42

117 1 0
                                    

"Abang..," panggil Fia.

Daniel yang sedang duduk termenung di luar rumah itu terus memandang Fia yang sedang berdiri di muka pintu. Fia terus menghampiri suaminya itu.

"Nah," kata Fia lalu menghulurkan secawan nescafe panas kepada Daniel.

Daniel mengambil cawan dari tangan Fia itu.

"Thank you sayang," kata Daniel lalu menghirup air itu.

Fia pula sudah duduk di kerusi di sebelah Daniel. Angin pada malam itu menghembus lembut. Langit pula dihiasi dengan beberapa kerlipan bintang. Suasana pada malam itu sangat tenang ditemani dengan bunyi cengkerik.

"Abang menung apa tu?" tanya Fia.

Daniel terus memandang Fia di sebelahnya. Dia memberikan senyuman kepada gadis itu.

"Takde apa sayang. Abang teringat dekat ayah je," kata Daniel perlahan.

"Ayah dulu macam mana eh orangnya?" tanya Fia ingin tahu.

"Ayah abang baik orangnya. Penyabar. Selalu bersangka baik. Kalau abang dengan Zira nakal masa kecik-kecik dulu, ayah tak terus marah. Ayah akan cakap elok-elok dengan kitorang dulu. Walaupun ayah tu tentera, tapi dekat rumah ayah seorang yang penyayang," terang Daniel.

Fia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Patut lah abang pun seorang yang baik, yang penyabar. Sabar je layan perangai Fia ni," kata Fia lalu memandang Daniel.

Daniel pula tersenyum mendengar pujian isterinya.

"Ni puji abang ni ada apa-apa ke ni?" tanya Daniel sambil memandang Fia.

"Ala, Fia puji pun tak boleh ke?" tanya Fia pula.

Daniel hanya tergelak memandang Fia.

"Amboi pasangan bahagia ni, borak apa tu?" tanya Zira yang muncul tiba-tiba di muka pintu itu.

Daniel dan Fia terus memandang Zira.

"Takde borak apa pun Zira. Meh la duduk sini," ajak Fia lembut.

Zira pun terus menuju ke arah mereka dan duduk di situ.

"Mama mana?" tanya Daniel.

"Mama tengah solat dalam bilik," kata Zira.

Daniel mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Eh, Zira nak tau lah, macam mana abang dengan kak Fia boleh jumpa eh?" tanya Zira yang mula hendak membawang.

Fia terus memandang Daniel di sebelahnya.

"Kenal dekat universiti lah," kata Daniel.

"Lepas tu?" tanya Zira lagi.

"Lepas tu kawan, lepas tu kahwin," balas Daniel.

Zira mengerutkan dahinya.

"Alah takkan simple camtu je. Nak jugak tau semua details. Macam mana abang ngorat kak Fia, macam mana abang confess dekat kak Fia, haaa," tanya Zira lagi tidak putus asa.

"Zira..," panggil Daniel.

Zira terus memandang abangnya itu. Daniel melepaskan keluhan.

"Ada benda yang abang tak bagitau Zira..," kata Daniel perlahan.

"Apa dia?" tanya Zira menanti jawapan dari Daniel.

Daniel terus memandang Fia di sebelahnya. Fia pun memandang Daniel. Masing-masing mencari kekuatan.

"Abang dengan kak Fia sebenarnya bukan kahwin sebab cinta..," kata Daniel memulakan cerita.

"Hah? Zira tak faham," balas Zira memandang pelik ke arah Daniel.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now