1

556 10 0
                                    

"Fia!"

Fia menoleh dan tersenyum.

"Kau nak bunga ros tak?" tanya Aryan.

Fia mengerut dahinya.

"Hah?"

"Kau tunggu kejap eh," ujar Aryan lalu beredar dari situ. Tidak lama kemudian dia datang sambil membawa sekuntum bunga ros berwarna merah.

"Nah, ambil la," Aryan menghulur bunga itu kepada Fia.

Fia menyambut bunga tersebut. Dia terpandang kad yang ada di bunga tersebut. Fia memandang Aryan semula.

"Nanti kau tolong promotekan bisnes aku boleh? Thank you Fia," terang Aryan kepada Fia. Aryan sekarang sibuk menjalankan bisnes bunga rosnya sebagai kerja part time.

Fia tersenyum.

'Come on Fia. Kau tau benda tu takkan berlaku dekat kau. Please wake up Afiya Natasha.'

Fia berkata dalam hatinya. Dia tersenyum memandang Aryan.

"Baiklah Danish Aryan. Sebagai seorang kawan, saya sedia membantu anda," kata Fia kepada Aryan.

Aryan tersenyum.

"Thank you Fia!" katanya sebelum beredar dari situ.

Aryan terus mendekati rakan-rakannya yang lain sambil memberi bunga ros yang sama kepada mereka. Fia hanya memandang Aryan dari jauh.

"Fia, jom balik. Dah pukul 11 lebih ni. Aku mengantuk lah." tegur Hana tiba-tiba.

"Wow! Siapa bagi bunga tu? Aryan eh?" usik Hana sambil mengambil tempat di sebelah Fia.

"Ish kau ni. Mana ada la. Takde sebab pun Aryan nak bagi bunga dekat aku," ujar Fia sambil matanya masih lagi memerhatikan Aryan.

"Eleh. Mana lah tau kan," kata Hana lagi sambil mencuit bahu Fia.

"Dah dah jangan merepek. Jom balik. Tadi kata mengantuk. Orang lain pun semua dah balik. Nanti kita tertinggal bas pulak," bebel Fia sambil berdiri. Dia membetulkan baju kurung merahnya.

"Hahaha. Okay. Jom balik," kata Hana lalu mengikuti Fia keluar dari dewan tersebut.

Malam itu merupakan dinner tahunan untuk fakulti mereka. Dinner tersebut telah berakhir setengah jam yang lepas dan semua pelajar telah mula beransur pulang ke kediaman masing-masing.

"Fia! Tunggu sekejap!" jerit satu suara.

Fia yang sedang berjalan terus menghentikan langkahnya lalu memandang ke arah suara tersebut.

"Kau nak balik dah ke? Tak sempat nak ambil gambar. Jom la ambil gambar dulu. Kejap aku panggil Aryan," kata Nazrin sambil berjalan mendekati Fia dan Hana.

"Aryan! Jom ambil gambar," panggil Nazrin.

Aryan memandang ke arah mereka lalu menghampiri mereka.

"Fia, boleh tak nak minta tolong kawan kau ambilkan gambar kita?" tanya Nazrin.

"Hana, tolong ambilkan gambar boleh?" tanya Fia kepada Hana.

Hana mengangguk lalu mengambil telefon Nazrin.

Fia, Aryan dan Nazrin mengambil posisi masing-masing. Fia berdiri di antara mereka.

"Okay, senyum. 1, 2, 3!"

Selesai bergambar, Fia dan Hana segera beredar dari situ kerana risau tertinggal bas untuk ke kolej. Jam hampir menunjukkan pukul 12.

"Korang, aku balik dulu tau. Bye!" kata Fia kepada Aryan dan Nazrin.

"Weh, kau nak tau tak crush aku siapa?" tiba-tiba Aryan bertanya kepada rakannya. Langkah Fia terhenti mendengar pertanyaan tersebut.

"Siapa?" tanya kawan Aryan.

"Dia," kata Aryan sambil menundingkan jarinya kepada Fia. Fia memandang ke arah jari Aryan yang dituju ke arahnya.

"Fia! Cepat! Bas nak gerak tu!" jerit Hana dari pintu dewan.

Fia yang terkebil-kebil dan berdiri kaku itu tidak tahu hendak berkata apa. Dia terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Aryan. Matanya masih lagi memandang Aryan.

"Afiya Natasya!" jerit Hana lagi.

"Sekejap!" jerit Fia sambil berlari ke arah Hana.

Mereka berdua berlari-lari anak menuju ke arah bas. Tangan Fia erat mengggenggam bunga ros yang diberi Aryan kepadanya. Kata-kata Aryan masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Fia dan Hana berjaya menaiki bas dan mengambil tempat mereka. Fia memandang ke luar tingkap.

'Betul ke apa yang kau kata tu Aryan?' hatinya berdetik.

Bas segera beredar dari kawasan dewan tersebut menuju ke destinasinya. Namun, hati dan fikiran Fia masih lagi tertanya-tanya tentang kejadian tersebut. Tidak lama kemudian, Fia melelapkan matanya.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now