalau macam tu, tambah lagi minyak la. Prepare kalau-kalau kena delay landing nanti," kata Daniel.

"Alright kapten. Noted," balas staff itu sambil mencatat perkara itu di atas kertasnya.

"Boleh saya nak tau keadaan cuaca untuk penerbangan balik ke KL esok pagi?" pinta Daniel kepada lelaki itu.

"Boleh, sekejap ye saya carikan," balasnya lalu mencari laporan cuaca di komputernya.

Daniel meneruskan lagi dengan meneliti butir-butir penerbangannya.

"Selamat pagi kapten. Mintak maaf sampai lambat. Jalan sesak tadi," kata seseorang tiba-tiba.

Daniel melihat orang itu yang berdiri di sebelah kirinya.

"Saya co-pilot Naufal Azmin yang akan fly dengan kapten sekali ke Hong Kong hari ni," terang Naufal sambil memberikan senyuman.

"Hai Naufal. Ouh takpe. Saya pun baru sampai ni. Itu la, jammed kan tadi dekat area airport, saya pun nyaris-nyaris terkandas," balas Daniel lalu memberikan senyuman kepada Naufal.

Naufal mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersengih.

"Ini laporan cuaca untuk esok kapten," kata pekerja lelaki di hadapan mereka lalu menyerahkan laporan tersebut kepada Daniel.

Daniel menyerahkan laporan tersebut kepada Naufal.

"Cuba awak tolong checkkan cuaca untuk esok," pinta Daniel.

Naufal menganggukkan kepalanya lalu membaca laporan tersebut.

"Cuaca esok dekat Kuala Lumpur dilaporkan baik kapten," kata Naufal.

Daniel menganggukkan kepalanya. Naufal juga turut membaca segala details penerbangan mereka. Setelah selesai menandatangani details flight yang berada di tangannya, dia mengambil laporan cuaca dari Naufal dan membacanya buat seketika.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now